CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Tempat Pengundian Cabang PKR Berselerak

30-4-2014 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4057| Komen: 8

Description: Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, Berkata Kekecohan Bermula Pada Jam 11.30 Pagi Lagi Apabila Penyokong Penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli Melihat Pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah M ...







Kuala Terengganu: Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Cetus suasana panik

“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang,” katanya kepada BH.

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

“Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat .



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 30-4-2014 08:30 AM
mabuk ketum ke mabuk berkuasa??mana lagi bahaya??
Quote akughi 30-4-2014 09:03 AM
demokrasi la sangat......parti bodoh
Quote munchkin 30-4-2014 10:47 AM
teruknya
Quote fizroy 30-4-2014 06:49 PM
betul ke ni?
Quote bangcak 30-4-2014 08:21 PM
pengotornya pkr tu... cuba la bersihkan macam rumah panda


Quote airfilterbersih 1-5-2014 04:12 PM
Telusssss nyeeeeeeee
Quote airfilterbersih 1-5-2014 04:16 PM
akughi posted on 30-4-2014 09:03 AM
demokrasi la sangat......parti bodoh

Tu laeeeennnn.
Quote akughi 2-5-2014 11:18 AM
bangcak posted on 30-4-2014 08:21 PM
pengotornya pkr tu... cuba la bersihkan macam rumah panda



BERSIH : Ini satu langkah tuntut pilihan raya bersih

Jawatankuasa pemandu BERSIH berkata gabungan itu bangga dengan “jumlah sebegitu ramai yang tidak diduga” yang mengambil bahagian.

Tahniah dan syabas buat semua peserta-peserta Himpunan BERSIH 2.0 hari ini.Kalian adalah pahlawan-pahlawan rakyat yang sejati.Saya sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan keberanian anda untuk turun ke jalan-jalan raya, mengambil risiko bagi memperjuangkan kebenaran dan membenam kezaliman.Cubalah anda lihat betapa baculnya ahli-ahli Patriot Pemuda Umno dan Perkosa yang tiada roh perjuangan dalam menghadapi gelombang BERSIH 2.0.Inilah golongan CARMA bak kata Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said yang berjuang hanya untuk perut sendiri dan kroni sahaja.







pemilihan PKR    mene pegi laungan bersih 2.0? kata nak bersihkn SPR tapi pemilihan sendiri mcm syial......

DAP pun smp skrg tak setel CEC.....mane bersih ko lobai? hahahaahahhah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.044641 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top