CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : MISTERI MIMPI SYAKILLA (TAMAT)

[Copy link]
Post time 12-1-2016 11:54 AM | Show all posts
Ipo replied at 12-1-2016 11:38 AM
thank you reeny....suka juga ya citer seram gini...
ipo nak sambung ni...
dah penat buat report  ...

reen mmg suka baca citer seram..

adeehh!!! camner boleh lupa nk save pulak tu... penat la kalo ipo nk retype semula, nk ingt balik semua fakta... kalo reen mau stress jadinya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 12:06 PM | Show all posts
khairulazuan replied at 12-1-2016 11:48 AM
huhuhu..sama2...

tp kan sy x sbaik awak dlm mengarang novel

yup... betul tu azuan.. ipo pandai menyusun ayat dan plot sebab tu novelnya tk jemu dibaca..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 12:16 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-1-2016 07:57 PM

AKU bersandar di tepi dinding. Terduduk aku di situ. Muka aku raup lama. Air mata lelaki aku tumpah laju. Itulah kali pertama aku menangis teruk. Tidak pernah seumur hidup aku menitiskan air mata selebat itu. Aku hanya pandang mak dan nenek menangis di sisi Suri yang sudah tidak bernyawa. Otak aku ligat berfikir kejadian yang berlaku tadi. Hanya sekelip mata dan yang pasti semua itu berlaku amat pantas. Sebaik jumpa Suri di perdu pokok mengkudu, aku dukung masuk ke dalam rumah. Baringkan Suri di atas katil di dalam biliknya semula. Waktu itu Suri masih bernyawa. Tersekat-sekat nafasnya. Belum sempat aku bertanya, Suri sudah menghembuskan nafas terakhir. Meraung mak ketika itu. Nenek hanya tunduk dengan linangan air mata. Aku? Aku tergamam. Tak percaya. Sekelip mata saja Suri sudah pergi dari dunia ini buat selamanya.

"Sham..."

Terasa bahu aku disentuh. Perlahan tangan aku lepaskan dari muka. Lan, Ajoi dan Sopi sudah duduk di sebelah aku. Masing-masing dengan riak sugul. Aku tahu, mereka juga terkejut dengan apa yang terjadi.

"Aku tak sangka...adik aku...adik aku jadi mangsa dendam mereka.." Sudah terasa suara aku tersekat-sekat.

"Sudahlah Sham...sudah ajal Suri macam ni. Terimalah takdir Allah. Apa yang penting sekarang ini, hanya Tok Pat saja yang boleh rungkaikan semua ni. Aku pasti, dia tahu pasal perjanjian Tok Merah tu." Pujuk Lan.

Aku bingung. Ajoi dan Sopi turut mengangguk mengiakan kata-kata Lan. Rasa geram dalam hati membuak menunggu masa meledak. Sudah melampau jika semua itu ada kaitan dengan perjanjian atuk. Sungguh, atuk sudah jauh tersesat dalam dunia hitam. Air mata aku mengalir semakin laju. Tak sanggup aku mendengar dari Tok Pat jika semuanya adalah benar.

"Ya Sham...sekarang ni, kita kena uruskan jenazah Suri. Itu lebih penting..lepas tu, baru kita selesaikan yang lain. Aku pun  geram dengan semua ni. Tak sangka, sampai macam tu sekali nenek Azizah dan Mas Syakilla tu nak balas dendam." Sopi pula membalas.

"Betul tu Sham. Lepas uruskan pengebumian Suri nanti, kita kena berdepan dengan nenek Azizah. Jangan bimbang, aku, Lan dan Sopi akan bantu kau nanti." Ajoi turut menyokong.

Aku masih tunduk. Rasa malu sudah tidak ada lagi dalam diri aku. Biarlah Ajoi, Sopi dan Lan melihat aku menangis. Suri adalah satu-satunya adik yang aku ada di dunia ini. Saat manis membesar bersama, bergurau bersama silih berganti bermain di ruang minda aku. Makin laju aku menangis.

"Sham...sudahlah. Sedekah al Fatihah."

Aku mendongak. Nenek menghulurkan senaskhah al Quran kepada aku. Aku lihat Ajoi, Lan dan Sopi turut memegang senaskhah surah yassin. Perlahan aku menyambut dari tangan nenek. Perlahan juga aku menoleh ke arah mak di sebelah tubuh kaku Suri. Aku faham perasaan mak. Mahu gila dibuatnya. Anak kesayangan pergi dengan cara begitu.

Malam itu, rumah bergema dengan alunan surah yassin dan doa untuk arwah Suri. Ayat-ayat Allah itu aku baca tersekat-sekat. Tidak tercapai dek akal aku mengenangkan kejadian yang berlaku sekelip mata dan sekelip mata juga Suri pergi meninggalkan aku, mak dan nenek buat selamanya. Alunan lagu dari telefon bimbit aku berdering dalam poket seluar.

"Syakilla..."

Nama Syakilla tertera di skrin telefon. Hairan, selewat ini gadis itu menghubungi aku. Aku cuba kawal suara sebak aku, panggilan Syakilla aku jawab juga walaupun 'mood' aku sudah tiada.

"Assalamualaikum.." Antara dengar dengan tidak, aku menjawab panggilan Syakilla namun bukan  jawapan salam yang dibalas tetapi suara esakan di hujung talian. "Killa....kenapa ni?"

"Sham...tolong saya..tolong saya..."

Talian putus. Aku tergamam. Sempat aku dengar suara sayu gadis itu diselangi dengan ketakutan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2016 12:19 PM | Show all posts
sedap lagu Gerua ni...
dah tengok ahad lepas...
lepaskan rasa tension jap...hahaha...tak kena mengena dengan citer seram..





ok, nak sambung buat report plak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:20 PM | Show all posts
reeny replied at 12-1-2016 12:06 PM
yup... betul tu azuan.. ipo pandai menyusun ayat dan plot sebab tu novelnya tk jemu dibaca..

betul tu..teknik penceritaan yg bagus...klu sy mmg straight je...hahaha,
nmpknya klu bab menulis novel nih mmg sy hancur..mgkin kena bnykn mmbaca lagi...
nmpknya kena bljar tulis lagu la plak..mna taw de rezki ley masuk ajl...hahaha
larikkkkkk

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:23 PM | Show all posts
khairulazuan replied at 12-1-2016 12:20 PM
betul tu..teknik penceritaan yg bagus...klu sy mmg straight je...hahaha,
nmpknya klu bab menulis  ...

yg penting mencuba... tk cuba kita tk tau.. ada rezeki, alhamdulillah..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2016 12:31 PM | Show all posts
reeny replied at 12-1-2016 12:23 PM
yg penting mencuba... tk cuba kita tk tau.. ada rezeki, alhamdulillah..

insyllah sis...
tq atas dorongan dan galakan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 10:55 PM | Show all posts
Perasaan gelisah mula menghantui aku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku ada perasaan macam ini. Suara esakan dan nada ketakutan di hujung talian tadi cukup membuatkan hati aku tersentuh.

"Sham, siapa call?" Sopi menyapa aku.

"Syakilla...dia macam minta tolong...entah..aku dah tak boleh fikir dah ni.." Muka aku raup lama. Fikiran aku seperti di awangan.

"Minta tolong? Dia dalam bahaya ke?" Kali ini Lan pula menyampuk.

Aku hanya menggeleng. Sungguh aku sudah mati kutu! Buntu!

"Sham..aku rasa Syakilla benar-benar dalam bahaya tu. Cuba kau call semula." Ajoi sentuh bahu aku.

Aku cuba menghubungi Syakilla semula tetapi tiada jawapan. Hampir sepuluh kali aku mendail nombor gadis itu. Malam pula semakin dingin, menghampiri ke dinihari. Aku pula merasa malas untuk melayan semua itu. Pada aku, arwah Suri, mak dan nenek yang lebih penting. Untuk kali terakhir aku cuba menghubungi Syakilla sekali lagi. Juga gagal.

"Tak dapat. Sudahlah. Aku rasa dia boleh handle.." Aku tunduk sambil meraup muka.

Entah kenapa aku sudah tidak ada semangat untuk mengetahui tentang gadis itu buat masa ini. Apa yang ada dalam kepala otak aku ketika ini hanyalah Suri. Bingung memikirkan pemergian tragis adik aku. Ekor mata aku dialih pada mak yang masih teresak-esak berselang seli dengan bacaan yassin. Aku menarik nafas berat. Sorotan mata aku kembali pada naskhah yasin. Bacaan yasin yang tertangguh tadi aku sambung semula. Sesekali air mata yang mengalir aku sapu dengan hujung jari. Hal Syakilla, nanti-nantilah aku ambil tahu. Tentu nenek Azizah melindungi gadis itu jika ada apa-apa yang berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2016 11:10 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-1-2016 09:48 AM

BAB 10..........akhir dahhhhhh..........


JIRUSAN terakhir pada pusara Suri aku selesaikan dengan taburan bunga. Kedua tangan aku tadah, membaca doa dan sedekah al fatihah. Mak dan  nenek bersimpuh di atas tikar sambil menadah tangan dengan linangan air mata. Usai berdoa aku pegang tangan mak dan nenek.

"Mak, nek..dah selesai. Mari.." Kedua tangan wanita kesayangan aku itu aku pegang lembut.

Beriringan keluar dari tanah perkuburan itu dengan seribu satu perasaan. Orang kampung yang turut sama menguruskan pengebumian jenazah Suri tadi juga sudah mula beransur pulang.

"Mak, nek..balik dulu. Sham ada hal sikit..mungkin Sham dan kawan Sham nak ke kampung Sireh." Aku usap bahu nenek dan mak.

"Baiklah..hati-hati ya Sham. Ingat pesan nenek, Allah berkuasa di atas segala-galanya. Jin dan syaitan tak akan menang. Syakilla dalam bahaya..kalau boleh bawa dia tinggal dengan kita.."

Aku terdiam. Bagaimana nenek tahu Syakilla dalam bahaya sedangkan malam tadi nenek berada dalam bilik Suri bersama mak. Aku hanya mengangguk lemah. "Nek, jaga mak."

Nenek hanya senyum. Aku mengalih pandang pada mak. Wajah sugul mak masih ketara. Seharian mak tak bersuara. Aku minta diri dan bersama Lan, Ajoi dan Sopi, kami semua menaiki kereta ke kampung Sireh. Sebelum itu, aku perlu berjumpa dengan Tok Pat dahulu. Aku perlu tahu perjanjian atuk aku seperti yang dikatakan oleh Tok Pat dulu. Aku harus hentikan semua ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 12:00 AM | Show all posts
x expect akhir. I suggest you buat cerpan je sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 12:27 AM | Show all posts
Esmiria replied at 15-1-2016 11:00 PM
x expect akhir. I suggest you buat cerpan je sis

ya, dah akhir Es....
suka hatilah..nak jadi cerpen ke novel
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:18 AM | Show all posts
Ipo replied at 16-1-2016 12:27 AM
ya, dah akhir Es....
suka hatilah..nak jadi cerpen ke novel

I smell bibit-bibit keinginan berhenti di sini.


Es x bca citer ipo ni.sbb ia basic mimpi.(remind me of bicara sebuah diari)
sorry..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:19 AM | Show all posts
but i support you....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 10:24 AM | Show all posts
Esmiria replied at 16-1-2016 12:18 AM
I smell bibit-bibit keinginan berhenti di sini.

hehhee..ala es...
sekadar nak try citer seram gini...yg tk berapa nak seram..

ini bukan bibit2 lagi dah...ini dah benaran....tepatan.....
(kecoh kt MPS nun..benaran? rekaan? ala cik Es?...adeh ..dah jadi CI pulak..)

nak habiskan hari ni...
since ipo dah awal2 beritahu, citer ni setakat bab 10 saja...skarang dah masuk bab 10..
tak panjang pun....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 10:25 AM | Show all posts

tqvm.....ipo sr je benang Es...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 11:12 AM | Show all posts
Ipo replied at 16-1-2016 10:24 AM
hehhee..ala es...
sekadar nak try citer seram gini...yg tk berapa nak seram..

x fhm tang mps.org wonder ipo tipu atau ckp bnr?

ala cik es? u mean?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2016 11:27 AM | Show all posts
Esmiria replied at 16-1-2016 10:12 AM
x fhm tang mps.org wonder ipo tipu atau ckp bnr?

ala cik es? u mean?

bukan citer ipo...ada beberapa benang kat sana yg forumer syak tipu...cerita rekaan...tpi diclaimnya benaran belaka
ada yg tuduh itu cik es...
sampai mod buka benang khas untuk kes tu..
nk tahu lebih lanjut..sila ke bod sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 12:17 PM | Show all posts
HALAMAN rumah Tok Pat agak tidak terurus. Sampai sahaja tadi, aku sudah merasa sesuatu yang tidak kena. Kalau dulu, halaman rumah ini agak terjaga. Rumput dan lalang tidak dibiarkan panjang. Menjadi kebiasaan bagi orang Siam menjaga kekemasan dan kebersihan halaman rumah. Malah, bukan pokok bunga yang dihias, semuanya jenis pokok herba yang boleh dimakan selain sayur-sayuran yang ditanam dalam pasu.

"Sham...macam tak ada orang je?" Sopi cuit bahu aku.

Aku masih memerhati sekitar rumah Tok Pat yang agak ke dalam sikit dari jalan besar.  Kiri kanan belukar kecil dan ada beberapa pokok gajus yang lebat berbuah. Mungkin aku yang tak perasan pokok gajus pada malam aku ke sini bersama Lan, Ajoi dan Sopi.

"Weh..kenapa semua berhenti kat sini? Jomlah wei! Kata nak jumpa Tok Pat?" Lan sudah menyambung langkah.

"Aku tak sedap hati la Lan.." Aku masih tidak berganjak. Atas kepala aku terjuntai buah gajus yang sudah masak ranum. Terliur pula tekak aku nak merasa. Sudah lama aku tak merasa buah yang kelat manis itu. Mata aku berkalih pada rumah Tok Pat semula.

"Kenapa?" Ajoi pula bertanya.

Aku tidak menjawab. Perlahan aku melangkah mengikut belakang Lan yang sudah ke depan. Ajoi dan Sopi masing-masing berada dekat dengan aku. Dari dulu mereka berdua agak penakut sedikit.

"Sham, pintu macam berkunci ni.." Lan yang sudah menapak atas anjung rumah depan pintu utama mula memegang mangga yang berkunci.

Aku pandang sekeliling. Tiada kelibat Tok Pat. Hanya kedengaran bunyi biawak berdesir menjelirkan lidah mencari makanan di tepi semak di sebelah kiri rumah Tok Pat.

"Tok Pat! Ooo Tok Pat!!" Lan melaung memanggil nama Tok Pat, agak kuat nadanya.

Senyap. Tiada sahutan dari dalam rumah. Bunyi anjing liar menyalak dari arah hutan di belakang rumah Tok Pat semakin bersahutan. Ajoi dan Sopi semakin dekat dengan aku. Sunyi sepi di sekitar rumah Tok Pat. Aku terpandang pada seekor burung di dalam sangkar di anjung sebelah kanan. Burung tekukur itu sudah mati mereput. Ulat menggeletis dalam sangkar.

"Emm..pelik. Takkanlah Tok Pat biarkan je burung tu mati berulat?" Aku mendekati sangkar burung. Fuh! Baunya menusuk hidung! Busuk yang amat!!

"Sham..kalau dah burung mati macam ni, kau rasa Tok Pat ada ke kat rumah?" Tanya Lan.

Entah...aku rasa Tok Pat tak ada..rumah berkunci, burung mati..entah-entah dia dah lama tinggalkan rumah ni..mungkin lebih dari dua minggu.." Aku cuba meneka.

Kriikkk.......


Bunyi keriuk jendela kayu terbuka dari arah kiri rumah. Aku pandang Ajoi dan Sopi yang sudah semakin berhimpit. Lan pula sudah menapak turun dari anjung dan melangkah ke arah kiri rumah. Aku hanya jenguk dari anjung.


"Lan, ada sesiapa tak?"


"Tak ada!"


Aku melompat dari anjung rumah menuju ke tempat jendela terbuka tadi.  Agak gelap keadaan dalam rumah Tok Pat. Langsir kuning di jendela sudah lusuh.


"Macam mana ni?" Lan pandang aku dengan riak buntu.


"Cari siapa?"

Aku dan Lan serentak menoleh ke arah suara asing yang bertanya. Seorang lelaki tua memakai kain pelikat dan hanya mengenakan baju pagoda dengan parang kecil diselit di pinggang mendekati aku dan Lan. Ajoi dan Sopi masih berada di anjung rumah.

"Saya cari Tok Pat pakcik." Aku melangkah dekat ke arah lelaki tua tadi. Lan mengekor aku.

"Tok Pat? Ada apa nak cari dia?"

Aku lihat sudah berkerut dahi lelaki tua itu memandang. Seperti ada sesuatu yang tidak senang di matanya. Nada suaranya agak keras. Seorang demi seorang diperhatikan. Ajoi dan Sopi mula mendekati aku dan Lan.

"Kami datang ni nak jumpa Tok Pat.. ada hal penting. Dia ada kat rumah ke?" Aku cuba berbahasa.

"Tok Pat sudah mati. Sudah dua hari dia mati. Mahu minta tolong sama Tok Pat ke? "

Aku menelan liur. Bulat mata memandang lelaki tua itu yang sedang menghisap rokok daun yang disedut berkali-kali asapnya dan dihembus rakus. Gigi merah lelaki itu mungkin kesan dari mengunyah sireh barangkali.

"Ma..mati??" Lan turut terkejut.

Lelaki tua itu mengangguk. "Malam tadi..kecoh roh dia balik rumah. Ada orang nampak.."

Mendengar kata-kata lelaki tua tadi, Ajoi dan Sopi semakin berhimpit. Lengan aku dipegang kuat. Terasa muka aku sudah pucat. Semakin kusut dan buntu. Nampaknya aku tak akan dapat selesaikan masalah mimpi aku.

"Emm...kau ni anak Hadi kan? Cucu Tok Merah?"

Aku yang sedang ligat berfikir, buntu tak tahu nak buat apa,  terus saja mendongak. Glamour sangat ke ayah aku dan atuk aku? Dan macam mana lelaki tua itu kenal aku?? Eh, memang sahlah mereka kenal aku. Muka aku copypaste ayah aku! Aduh! Kenapa aku tak terfikir benda gitu???

"Sham...mungkin kita boleh korek dari pakcik ni..dia kenal kau." Lan berbisik.

"Aku tahu, apa  benda penting yang kau nak tanya pada Tok Pat..."

Sekali lagi aku terkejut. Kata-kata lelaki tua itu cukup membuat aku ingin melekat lama di halaman rumah Tok Pat. Apakah lelaki tua itu ada kaitan dengan Tok Pat? Siapa dia sebenarnya?

"Maksud pakcik?" Aku menelan liur lagi. Tak berkelip aku melihat wajah tua lelaki yang berdiri di depan aku.

"Emm...perjanjian telah selesai.."

"Apa maksud pakcik?" Cepat saja aku memintas kata lelaki tua itu. Sungguh, aku sudah tidak sabar hendak tahu apa yang perjanjian yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

"Emm...ikut aku.."

Lelaki tua itu mula melangkah meninggalkan rumah Tok Pat. Aku, Ajoi, Sopi dan Lan tidak membuang masa lagi, terus saja membuntuti lelaki tua itu. Tidak tahu ke mana arah tuju lelaki itu. Ikut saja.


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:35 PM | Show all posts
Ipo replied at 16-1-2016 11:27 AM
bukan citer ipo...ada beberapa benang kat sana yg forumer syak tipu...cerita rekaan...tpi diclaimn ...

ipo,es dh bca.n  ada yg ragu2..I mean part saka tu.mengikut pnglmn es,xdenya saka satu jenis contoh pocong byk bilangan.ada pun pelbagai.hanumam,khinzir,pontianak


pula blh kira.akak blh bca komen sy kt situ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 02:35 PM | Show all posts
Esmiria replied at 16-1-2016 12:35 PM
ipo,es dh bca.n  ada yg ragu2..I mean part saka tu.mengikut pnglmn es,xdenya saka satu jenis conto ...

dah baca komen es kat sana....
ingatkan akak sorang je yg curious pasal pocong tu...mcm mana boleh tahu 20 ekor?

anyway, cerita masing2....bak kata thread :NAK PERCAYA KE TAK NAK?NAK PERCAYA KE TAK NAK?...

and kena respect la tt yg buka thread...baca sekadar pengetahuan dan isi masa terluang...kalau betul ambil iktibar
kalau tipu, just leave it as fairy tale story...

Note: dah bawa ke benang sini pulak daaaa.....ok stop sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.381401 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list