CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

[Tempatan] Kenapa Azmin Ali tak boleh jadi MB?

[Copy link]
Post time 19-8-2014 01:04 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-8-2014 08:53 AM
Ooooo patut lah org pas tak selera jadi mb..jd kuda pkr dan dap senang nak jwp..kami tak ada kuasa ...

Sejak bila hamPAS bersungguh-sungguh nak tegakkan Isle dan mempunyai MARUAH?? Uncle sudah lupa kaa.. lobai2 Malang hamPAS sebelum mempunyai kuasa dahulu kala... " Jika berkuasa, sebelum Subuh tutop kilang Carlsberg ka kilang arak kaa di sebelah Federal Highway"

Tuhan bagi peluang kuasa, sudah lupa apa yang depa azamkan dan katakan.. pejuang Isle kununnn.. kena gertak ngn DAP or parti anak beranak, menikus terus, lupakan terus pasal hukum hakam kaa janji kaa dasar perjuangan ka apa ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 01:12 PM | Show all posts
silencekiller posted on 19-8-2014 01:04 PM
Sejak bila hamPAS bersungguh-sungguh nak tegakkan Isle dan mempunyai MARUAH?? Uncle sudah lupa kaa ...

uncle jarang lupa lah silence...kalau pas ni lah..semuanya dalam poket uncle..selagi mereka boleh spin mereka spinlah.

sama lah dulu kala..suara wanita tu aurat katanya...sampai tak mahu hantar qariahnya bertanding...wanita duduk rumah..tak perlu kerja kata tok guru....tapi lani tak pa lah 0plak..

jadi kalau pas menolak jadi MB Selangor...ada alasan lah kenapa PAS tak ada kuasa tutup pusat2 maksiat tu..pada hal mereka salah seorang exco dlm kerajaan negeri Selangor...tapi macai tetap macai..bukan mereka tahu pun...yg mereka tahu angguk2 kami PAS tarak kuasa lah ngok...itu je yg mereka boleh hujah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 01:25 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 19-8-2014 12:33 PM
ok. am waiting

bukan u yang apdet ke? I cari tak jumpa da. Gambar Azmin kat apartment scandal dia, tgh buat aiskrim? geli nak sebut
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 01:58 PM | Show all posts
dauswq posted on 18-8-2014 08:20 PM
semasa pru lepas, PAS dh tandangani perjanjian yg kerusi mb selangor ni milik PKR walau apa jd s ...

ngapa lah PAS pi sign perjanjian tu..
buatnya kerusi yg dimenangi PKR time PRU cuma 2 jer..PAS & DAP lagi byk..
xke haru..

lagi se..
PAS dah berpuluh tahun wujud..dah masak ngan asam garam politik..
dah byk pengalaman...
PKR wujud xsampai 10 thn pun...

hmmm...

sedih tgk PR jadi gini..
sapa lagi rakyat nak harap..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2014 02:25 PM | Show all posts
deanswify posted on 19-8-2014 01:25 PM
bukan u yang apdet ke? I cari tak jumpa da. Gambar Azmin kat apartment scandal dia, tgh buat aiskr ...

owh gambar tu. gambar lama. entah betul entah tidak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 02:26 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 19-8-2014 02:25 PM
owh gambar tu. gambar lama. entah betul entah tidak

i pun tak taw
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2014 02:28 PM | Show all posts
silencekiller posted on 19-8-2014 01:04 PM
Sejak bila hamPAS bersungguh-sungguh nak tegakkan Isle dan mempunyai MARUAH?? Uncle sudah lupa kaa ...

parti munafik se-malaysia kan...begitu lah sifatnya...bukan kita yg cakap dap yg buat muzakarah keluarkan fatwa ari tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2014 02:29 PM | Show all posts
deanswify posted on 19-8-2014 02:26 PM
i pun tak taw

harap2 tak betul lah. gambar lama yg sampai la ni orang ingat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 02:42 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 19-8-2014 01:58 PM
ngapa lah PAS pi sign perjanjian tu..
buatnya kerusi yg dimenangi PKR time PRU cuma 2 jer..PAS &  ...

aku rase depa tandatangani sbb tak nak bagi bertindih kerusi di negeri2 yg PAS kuat...
entahlah..

tgklah dulu results krisis ni camne..
the damage was done
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2014 02:53 PM | Show all posts
Penyokong Yakin Azmin Akhirnya Jadi MB

SHAH ALAM: Penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mempunyai keyakinan tinggi bahawa beliau akhirnya akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Keyakinan ini timbul walaupun ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk hanya mencadangkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana Selangor sebagai menggantikan penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kami tahu bahawa istana akan menolak Dr Wan Azizah," kata seorang ketua cabang PKR yang menyokong Azmin.

"Apabila ini berlaku, Pakatan tidak mempunyai pilihan melainkan mencadangkan nama lain dan kami yakin orang itu adalah Azmin."

Katanya, kepimpinan parti menyedari terdapat kebarangkalian terhadap Azmin yang namanya tidak dicadangkan sekiranya nama Dr Wan Azizah ditolak oleh Sultan Selangor.

"Mereka tahu bahawa dua pertiga daripada PKR mahu Azmin menjadi menteri besar," kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.

"Pada masa itu, parti akan berpecah jika namanya tidak dihantar."

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak Khalid berkata Azmin mempunyai pengikut yang ramai dalam parti itu.

"Beliau mendapat sokongan yang amat menggalakkan. Buktinya adalah hakikat bahawa beliau telah menewaskan Khalid dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden," katanya.

Katanya, berbeza dengan Azmin, Dr Wan Azizah hanya menjadi presiden PKR kerana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR berkata parti memutuskan untuk tidak mengemukakan nama Azmin walaupun selepas Sultan enggan menghadap Dr Wan Azizah kerana mereka tidak mahu memalukan beliau.

"Ia dilakukan untuk menjaga air muka, terutamanya selepas pengumuman bahawa 30 wakil rakyat telah menandatangani akuan yang menyatakan sokongan untuk menyokong beliau," katanya, sambil menambah pengikut Azmin percaya bahawa Sultan kini akan berkenan menghadap beliau tetapi akan meminta nama calon lain dikemukakan.

"Pada itu kita kemudiannya akan mengemukakan nama Azmin," kata ketua cabang itu lagi, sambil menambah PAS kini menyokong penuh Dr Wan Azizah, bersama-sama dengan DAP kerana mereka memahami keperluan untuk menjaga air muka presiden PKR.

"Apabila namanya ditolak, PAS dan DAP akan mengemukakan nama Azmin," katanya, dengan mendakwa hanya PKR yang masih belum membuat keputusan muktamad mengenai mengemukakan nama timbalan presiden sebagai calon.

Beliau mendakwa, ramai ahli PKR juga percaya bahawa Anwar bimbang Azmin 'tidak mendengar cakapnya' dan 'mempunyai pendirian sendiri' jika dia menjadi menteri besar.

"Azmin adalah seorang ahli politik yang matang dan berkebolehan," katanya.

"Dia akan menghormati Anwar sewajarnya tetapi, sudah tentu dia tidak boleh berunding dengan Anwar dalam setiap keputusan yang perlu dibuat," katanya.

Saintis politik USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata reputasi PKR akan terjejas jika Dr Wan Azizah tidak diterima oleh istana Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 03:27 PM | Show all posts
Nik Nazmi pun ok bagi aku. Dalam ramai2 jantan dm PKR Selangor tu lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2014 03:30 PM | Show all posts
Muntz posted on 19-8-2014 03:27 PM
Nik Nazmi pun ok bagi aku. Dalam ramai2 jantan dm PKR Selangor tu lah.

nik nazmi ni loyer kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 03:43 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 19-8-2014 03:30 PM
nik nazmi ni loyer kan?

Tak pasti gak aku. Aku sbenanya suka dgn cara dia melontar pendapat. Very the brilliant dgn English yg sgt berdesup. Dia nie pulak bukan jenis org yg suka seek attention. Aku mula interested dgn cara dia bila aku mula jadi fan Hannah Yeoh. Kebetulan diorg sama Parlimen. Untung org2 Parlimen Kelana Jaya, wakil2 rakyat diorg bijak2 belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 03:44 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 19-8-2014 03:30 PM
nik nazmi ni loyer kan?

loyer fefeeling pandai corporate finance nak komen pasal loan bba dan tropicana deal

hakikatnya?? glorified secretary jahh...komen yg bole pakai pasal khalid suka ponteng meeting walaupun dah masuk dlm schedule

lololol
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 03:57 PM | Show all posts
dauswq posted on 19-8-2014 02:42 PM
aku rase depa tandatangani sbb tak nak bagi bertindih kerusi di negeri2 yg PAS kuat...
en ...

terbaca kat beritasemasa as below :-

http://www.beritasemasa.com.my/berita-mb-selangor-baru-khalid
Berita MB Selangor Baru 2014 : Perjanjian Pakatan Rakyat  Didedahkan!Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi PAS, DAP, PKR telah membuat perjanjian sebenarnya.
  • negeri majoriti 2/3 melayu dapat kepada PAS
  • 50-50 dapat DAP atau PKR
  • DAP dapat di negeri tidak bersultan (Contohnya Melaka, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah)
  • Ini semua perjanjian yang telah disepakati Haji Hadi Awang, Kit Siang & Anwar Ibrahim tandatangani sebelum Pilihanraya Umum ke 13 sebelum ini.
Oleh sebab itulah, kita perhatikan PAS tetap bertegas yang mereka sama sekali tidak akan mencalonkan Adun PAS untuk menjadi calon MB Selangor baru.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:02 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 19-8-2014 03:57 PM
terbaca kat beritasemasa as below :-

http://www.beritasemasa.com.my/berita-mb-selangor-baru-kha ...

itu sbb ade yg komen giler2 aritu..nak suruh pas jd mb lah..
rupa2nya depa ni sudah buat perjanjian bulan & bintang gtuh haha

setakat ni, aku lum pernah dgr kepimpinan atau dun2 pas selangor bukak mulut psl ni kecuali hasan ali tu jek
kita ni jek terlalu excited

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2014 04:24 PM | Show all posts
Muntz posted on 19-8-2014 03:43 PM
Tak pasti gak aku. Aku sbenanya suka dgn cara dia melontar pendapat. Very the brilliant dgn Englis ...

ok. da tanya wiki.  ex mckk. sama cam anwar gak.  pernah kerja dgn PNB sebab belajar fully sponsored by PNB. tapi mungkin dia kurang kot dikenali berbanding yg kadang2 lantang bercakap tapi pengisian takde..
Last edited by tapibukanaku on 19-8-2014 04:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2014 04:25 PM | Show all posts
Perutkaembong posted on 19-8-2014 03:44 PM
loyer fefeeling pandai corporate finance nak komen pasal loan bba dan tropicana deal

hakikatnya ...

kerja dgn PNB sebab belajar sponsored by PNB. then terus resigned dan fokus on politic
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:33 PM | Show all posts
dauswq posted on 19-8-2014 02:42 PM
aku rase depa tandatangani sbb tak nak bagi bertindih kerusi di negeri2 yg PAS kuat...
en ...

tak nak bertindih kerusi dimana negeri2 PAS kuat...tapi kerusi di Selangor spt didamansara..ok plak PAS beetanding sesama PR..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 04:35 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 19-8-2014 04:24 PM
ok. da tanya wiki. dia mmg budak bijak. ex mckk. sama cam anwar gak. study law masa kat obersea. p ...

sapa?..budak Nik Nazmi budak lembut jambu tu ke?..kalau dia memang Anwat suka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.836106 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list