CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1805|Reply: 5

[Tempatan] Isu Balak: MB Kelantan menipu rakyat marhean

[Copy link]
Post time 23-1-2015 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NeoMatrix at 23-1-2015 02:32 PM

SAM persoal kegiatan membalak di Kelantan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kenyataan menteri besar Kelantan pada 3 Januari lalu yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan. Menteri Besar menyatakan kegiatan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing telah dibekukan sejak 2006.

Bagaimanapun timbul persoalan dan SAM menggesa menteri besar memastikan kesahihan kerana mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing).

Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar.

Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis.

Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada ‘sustainable forest management’ dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

Kenyataan menteri besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan ‘Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management’ (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja.

Tetapi kawasan HSK yang dilakukan tanaman monokultur, perlombongan dan lain-lain kegiatan tidak tertakluk kepada pensijilan tersebut.

Kadar curahan hujan yang tinggi tidak boleh dijadikan faktor utama yang menyumbang kepada bencana banjir kerana seperti yang diketahui monsun timur laut di antara bulan Oktober hingga Mac sememangnya membawa hujan lebat ke pantai timur pada setiap tahun.

Geofizikal dan topografi negeri Kelantan juga mempunyai beberapa banjaran utama yang merupakan sebagai ‘Central Forest Spine’.

Oleh kerana itu mengikut Rancangan Fizikal Negara (RFN) kawasan tersebut dikategori sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu dipelihara.

Walaupun pihak berkuasa negeri telah menerima pakai RFN tetapi mendukacitakan kerana kebanyakan KSAS tersebut telah dimusnahkan oleh kegiatan manusia terutama pembalakan dan untuk tujuan pertanian.

Malah kegiatan-kegiatan tersebut didapati dilakukan tanpa kawalan walaupun Pihak Berkuasa Negeri mengakui mempunyai ‘standard and operating procedure’ dan diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

Pihak Berkuasa Negeri harus memahami bahawa apabila kawasan ‘Central Forest Spine’ yang dikategori sebagai KSAS dimusnahkan dan dilakukan kegiatan selain guna-tanah hutan, impaknya adalah terhadap hidrologi hutan.

Permukaan tanah yang terdedah kepada kadar curahan hujan yang tinggi akan menyebabkan lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit, kerosakan struktur sungai dan kemerosotan kualiti air.

Hutan asli adalah aset yang sangat penting kerana salah-satu fungsi dirian pokok dan tumbuhan ialah mampu menadah curahan hujan manakala reputan di lantai hutan melindungi tanah daripada impak secara terus curahan hujan.

Di samping itu apabila hutan dimusnahkan, proses penyejatan meningkat dan paras wap air juga biasanya lebih tinggi.

Berdasarkan pemerhatian dan kajian, SAM telah mengenal-pasti antara faktor yang menyumbang kepada bencana banjir di Kelantan baru-baru ini adalah daripada kegiatan manusia yang mengeksploitasi KSAS terutama HSK.

Sebagai contoh:-
  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur atau (apa yang dinamakan Hutan Ladang)di Jajahan Gua Musang iaitusebahagian Hutan Simpan Sungai Berok (HS Sungai Berok), HS Batu Papan, HS Hulu Galas dan HS Gunung Rabong;
  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan perlombongan di Jajahan Gua Musang iaitu di HS Sungai Betis dan HS Nenggiri;
  • Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur atau (apayang dinamakan Hutan Ladang) dilakukan juga di beberapa jajahan lain.

http://www.malaysiakini.com/news/287158

PS: Ostad pun pandai menipu....donia dah akhir zaman...dajjal akan muncul di Kelantan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2015 02:47 PM | Show all posts
ostad pun dah pandai meliwat budak.. inikan lagi menipu.. mereka manusia jugak.. jangan nak agungkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ustaz ni x reti auta..belum apa dah kantoi..kena belajar lg ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 07:31 PM | Show all posts
Wahhh tak pelik pun. Lol

@sekngucing
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 08:44 PM | Show all posts
Maideen tengok menipu ni dah jadi suatu way of life bagi lobai lobai PAS.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpa asalkan syumul berkopiah suchi, ummah sembah saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 1.223371 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list