CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kelakuan Gedik Wanita Melayu Dibidas Netizen

5-7-2016 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 18247| Komen: 46

Oleh : TS LOO


Pemasaran iklan secara memaksa atau hard sales sudah tidak berkesan dalam zaman sekarang, syarikat pengiklanan lazimnya akan cuba mendapatkan idea yang ada kelainan untuk menarik pengguna. Tanpa mengira bagus atau pun tidak idea yang dihasilkan itu, apa yang penting ia dapat menimbulkan topik hangat dan disebarkan secara meluas di laman media sosial. 


Baru-baru ini, terdapat satu iklan yang dikatakan tersebar luas di laman facebook berikutan individu yang ada dalam iklan itu menggunakan perkataan yang kurang sopan dan agak lucah, sekali gus mengundang kecaman hebat di kalangan netizen sehingga menjadi topik hangat di media sosial.



Paparan video yang berdurasi 3 minit menunjukan, seorang wanita Melayu berketampilan dan cara pengacaraan yang agak 'over', mendakwa dirinya telah ditipu, susulan terbeli sejenis produk yang tiada memberi kesan langsung. 

Pengeluar produk dikatakan berjanji ia akan membawa kesan dalam masa seminggu, tetapi apa yang berlaku hanyalah berat badannya kian meningkat, kulit turut menjadi bermasalah, tidak bermaya, malah asyik rasa mengantuk. 

Keadaan tersebut mengganggu hubungan intim bersama suaminya, suaminya mengadu dia kehilangan nafsu seks. Justeru itu, wanita tersebut meminta sebanyak 10 ribu ringgit daripada syarikat terbabit sebagai bayaran ganti rugi. 

Namun permintaan ganti rugi seolah-olah hanya setakat cakap sahaja. Bahagian seterusnya video tersebut kelihatan pula wanita berkenaan mula memuji produk lain yang disifat olehnya setelah minum produk yang berunsurkan minuman itu, dia berkeupayaan melakukan hubungan seks dengan suaminya setiap hari. Akhir sekali, dia mengeluarkan produk tersebut dan memperkenalkannya dalam bentuk penyampaian yang agak over.

Oleh kerana, penggunaan ayat yang kurang sopan dan cara promosinya yang kasar, rata-rata netizen membidas wanita terbabit tidak erti malu.

sumber foto: FB Kaki Share


Komen Netizen :
# Tiada masalah sebelum ini, tetapi selepas minum, terus hilang maruah diri, dan hilang rasa malu !
# Setealh menonton video ini, lagi membuatkan saya tidak ada keinginan untuk membeli, 50 sen ke 20 sen pun tidak mahu beli. Saya tidak tahu apa akan terjadi setelah minum produk tersebut.
# Bagi saya video ini lebih bertujuan untuk menghina produk buatan orang Melayu, kelihatan murah dan menakutkan orang.
# Cara rakyat Malaysia memasarkan produk kecantikan semakin hari semakin tidak kemaruahan.

Walaupun, video tersebut berjaya dikongsi dan disebar secara meluas dan ianya sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi penjenamaan produk tersebut, tetapi adakah anda rasa berbaloi dengan cara pemasaran yang sebegini rupa? - CARI


6

Bagus
14

Marah
17

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-7-2016 02:56 PM
Iklan agak murahan cam ni tak kowser nak layan.  
Quote M.Rose 5-7-2016 03:07 PM
Biar nampak takda maruah. Yang penting kepala bebalut.
Quote julia5094 5-7-2016 03:30 PM
namapak dh macam baru keluar dari tanjung rambutan pun ada macit ni...hu..hu..
Quote missDollie 5-7-2016 03:54 PM
Ewww..disaster..
Quote Themilo 5-7-2016 04:36 PM
Akak kalo jumpa depan mata, akak cili cikki dia nih.. Menggeletat sangat pehal? :
Quote CrowneGlory 5-7-2016 04:45 PM
Forumer cari kah? Gaya tingtong tu mcm 2-3 ekor dlm ni jah
Quote tanganbercakap 5-7-2016 04:50 PM
galak nye mak cik
Aku tunggu je benda atas kepala dia tu jatuh sampai tutup mate..tak sempat plak
Quote Cyempaka 5-7-2016 05:48 PM
Cakap pun penat..bertenaga jadahnya. Lg gebang 2, 3 round... :zz
Quote Jerambut 5-7-2016 07:47 PM
aku tak tahu apa strategi benda alah ni.
Bukan ke, kalau dah rendahkan standard barang ni dgn gaya gitu...

So.... orang lagi malu nak beli?
Quote ChildrenOfBodom 5-7-2016 09:01 PM
apasai mulot herot? cam bapok
Quote merrissa 5-7-2016 09:31 PM
iklan terljak laris....pasai buah dada tuh ntah hape2 jugak....xx senonoh

Quote famri7 5-7-2016 10:12 PM
kenapa heshe mcm terencat tingtong jah?  lepas minum trus cekpit bengkak jadi tingtong?
Quote Emperor95 5-7-2016 11:23 PM
hilang selera
Quote Andyscenes 6-7-2016 09:57 AM
adakah aku sorg yg mempunyai perasaan untuk menampar wanita itu?
Quote lashes 6-7-2016 12:53 PM
Psycho je makcik tu
Quote cadarblogsot 6-7-2016 04:14 PM
Andyscenes replied at 6-7-2016 09:57 AM
adakah aku sorg yg mempunyai perasaan untuk menampar wanita itu?

Rasa mcm nk :  : :
Quote matchstick 6-7-2016 06:16 PM
Mcm mana nk pakai tudung gaya dia ni..xde tutorial ke mcm baru lps dilanda ribut
Quote matchstick 6-7-2016 06:18 PM
Gadis melayu kejadahnyer..suara mcm itik serati. Ntah2 ponen. Konon suara serak sbb salah produk. Padahal nk cover suara jantan
Quote Andyscenes 6-7-2016 08:30 PM
cadarblogsot replied at 6-7-2016 04:14 PM
Rasa mcm nk :  : :

marilah sama2 kita penampar makhluk tuhan tu

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.084887 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top