CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1768|Reply: 0

8 Panduan Wanita 'Petite' Bergaya

[Copy link]
Post time 30-9-2015 01:27 PM | Show all posts |Read mode

                    Sangat beruntung bagi wanita yang memiliki tubuh tinggi lampai untuk mencapai apa saja pakaian kegemaran. Wanita yang memiliki tubuh rendah dan kecil pula berdepan sedikit kesukaran dan terhad untuk bergaya. Entri kali ini memberi wanita comel seperti anda beberapa idea untuk bergaya.

        Satu Warna. Pertama, pilih satu warna bermula dari atas sehinggalah pada kasut anda. Warna yang disarankan adalah hitam, biru navy, arang, burgundy, hijau gelap dan ungu.

        Pilih Saiz Tepat. Memilih pakaian yang 'ngam-ngam' pada tubuh anda lebih menarik berbanding memilih pakaian yang longgar. Elakkan juga pakaian yang mempunyai lapisan yang banyak kerana akan menampakkan anda kelihatan lebih pendek dan padat.

        Corak Menegak. Trik memilih pakaian yang mempunyai corak menegak mampu memberi ilusi tinggi buat anda meskipun anda rendah saja orangnya.

        Bentuk V. Pilihlah pakaian mahupun jaket yang mempunyai bentuk V atau U pada leher. Bukan apa, corak sebegini yang terdapat pada leher baju turut menyumbang kepada ilusi ketinggian.

        Tumit Tinggi. Cara paling mudah untuk menambah ketinggian adalah dengan mengenakan kasut tumit tinggi. Tumit tinggi jenis 'pump shoes' adalah paling sesuai tetapi elak memilih kasut yang mempunyai tali pada buku lali kerana tali ini menampakkan anda rendah.

        Elak Beg Tangan Besar. Jauhi diri anda dengan beg tangan yang besar kerana ia membuatkan anda lebih rendah dengan ketara. Pilih beg tangan yang bersiaz sederhana supaya anda kelihatan lebih 'seimbang'.

        Jauhi Skirt Mini. Skirt pendek atau mini lebih cantik dipakai oleh wanita yang mempunyai kaki yang panjang dan bertubuh tinggi. Jika wanita bertubuh rendah mengenakan skirt mini, kaki pendek akan kelihatan lebih ketara dan ia mencacatkan penampilan.

        Seluar Kaki Lurus. Pilih jeans atau apa saja jenis seluar yang mempunyai potongan kaki lurus untuk menampakkan kaki lebih panjang dan kelihatan tinggi saat berjalan. Rahsia kaki kelihatan langsing adalah seluar tanpa banyak poket, tanpa corak dan tidak ketat.

        Nah... Tidak ada lagi alasan untuk wanita yang berketinggian 5 kaki 3 inci ini merasa kurang yakin untuk berfesyen jika anda bijak adaptasi helah seperti di atas. Selamat berfesyen!
        
                                
-nona-





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 1.197789 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list