CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Tipu Undi : Azmin Ali Bakal Di Siasat ?

30-4-2014 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4065| Komen: 6

Description: Ahli Pkr Badrul Hisham Shaharin Mendakwa Penipuan Berlaku Ketika Kiraan Undi Di Batang Sadong, Sarawak Semalam Melibatkan Kumpulan Penyokong Azmin Ali.



Petaling Jaya – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat langsung dakwaan penipuan undi yang didakwa melibatkan calon timbalan presiden PKR.

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak hari ini bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.

“Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius.

“Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat,” kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong, Sarawak semalam melibatkan kumpulan penyokong Azmin Ali.

Beliau menyebarkan gambar di laman media sosial menunjukkan beberapa lelaki sedang bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu.

Johari mengaku menerima beberapa aduan berkenaan perkara itu.

“Bukan saja Chegubard (Badrul) ramai lagi buat aduan,” kata beliau.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 29-4-2014 10:47 AM
alahai...pecah tembelang....sebusuk2nye...
Quote Al-Patih 30-4-2014 08:18 AM
masaak ...elok le tu ....bukang macang porty lagik satu ...
Quote fizroy 2-5-2014 12:22 PM
maciam maciam
Quote puanlina 2-5-2014 03:19 PM
wey, dia tak cam tu la wey..... dia telus (sambil 2 tangan kat bahu, mata hitam keatas !)
Quote harimau76 2-5-2014 04:58 PM
set2 dorang ni mmg gila kuasa tahap langit ke 7...
Quote rawahah 5-5-2014 10:32 PM
pengerusi jpp pun xleh dipercayai.. adeh.. keluar mulut rimau, masuk mulut buaya, buaya mulut busuk pulak tu!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059195 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top