CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 0

Ketahui 5 Kesan Berhenti 'Workout'!

[Copy link]
Post time 28-9-2015 12:25 PM | Show all posts |Read mode

                    Ponteng gim atau tidak melakukan senaman satu hari sememangnya tidak memberi kesan yang ketara tetapi jika dibiarkan, ia boleh merosakkan fizikal dan mental anda. Anda mungkin tidak perasan kesan yang dialami tapi entri kali ini mungkin menyedarkan anda.

        Otot Menggeleber
        Anda mungkin beranggapan otot anda tidak akan bertukar kepada lemak apabila berhenti bersenam. Hakikatnya, otot anda akan mula mengecil dan menggeleber meskipun anda telah mengurangkan pengambilan kalori dan berhenti bersenam. Ada baiknya anda mengekalkan pengambilan makanan yang sihat supaya otot tidak 'menghilang'.

        Perubahan Mood
        Para psikologis dan doktor percaya bahawa senaman boleh memberi kesan terhadap emosi. Bersenam boleh membantu tubuh anda melawan sebarang penghasilan bahan kimia yang menjadi punca depresi. Jika anda berhenti bersenam, anda akan kehilangan kebaikan ini. Akibatnya, anda mungkin merasa murung dan hilang keyakinan ekoran berat badan yang meningkat.

        Tahap Kesihatan Menurun
        Di saat otot anda mengecil dan tubuh menjadi lembik, tahap kesihatan dan fizikal anda juga akan jatuh. Anda akan mula kehilangan stamina dan tenaga dalam beberapa minggu anda hanya berehat di rumah. Untuk kembali mendapatkan tahap kesihatan yang baik, ia mungkin mengambil masa yang lama dan usaha yang lebih. Jangka masa ini pula bergantung kepada berat, umur dan disiplin.

        Hilang Fokus
        Jika anda seorang ahli sukan aktif dan secara tiba-tiba anda berhenti melakukan senaman, anda mungkin bakal berdepan dengan perubahan dalam hidup dari segi corak tidur, sukar untuk fokus, tubuh merasa sakit dan sering jatuh sakit. Lebih teruk, anda mungkin merasa lebih tertekan untuk meneruskan hidup.

        Penambahan Berat Keterlaluan
        Ketika bersenam, tubuh badan anda memerlukan lebih banyak makanan untuk otot dan kalori untuk dibakar. Disebabkan itu, anda perlu kuat makan untuk memastikan badan anda membakar lebih kalori. Apabila anda berhenti bersenam, metabolisma akan menurun. Badan anda akan menyimpan kalori sebagai lemak. Hasilnya, anda bakal gemuk dan berat naik mendadak.

        Bulan puasa yang lepas mungkin menyebabkan anda berhenti bersenam dan syawal yang masih berlangsung hari ini juga menjadikan anda tidak dapat mengawal selera makan. Untuk menjadi seorang wanita yang bertubuh 'fit & hot' tidaklah sukar asalkan anda bijak mencuri masa untuk bersenam dan berhati-hati dalam pengiraan kalori.
        
                                
-NONA-





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064675 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list