CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1921|Reply: 1

[Lain-Lain] WANITA YANG BERPAKAIAN SEKSI SEPANJANG RAMADHAN AKAN DIDENDA – JAIP

[Copy link]
Post time 25-6-2015 04:56 PM | Show all posts |Read mode


Terkini, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengeluarkan amaran kepada wanita Islam di negeri berkenaan supaya tidak berpakaian mencolok mata sepanjang bulan Ramadan termasuk berpakaian terlalu pendek atau ketat.
Memetik laporan Malaysian Digest, bagi mereka yang ingkat dengan arahan tersebut, mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000. Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pihak Jaip yang melakukan rondaan di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaan yang tidak sopan dan tidak sesuai.
“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini. Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya.
Tambah Anis, JAIP tidak meletakkan sebarang ketetapan dalam etika berpakaian secara sopan.
“JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain. Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan,” katanya.
Bagi mereka yang kali pertama ditahan oleh JAIP akan diberikan sesi kaunseling dahulu, tetapi sekiranya mereka mengulangi kesalahan berkenaan baru boleh dikenakan tindakan denda atau penjara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 10:19 PM | Show all posts
hmmm tepat ke cara ni?
nanti depa rebel dan jadi lagi tak suka kepada islam.
lebih elok jika di iklan kan selalu berpakaian sopan... dalam tv radio
dan di byk kan ceramah agama etc etc
bila iman naik, takde la yg pakai ketat lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    18-5-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053220 second(s), 27 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list