KUALA LUMPUR - Generasi muda disaran untuk berani menceburkan diri dalam industri takaful kerana ia mampu menjamin masa depan yang cerah. Pengurus Agensi Usrah Associates, sebuah unit Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas), Samian Senin berkata, dengan menjadi ejen perunding takaful, seseorang itu mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1 juta setahun dalam tempoh 10 tahun. "Sebagai contoh, kadar pertumbuhan jualan premium yang dicatatkan oleh unit perunding kami ialah sekitar 15 peratus bagi asas tahun ke tahun. "Ini menunjukkan permintaan terhadap produk takaful di negara ini semakin meningkat bukan sahaja dalam kalangan pelanggan beragama Islam, malahan bangsa lain yang turut menyedari kelebihan produk takaful berbanding insurans konvensional," katanya dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.
|