CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3432|Reply: 24

[Tempatan] 20 universiti awam haramkan guna vape

[Copy link]
Post time 23-11-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode


KANGAR 22 Nov. - Semua 20 universiti awam (UA) bersetuju mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai bersama oleh naib-naib canselor di 20 universiti berkenaan yang bermesyuarat Jumaat lepas.

Katanya, arahan larangan penggunaan vape itu dikuatkuasakan kerana pihak universiti mahu menjadikan kawasan kampus sebagai ‘zon hijau’.

Idris berkata, penggunaan vape adalah larangan terbaru selain pihak universiti telah lama menjadikan kawasan kampus bebas daripada merokok.

“Perkara ini telah diputuskan oleh naib canselor (NC) masing-masing yang memang mempunyai autonomi untuk melaksanakan sebarang peraturan tanpa melibatkan campur tangan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) Ke-6 2015 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang dikelolakan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti di Dewan 2020 di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor.

Antara universiti yang terlibat dalam pengharaman itu ialah Universiti Malaya (UM), Universi­ti Sains Malaysia (USM), Universi­ti Kebangsaan Malaysia (UKM), Uni­versiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 12:28 PM | Show all posts
vape on adalah hak asasi manusia
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 01:57 PM | Show all posts


sila haramkan rokok skali skiranya belom di haramkan di Universiti..baru adil dan saksama..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:01 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 23-11-2015 01:57 PM
sila haramkan rokok skali skiranya belom di haramkan di Universiti..baru adil dan saksama..

kawasan2 institut pengajian termasuk sekolah memang kawasan larangan merokok
sejak dr dulu g
bape kali nk haramkan plak

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:03 PM | Show all posts
renko replied at 23-11-2015 02:01 PM
kawasan2 institut pengajian termasuk sekolah memang kawasan larangan merokok
sejak dr dulu g
bap ...



kalu rokok sudah diharamkn sangat pelik bila Isu Vape baru nak diharamkan di smua Uni.
tak ke sama dua2 tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:08 PM | Show all posts
Nak haramkan vape dan rokok di kampus2 IPTA?

Pi tengok dengan mata kepala sendiri di IPTA2 ni. Pak guard dan staf2 fakulti berkepul2 hisap rokok di kantin/kafeteria masih ada hati nak haramkan penggunaan vape di IPTA2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 02:12 PM | Show all posts
nnt menyalak la vapers2 n peniaga2 vapers
rosakkan bisnes melayu katanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:17 PM | Show all posts
Betul la tuh... vape adalah sama dgn rokok.
Merokok tak dibenarkan di kawasan U, Sekolah, hospital dan byk tempat lagi.
Vape jugak harus dilayan sama rata dgn rokok.
Kalau ada yg kata, byk lg kedapatan mereka yg menghisap rokok di kawasan2 berkenaan itu adalah pelanggaran peraturan dan kelemahan dlm pemantauan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 02:21 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 23-11-2015 02:03 PM
kalu rokok sudah diharamkn sangat pelik bila Isu Vape baru nak diharamkan di smua Uni.
tak ke ...

tahun lepas ada nampak orang vape merata2 alam mcm tahun ni? ada?


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:25 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 23-11-2015 02:03 PM
kalu rokok sudah diharamkn sangat pelik bila Isu Vape baru nak diharamkan di smua Uni.
tak ke ...

menatang ni famous bila?
da 10tahun ke famous?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:27 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-11-2015 02:21 PM
tahun lepas ada nampak orang vape merata2 alam mcm tahun ni? ada?

tu la pasal
dia xpaham tu
mcm la time 2005 da bersepah org hembus2 benda bodoh tu sana sini
nak bela sgt vapers tu plak

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:30 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-11-2015 02:21 PM
tahun lepas ada nampak orang vape merata2 alam mcm tahun ni? ada?



vape jd berleluasa bila harga rokok mencanak naik..
dan bertaburan penjual2 vape muncul mcm cendawan tumbuh..

nak mencegah sesuatu yg xmenyihat & memudaratkn tu bagus..
cuma ditengah kancah perang Vape VS rokok VS tiba2 nak kena beli liquid Vape tru otorais farmasi
mcm menguntungkn sebelah pihak jer..

pas tu msg2 tunjuk kuat  hebat by implementing itu ini di sana di sini..
janji keja aku setel gitu..

pepun..undang2 kena follow je la kan

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:33 PM | Show all posts
renko replied at 23-11-2015 02:25 PM
menatang ni famous bila?
da 10tahun ke famous?



saya xbela sapa2..elok je pun nak di haramkn vape & rokok tu ..
nyahkan je terus belaka2 dr Malaysia ni...



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:18 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 23-11-2015 01:57 PM
sila haramkan rokok skali skiranya belom di haramkan di Universiti..baru adil dan saksama..

Ya betul tu... Sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:23 PM | Show all posts
MissMamamia75: saya xbela sapa2..elok je pun nak di haramkn vape & rokok tu ..nyahkan je terus belaka2 dr Malaysia ni...


ker miss ni tokey vape..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:25 PM | Show all posts
KANGAR 22 Nov. - Semua 20 universiti awam (UA) bersetuju mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.


guys, chill....

dia sebenarnya mengharamkan pengharaman vape

maksudnya vape takleh diharamkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 03:25 PM | Show all posts
keputusan yang sangat tepat

vape tiada sebarang faedah apapun

sepatutnya setiap seorang pengguna vape dibekalkan
dengan mesin penyembur asap untuk
basmi nyamuk aedes
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Smalam saya jumpa 3 ekor bbnu sunni jogging sambik isap vape..ko mampu sis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:28 PM | Show all posts
bodohnye kerajaan kelantan ni, nape nak haramkan vape je, rokok tak haram pulak

http://www.themalaymailonline.co ... -kelantan-kata-exco

Dilarang buka kedai ‘vape’ di Kelantan, kata exco

KUALA LUMPUR, 3 Nov ― Ingin membuka kedai menjual rokok elektronik atau “vape” di Kelantan?

Lupakan sahaja niat anda kerana tiada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan yang akan memberi permit kepada untuk tujuan demikian, kata pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, perumahan, belia dan sukan negeri itu Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Dalam laporan portal HarakahDaily, Abdul Fattah mengaku bahawa e-rokok di negeri itu setakat ini dikesan dijual di kedai alat-alat elektronik.

“Begitu juga shisha. PBT tidak mengeluarkan sebarang lesen premis. Malah kalau dikesan beroperasi, peralatan perniagaan mereka boleh dirampas,” kata beliau dalam Dewan Undangan Negeri semalam.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata menghisap vape atau e-rokok itu haram jika ciri-cirinya didapati sama dengan rokok tembakau.

“Untuk mengeluarkan sesuatu hukum, kita perlu meneliti beberapa kaedah. Sekiranya ciri-ciri yang terdapat pada rokok elektronik itu sama dengan rokok biasa, hukumnya adalah sama,” kata beliau.

- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.BEvoqPxA.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:34 PM | Show all posts
kemaruk replied at 23-11-2015 03:28 PM
bodohnye kerajaan kelantan ni, nape nak haramkan vape je, rokok tak haram pulak

http://www.themal ...

rokok mmg dh lama haram ler,

ada ke kedai jual rokok '100%' brg rokok kt kelantan?.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.526835 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list