CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 9

ISLAM & ISU : WANITA

[Copy link]
Post time 28-11-2014 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warahmatullah

Di sini saya sisipkan artikel untuk kita merenung sejenak sumbangan Ad deen kepada  kaum Hawa.

Dalam artikel ini ada beberapa unsur penting - iaitu

- standpoint Islam dan sarjana Islam terhadap wanita
- peranan atau lapangan yg disediakan  oleh Islam seluas luasnya untuk wanita

- dan saya juga ingin menunjukkan bahawa Rosseu - Jean Jacques Rosseau - seorang safsatah atau ahli falsafah Perancis yang popular ketika Perancis dalam ambang revolusi - gang gang ' the social contract' jugak lah tu kalau anda familiar dengan sejarah dunia ( ini  textbook versi 1995 ) - menulis tentang peranan wanita, tersenyum saya apabila Rosseau menulis  tetang ' kebenaran  & hikmah  dengan wanita '  - hmmm...

- saya juga  ingin juga menyatakan bahawa  Islam telah meletakkan asas hormat adil wanita

- dan bukankah saiyidatina A'isyah RA - juga tokoh  yg disegani dari aspek kredibiliti / authority  dalam periwayan hadith .

siapakah yg tidak kenal akan potensi ilmu si Humaira kan?
Last edited by mbhcsf on 28-11-2014 10:22 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2014 07:09 AM | Show all posts
Kelangsungan ketrampilan wanita
Iktiraf, hargai sumbangan
27 November 2014 9:12 PM


sumbangan yang telah diberikan oleh kaum wanita perlu diiktiraf



PENGUASAAN golongan wanita dalam jawatan di sektor awam bukan lagi merupakan suatu ilusi. Ia sudah menjadi realiti, di mana jawatan utama di sektor awam dan sektor swasta digalas oleh golongan wanita. Bebanan yang dihadapi di pundak kaum wanita masa kini amatlah hebat. Manakala peranan yang dimainkan oleh golongan ini pula selalu disalahertikan.

Mengimbau di zaman Nabi SAW, wanita di zaman Rasulullah SAW sangat cekal, menjadi pendorong kepada baginda dan para sahabat berjuang menegakkan syiar Islam. Perjuangan Rasulullah akan menjadi lebih sukar tanpa nama-nama besar wanita, seperti Siti Aminah, Khadijah, Aishah, Halimatussa’diah, Ummu Salamah, Ummu Aiman dan banyak lagi. Peranan yang dimainkan oleh mereka sangatlah besar dan memberi kesan yang mendalam kepada Nabi SAW.

Wanita masa kini perlu merujuk wanita zaman Rasulullah SAW untuk dijadikan ikon bagi membentuk peribadi Muslimah yang cemerlang kerana peranan wanita pada masa kini sangat mencabar dan cukup luas merangkumi pembangunan, pendidikan, politik, undang-undang, ekonomi dan lain-lain, selain perlu memelihara akhlak dan akidah agar tidak menyimpang daripada penetapan syarak.

Di Malaysia, wanita yang terlibat di dalam bidang politik sering menghadapi pelbagai persoalan seperti sejauh manakah Islam membenarkan kaum Muslimah bergerak cergas dalam arena politik?

Al-Ghazali mengatakan politik adalah kehidupan manusia. Ahli politik memerlukan diri mereka terlibat dengan masyarakat. Justeru, politik amat berkait rapat di antara individu dengan masyarakat. Oleh yang demikian, apabila wanita melibatkan diri dalam politik penyertaan mereka dalam bidang di luar rumah tangga turut sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Terdapat pandangan wanita diharamkan menceburi politik kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, tidak ada seorang pun daripada kalangan wanita yang diajak untuk membincangkan masalah-masalah yang berhubung dengan urusan negara atau hukum syarak bersama dengan kaum lelaki.

Sementara itu, aliran yang kedua pula berpendapat wanita boleh berpolitik untuk pembangunan dan kemajuan negara dan umat keseluruhannya kerana Khalifah Umar ibnu Al Khatab juga pernah mendapat nasihat dan teguran dalam melaksanakan undang-undang dan pentadbiran negara daripada kaum Muslimah. Ini menunjukkan peranan wanita dalam pembangunan sesebuah negara adalah tidak boleh disisihkan dan diketepikan.

Dalam bidang pendidikan pula, golongan cendekiawan dan ahli falsafah barat beranggapan wanita insan lemah, kurang dan hina. Ramai daripada mereka berpendapat bahawa wanita dijadikan hanya untuk berkhidmat kepada kaum lelaki.

Pemikir Barat

Rosseau umpamanya mengatakan bahawa “wanita itu tidaklah dijadikan untuk ilmu pengetahuan, untuk hikmat, untuk berfikir, untuk mempunyai keahlian, untuk menjadi sarjana dan tidak pula untuk berpolitik atau untuk tugas negara, tetapi ia dijadikan hanya untuk menyusukan anak-anaknya dengan air susunya dan…”

Hanya menjelang abad ke-20, ahli pemikir barat telah mengubah cara pemikiran mereka dan mula memberi kebebasan kepada kaum wanitanya seperti kebebasan yang dinikmati oleh kaum lelaki. Wanita telah diberi kebebasan bersuara, mencari ilmu, bekerja mencari rezeki, memimpin dan sebagainya.

Bermula pada abad inilah, profesion wanita sebagai pendidik mula terserlah.

Islam telah menyebarkan dasarnya dengan jelas mengenai wanita di dalam segala aspek kehidupan terutamanya di dalam bidang pendidikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mempelajari ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, lelaki dan perempuan.” Dasar ini telah ditegaskan sejak kemunculan Islam pada abad keenam Masihi dan ia masih terpakai dan terus menjadi tunjang kepada dasar pengajaran Islam hingga ke hari ini.

Islam bukan sahaja meletakkan wanita di tempat yang paling wajar sebagai manusia dan sebagai teman hidup bagi seorang lelaki, tetapi Islam menghargai sifat kehalusan dan ketajaman perasaan wanita yang menjadikan mereka layak untuk memegang tugas sebagai seorang pendidik dibandingkan dengan kaum lelaki.

Sejarah telah mencatatkan bahawa wanita pada zaman Rasulullah SAW merupakan golongan yang cukup komited dalam pelbagai bidang dan juga komited dalam menuntut ilmu. Sejak zaman Nabi SAW lagi kecekalan wanita telah diuji dengan pelbagai cabaran.

Cabaran yang paling utama ialah menuntut ilmu, kerana ilmu merupakan perkara yang penting untuk berjaya di dalam kehidupan ini. Baginda SAW menukilkan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud: Sebaik-baik wanita ialah wanita kaum Ansar, mereka tidak ada perasaan malu untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan urusan agama mereka.

Hadis di atas menunjukkan bahawa agama Islam tidak pernah membezakan status lelaki dan wanita dalam aspek-aspek keilmuan, malah mereka diberikan ruang dan peluang yang sama dengan mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa wanita adalah perlu untuk mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik.



- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/kelangsungan-ketrampilan-wanita-1.29865#sthash.cjVaP4zz.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:48 AM | Show all posts
Sokong !
Kaum wanita pun besar jasanya. Jaga anak-anak, suami, keluarga etc (sayang bini i)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 10:26 AM | Show all posts
jejaka00 posted on 28-11-2014 09:48 AM
Sokong !
Kaum wanita pun besar jasanya. Jaga anak-anak, suami, keluarga etc (sayang bini i)

of course, itu sumbangan 'jariah' tenaganya tu ...so yup .. tak leh take for granted yups...

lagi satu , aptitude dan attitude rasulullah saw itu sendiri yg terkesan kepada saya ( among others akhlak al quran baginda) baginda SAW , menyuntik unsur memperkasakan , empowerment.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:27 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 28-11-2014 10:26 AM
of course, itu sumbangan 'jariah' tenaganya tu ...so yup .. tak leh take for granted yups...

la ...


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 09:43 AM | Show all posts
boleh saja
tapi jaga mulut
jaga aurat
jaga maruah

n
JAGA JAGA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2014 07:46 AM | Show all posts
How about Florence Nightingale equivalent ?

Rufaidah ? pernah dengaq?

sila cari

ini yg Uztaz Pahrol nyatakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2014 07:47 AM | Show all posts
obelisk posted on 28-11-2014 04:27 PM

Heard her name masa Petronas KLCC  dalam pameran warisan ilmu Islam  back in  2013? 2012?

Last edited by mbhcsf on 1-12-2014 02:21 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2014 07:50 AM | Show all posts
about Fatima Fihriyya

Bless her !!!

wow amazing and imagine

tang part " ilmu yg bermanfaat ' dan amal jariah

ya allah pahala ke liang lahad  


Fatima Al-Fihri – Founder of the Oldest University in the World
4 08 2008

Great Women of Islam
Fatima Al-Fihri- Founder of the Oldest University in the World
By Hezreen Abdul Rashid

It was a clear sunny day when a noble family journeyed from Kairouan, Tunisia to Fes in Morocco. It was in the early ninth century and many families chose to migrate to the bustling city in the west. For Mohammed Al-Fihri, a wealthy merchant from Tunisia, Fes was excellent avenue for him to continue the family business.

Both his daughters, Fatima and Mariam were well educated. After inheriting a large amount of money from their father, the girls vowed to spend their entire inheritance for the benefit of their community. Whilst Mariam headed the contstruction of the grand mosque Al-Andalus, Fatima planned on the building of another mosque called Al Karaouine which was said to be the largest in North Africa. It was in the midst of the construction of the mosque that the University of Al-Karaouine ( which is still part of the mosque today) was set up.

The University of Al-Karaouine was highly regarded back then as one of the leading spiritual and educational centers of the Muslim world. Today, the Guinness Book of World Records has recognised it to be the oldest continuously operating institution of higher learning in the world.

Fatima Al-Fihri was certainly a lady of foresightedness for the location of the university within the compounds of the mosque attracted scholars from far and wide. Fes, being the most influential cities in the Muslim world has been renowned for centuries as the centre for religion and culture. The university produced great thinkers such as Abu Al-Abbas al-Zwawi, Abu Madhab Al-Fasi, a leading theorist of the Maliki school of Islamic jurisprudence and Leo Africanus, a renowed traveler and writer.
That was not all, the unviersity played a leading role in cultural and academic relations between the Islamic world and Europe. A renowned Jewish philosopher and theologian Maimonides (Ibn Maimun) studied under Abdul Arab Ibn Muwashah. Apart from that, Ibn al-Arabi Ibn Khaldun and Al-Bitruji (Alpetragius) were all connected with the university either as academicians or as students.

As time went by, the university gained the patronage of politically powerful sultans. It compiled a large selection of manuscripts that are currently kept guarded in the library. Among those manuscripts are volumes from the famous Al-Muwatta of Malik written on gazelle parchment, the Sirat Ibn Ishaq, a copy of the Qur’an given to the university by Sultan Ahmad al-Mansur in 1602, and the original copy of Ibn Khaldun’s book Al-‘Ibar.

Alongside the Qur’an and Fiqh (Islamic jurisprudence), other subjects that were also taught were grammar, medicine, mathematics, astronomy, chemistry, history, geography and music. Gradually, a broader range of subjects were introduced in the university particularly natural sciences, physics and foreign languages.

Today, Fatima Al-Fihri is highly respected and looked upon by Moroccan women for her wisdom, perserverances and kind heartedness. It was her personal sacrifice that has made her to be an inspiration to all women. Even today, young Moroccan ladies speak greatly of their foremother who not only brought fame to Fes but has carved a name for being the only Muslimah who has built the oldest university which is still running today.

The Qur’an and the Hadith (teachings of the Prophet) inspires every man and woman to seek knowledge. This unique story of Fatima Al- Fihri has shed some light on the role and contribution of Muslim women to Islamic civilisation- It is this role which will hopefully denounce the narrow-mindedness of the western mind of Muslim women. Fatima has shown to us that even in the early centuries that women who are shrouded with the veil are just as willfull and intelligent as those of us today.


http://theurbanmuslimwomen.wordp ... rsity-in-the-world/
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:46 AM | Show all posts
Ada tengok video yang dihasilkan oleh student IIUM tentang aurat wanita bertajuk Islam itu mudah tapi jangan permudahkan...dalam crita tuh ada satu kisah dalam masjid tuh telekung dah takder so diaoarang solat tak pakai telekung sebab pakaian mereka telah cukup untuk tutup aurat ketika solat.

Persoalan disini adakah pakaian kita bersih untuk kita dirikan solat walaupun pakaian kita dah tutup aurat sepenuhnya...iyerlah kan...kalau kita gi ke tandas manatau kain atau seluar yang kita pakai terkena najis atau benda2 yang kotor, dalam hal nih aku lebih selesa pakai telekung dan akan tanggalkan seluar atau kain aku untuk dirikan solat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.070096 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list