CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 10-12-2015 10:55 PM | Show all posts
Eh akak... kenapa ada disclaimer camtu? Ko ni memang tawadhuk la... like2... heheh

Tengah tahan ketaq usus ni nak try2 baca citer ko sorang2 memalam.......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 11:15 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 10-12-2015 11:21 AM
Santapan hari ini bertajuk...

"SAPE TEMAN..? TOK WAN TEMAN....."

waaarrghhhh aku stop sampai sini. takmo ada tokwan teman aku plak kang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 11:18 PM | Show all posts
Sepanjang-panjang perjalanan ke rumah mertua yang mengambil masa dekat 2 jam aku hanya mampu mengusha komen-komen korang dari kejauhan (read: dari hp)
Gigil-gigil tangan nak menreply...tak reply kalu rasa guilty sangat (eceh)

Bukan tak bole reply guna hp..tapi aku tak tahu apa masalah access porum guna hp aku ni.
Dah separuh jalan menaip, tinggal nak tekan 'send' jerk tetiba hp jadik hang
Lepas tu.."cari is not responding." Pastu ilang.
Yang bernasib baik saja terlepas dapat aku reply.
Tu pun puas berdoa..janganlaaaaa kau hang..janganlaaa kau meragam. Kasik can aku send dulu komen ni.

Sape-sape dapat reply aku through mobile phone tu, makna kata doa aku termakbul laa tu..
Mana yang tak dan, bermakna hp aku dengki dengan korang..

Aku bagitau ni siang-siang (walaupun now masa aku tengah naip ni ari dah pukul 10.30 malam, baru sampai umah mentua lagi..) in case aku tak dapat nak hapdet apa-apa sepanjang coti-coti mesia aku next week.
Andai tempat aku stay tu ada internet access, bule laa aku hapdet.
Mana tau ada cerita best live on stage dapat ke...bule korang dapat menyantap habuan fresh from oven..gitu...
sebab aku dok dengar tok laki aku dok sebut-sebut nak stay chalet tepi laut.

Errrrrr...tapi nanak laaah aku. mintak simpang.
Spoil plak hanemoon kami nanti...hahaha..

Oh sebut pasal chalet tepi laut ni..baru teringat kes yang terjadi kat mak aku.
Masa tu dia belum pencen lagi. Mak aku ni dulu cikgu, so selalu jugakla pi kursus ape semua.

Satu kali tu dia kene pi kursus kat terengganu, dan bersama dengan cikgu-cikgu lain depa bermalam di chalet B**I* K*l***G.

Mula-mula dia dapat stay satu chalet ni dua orang.
Kira ada la teman bermalam.
Malam esoknya ada member dia minta tukar sebab katanya orang tu takut nak stay sengsorang.

Yang mak aku ni pulak, terlebih baik hati lerrr pulak.
Kesian punya pasal, terus sami'na waa ato'na.
Patuh dan perintah

Chalet yang dia tukar dengan member tu rupanya agak tersorok dan jauh dari orang.
Patutlaa beria orang tu nak minta tukar.
Duduk sorang pulak tu..duuhhhhhh.

Malam pertama mak aku tido chalet tu takde apa yang berlaku katanya.
Or maybe sebab dia penat dengan aktiviti siangnya, maka malam ari tak dan apa dia dah hilang ghaib di alam mimpi.
Letak kepala, terus tak sedari diri.

Malam kedua mak aku tidur di situ segalanya bermula....(Hari kursus dah masuk hari ketiga)

Aktiviti LDK hari ketiga tu tamat lebih awal, sebelum maghrib dah setel.
So mak aku ni dengan senang hatinya berjalanla pulang ke chaletnya.
Mula-mula beramai-ramai, namun memandangkan chalet dia tu yang paling jauh dari orang, kira dia orang yang terakhir berjalan.
Orang lain dah selamat sampai ke chalet masing-masing dah..tapi mak aku ni masih la terkedek-kedek sorang-sorang menuju ke bilik.

Kedek-kedek..kedek- kedek..pusing sana..pusing sini.
Aiks..apsal macam tak sampai-sampai lagi nih?
Tadi masa keluar dari chalet nak ke tempat kursus tak dan lima minit dah sampai.
Ni dah dekat 20 minit dok tawaf mencari but still tak jumpa-jumpa, dah kenapa?
Balik-balik dok melintau tempat yang sama!

Tak puas hati, mak aku patah balik ke tempat kursus tadi menuju ke receptionist.
Alang-alang sesat, biar saja orang chalet itu sendiri yang datang tunjukkan tempat.
Letih kot dok main merry goes round pakai kaki sendiri nih!

Datanglah seorang pemuda yang masih muda dan penuh skema yang tunjukkan jalan.
Sampai saja di depan pintu chalet, muka budak tu seakan berubah.
"uan duduk chalet ni ke..?"
Mak aku just angguk sambil tersenyum.
Muka budak skema tu kian keruh bila mak aku dengan jujurnya beritau dia yang mak aku stay sorang jer kat situ.

"Hurmm..ok..tapi apa-apa hal puan cepat-cepat datang ke receptionist ye..?" ada nada gugup dan gusar di situ tapi cuba disembunyikan sehabis baik.

Lepas ucapkan terima kasih, mak aku terus masuk dan bersiapkan diri untuk solat maghrib pula.
Usai solat, seperti biasa dia akan wirid dan baca Yaasin.
Baru separuh bahagian yaasin dibaca, tetiba kedengaran seperti dinding chalet diketuk-ketuk dari luar.
Mak aku hanya mendiamkan diri.
Anggapannya mungkin ada sesapa yang lalu di situ dan sengaja mau mengusik.

Beberapa detik berlalu, ketukan dinding itu sudah tidak kedengaran.
Mak aku menyambung kembali membaca ayat-ayat yang masih berbaki.

Tiba-tiba..

Dunggggggggggggggggggggggggggg..bunyi hentaman di atas bumbung chalet.
Serentak itu chalet itu dirasakan bergegar seperti digoncang-goncang.
Terkejut mak aku bukan kepalang hinggakan terlepas surah yaasin yang sedang dibacanya.

Dia cuba berlagak biasa dan cuba menghabiskan bacaan yassin.
Namun makin kuat dia baca, makin kuat pula dentuman di atas bumbung itu.
Seluruh chalet tu jugak dirasakan makin kuat gegarannya.
Entah apa yang mengamuk atas tu tak tahu lah.

Dalam gigil-gigil tu sempatla juga mak aku salin kain sembahyang dan saruk jerk apa yang tercapai.
Beg baju semua tinggal.
Yang terbawa hanyalah diri sendiri saja dengan henbeg dia jerk.
Yang lain semua hye hye bai bai.

Sampai je kat receptionist, budak skema tu masih ada di situ.
Dia pun terkejut tetiba saja mak aku dah terpacul di situ.
Walhal baru jerk tadi dia hantarkan mak aku pulang ke chalet.

Tersemput-semputla mak aku ni bercerita apa yang dia alami.
Budak skema tu hanya mampu mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami dan bersimpati.

Terbongkarlah sudah kenapa member dia minta tukar bilik chalet yang lain.
Yang jadi mangsanya, mak aku lerrr jugak.
Sudahnya pulang dari kursus mak aku demam seminggu...

Tolong orang punya hal.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 11:24 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 10-12-2015 11:15 PM
waaarrghhhh aku stop sampai sini. takmo ada tokwan teman aku plak kang....

Andai ada betul tok wan yang temankan, yaaa ampooooonnn..maapkanlah dia..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 10-12-2015 08:58 PM
bila baca kisah tt nie seolah2 aku plak yg alaminya..
seram dan best sgt2..


Rumah opah aku pon dulu tandas kat luar. Elok port dia bawah pokok manggis... Ingat lagi masa tu umor 7 tahun sanggup membuang kat luar dari memerut dalam jamban tu. Lepas tu timbus dengan tanah n tutup dengan daun. Gelap gelita kan kat luar so aku assume takde sape nampak aku yang berak bersepah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 11:30 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 10-12-2015 10:55 PM
Eh akak... kenapa ada disclaimer camtu? Ko ni memang tawadhuk la... like2... heheh

Tenga ...

Hehe..semoleknya biar indah rupa dari khabar..daripada indah khabar dari rupa

Kerana tahap kuciwa amatlah tidak sama..


Tak mo kecut usus pedal segala, petuanya bila baca, baca jer
Tanpa ada tindakan susulan imajinasi yang melampau
Inshaa alllaahhhhh...selamaaattt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2015 11:39 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 10-12-2015 11:30 PM
Hehe..semoleknya biar indah rupa dari khabar..daripada indah khabar dari rupa

Kerana tahap kuci ...

suka la si budak dalam ni kang aku baca pasal tokwan dia. haha.

nite kak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 11:41 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 10-12-2015 11:39 PM
suka la si budak dalam ni kang aku baca pasal tokwan dia. haha.

nite kak

Lepuk jerk pale dia sedas..suh dia tido tak yah nak suka2 sangat...


Ok dik..nite2..sleep tight..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 10-12-2015 01:09 PM
Garisan putih tu..snow tengah turun.

Ada nampak bende lain tak selain dari garisan putih tu..?
...

Ni gmbr rumah kat oversea la ni... Kat hujung belah kanan tu mcm ada benda putih... Yg tu ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kancilku_biru replied at 10-12-2015 11:59 PM
Ni gmbr rumah kat oversea la ni... Kat hujung belah kanan tu mcm ada benda putih... Yg tu ke??

Tepat sekaliiii.

Obvious kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
miz_butcher replied at 10-12-2015 11:24 PM
Rumah opah aku pon dulu tandas kat luar. Elok port dia bawah pokok manggis... Ingat lagi masa tu u ...

Hahah..apakah hakikatnya kehidupan setiap kanak2 adalah hampir sama modus operandinya?

Poo poo dlm semak, tutup dgn daun..mcm tersama laa pulak..adehhh klaka2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam replied at 10-12-2015 02:54 PM
Semua citer clover agak skeri..huk..huk


Skeri2 cite aku..skeri lagi si jingodeep. Tetiba terid 'terkatup' sendiri! Hahaha..

If u could still remember laa..

Close, jingodeep..fd..keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 12:28 AM
Skeri2 cite aku..skeri lagi si jingodeep. Tetiba terid 'terkatup' sendiri! Hahaha..

If u coul ...

Hahahhaha...thread tu mmg sgt2 skeri...hantu tu jenis ego tahap dewa last2 thread tu tertutup dgn sendirinya..semua post yg di post oleh hantu bkenaan pun tpadam dgn sendirinya.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 07:37 AM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 8-12-2015 08:50 AM
Eh..pasal bunyi-bunyian ni kan....rumah kat atas rumah aku ni pun selalu duk berbunyi perabot kena ...

bunyi2an ni mmg kita dgr as if dari rumah sebelah, atas etc
tapi actually it means benda tu dlm umah kita sdri
somebody told me
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 08:16 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 10-12-2015 02:01 PM
Cite jamban ni agak panjang.
Tapi aku make it short jelah.
Sebab pukul 2 aku kene cabut..

Huiiiii kak..... nasib baik dah pagi baru bacer.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 09:15 AM | Show all posts
Clover_Hill replied at 10-12-2015 10:10 PM
Bila kita sendiri penah alami sesuatu hal/ peristiwa,memang daya empatinya lagi tinggi.

Wahh it ...

TT nanti kalau rajin aku tepek crite kat sini..
tapi, kalau nak ikutkan bukan setakat rumah kg tue jer..
kat upm nie pon byk benor ceritanya..
tmbh2 lg fakulti aku fbmk nun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 09:18 AM | Show all posts
miz_butcher replied at 10-12-2015 11:24 PM
Rumah opah aku pon dulu tandas kat luar. Elok port dia bawah pokok manggis... Ingat lagi masa tu u ...

sama la macam sepupu aku tue..
tak nak mmbuang kan tandas..
sanggup tue prgi kat bwh umah la (masa tue tak bersimen lagi)
kadang2 dekat longkang la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 09:30 AM | Show all posts
peachRose replied at 11-12-2015 07:37 AM
bunyi2an ni mmg kita dgr as if dari rumah sebelah, atas etc
tapi actually it means benda tu dlm u ...




huhuhu....yeke?matilah nakkkk

rumah aku ni sebenarnya dah dua tiga kali buat pendinding..walopun xde apa gangguan pun
kira buat precautionla.Dua kali ustaz buat masa doa selamat and sekali tu hubby aku buat lepas diajar kat darul shifa....
harapnya dia bunyi2 tuh  gangguan yang tak jadi makin teruk



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 11-12-2015 09:15 AM
TT nanti kalau rajin aku tepek crite kat sini..
tapi, kalau nak ikutkan bukan setakat rumah kg tu ...

Dengan penuh takzimnya aku mengalu-alukan perkongsian dari mana-mana rakan2 yang nak berkongsi...

Tak sangka ye upm yang nampak moden dan baru pun ada kisah sebaliknya..kalau U lama2 ni bule fahamla kenapa..

Ok dah rajin nanti share tau! Tak sabar lak aku nak baca hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 11-12-2015 08:16 AM
Huiiiii kak..... nasib baik dah pagi baru bacer.....

Habeh sempoi dah rasa mengarang semalam. Dahla taip lelaju semata nak kejar sblm pukul 2..

Tapi aku faham..aku pun gitu..baca orang taip "mana kamuuuuuu..?" Dah bule terbayang mata noor kumalasari jegil dalam cerita misteri rumah tua.

Walhal skrip nak tanya "mana kamu,cicak?"

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.275833 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list