CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Enot Serik Menanggung Biawak Hidup Dua Kali!

8-5-2014 01:46 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 26809| Komen: 136

Description: Terpaksa Tanggung Suami Buat Enot Serik Kahwin Enot lebih comel apabila bertudung.

Terpaksa Tanggung Suami Buat Enot Serik Kahwin       

Enot lebih comel apabila bertudung.

         
Pelakon Enot berasa serik untuk berkahwin semula selepas gagal dengan dua perkahwinannya yang terdahulu termasuklah melalui pengalaman ‘menanggung suami’. Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, biarlah dia bergelar ib tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk suami.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami. "Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik," katanya kepada mStar Online pada Rabu. Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch ini pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu.


   
Enot tidak sanggup lagi terpaksa bekerja untuk menyara suami.

Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana dan Ariana. Bagaimanapun, tambah Enot, dia akan menerima takdir sekiranya diberi peluang untuk berkahwin buat kali ketiga. "Tetapi kalau nak tahu, jika mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan saya, cepat-cepat saya akan elak.

"Tak pun… saya cuba melakukan perangai buruk agar ia dapat memberi persepsi negatif  mengenai diri saya," ujarnya. Sementara itu, Enot turut menasihatkan kepada semua golongan wanita supaya berhati-hati dalam memilih suami. Katanya, setiap wanita perlu memastikan seseorang lelaki itu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh agar kehidupan tidak merana pada kemudian hari. "Saya nasihatkan, carilah lelaki yang bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh.

"Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 8-5-2014 12:31 AM
mungkin kau secara azalinya taste dgn lelaki pemalas?
Quote batman_2007 8-5-2014 12:32 AM
Gituuu katanya pembuat kek lucah
Quote burque 8-5-2014 12:34 AM
Harap sgt tak kawin
Tapi terima takdir klu kawen lagi :@
Quote matchstick 8-5-2014 12:41 AM
gambo atas tu, mcm teletubbies aku nengok

Last edited by matchstick on 8-5-2014 12:44 AM

Quote senahsanasini 8-5-2014 12:46 AM
Bagus la klu dh ade perasaan mcm tu. Hrp dimakbulkan
Quote choombee 8-5-2014 12:48 AM
senduuuuuuuuu sesedunyaaa
Quote Matakilat 8-5-2014 12:51 AM
Kasihan enot.
Quote azilamie2 8-5-2014 12:54 AM
laki dia kepala botak tu eh? dah bercerai rupanya
Quote munchkin 8-5-2014 12:57 AM
Selamat maju jaya
Quote Grengo 8-5-2014 12:59 AM
Tolak ansur lah... tak kan kawin je 101% suami kena tanggung.

Quote mesmerize 8-5-2014 01:03 AM
penah nampak dia ni meniaga kek ke apa entah kat rasta ttdi.. muka ketat je.. tak menarik pelanggan langsung.. nak meniaga kena maniskan muka n ramah kat potential customer enot oii.. ai pun tak beli apa2 kat gerai dia sebab tengok muka dia ketat semacam hehe.. ai gi beli biskut kat gerai sorang adik ni, kecik lagi umur dalam 12 tahun tapi terer giler marketing siap bagi ai test biskut dia.. bijak giler dia promote.. .so ai lambat laun terbeli jua meskipun rega biskut tu mahal..
Quote mommymonster82 8-5-2014 01:51 AM
Dah cerai cukuplah...
Apa lg ko nk buktikan?

Bukn dulu ko ke yg cakap xkesah psl dia boleh jg anak kt rumah?
N igt lg dlm 1 rancangan aper ntah..selmber jer dia kutuk hb 1 mlysia dengar...
Quote adfiza 8-5-2014 01:56 AM
mommymonster82 posted on 8-5-2014 01:51 AM
Dah cerai cukuplah...
Apa lg ko nk buktikan?

Die kutuk apekah?
Quote mommymonster82 8-5-2014 01:58 AM
adfiza posted on 8-5-2014 01:56 AM
Die kutuk apekah?

Dia ckp psl hb dia yg kedua ni lh..

Ckp konon dia kuar keje n hb dia jd housewife...i kuar dia kenalh buat kejer rumah..lbih kurg benda gtulah. Tp mmg dia cam buat2 lawaklah..cam perli2 gtu
Quote kakikuDibibirmu 8-5-2014 03:01 AM




bagai enot dalam belukar
Quote clarizsa 8-5-2014 03:46 AM
enot, cari laki mcm muka laki fynnjamal, mesti best tggung biawak...

tgk pingu happy je...
Quote alinone78 8-5-2014 06:27 AM
Elokla....x payah create another sad ending marriage
Quote fifie_olin 8-5-2014 07:14 AM
sedap ke kek beliau..
Quote brookemcqueen 8-5-2014 07:31 AM
dulu penah teserempak enot n lelaki ensem kat mid. duluuuu la. time enot masih seksi (seksi kah?)
kalau ditgk...hmm...boleh agak kot?

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053868 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top