CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Enot Tabah Tanggung Sakit Kanser Usus Tahap 2

9-5-2014 03:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21036| Komen: 106

Description: "Doktor Cadangkan Buat Pembedahan Dan Kimoterapi Tetapi Saya Tidak Mahu Kerana Mengikut Pengalaman, Ramai Ahli Keluarga Saya Meninggal Dunia Kerana Rawatan Kimoterapi. Jadi Sekarang Ni Saya Amalkan ...


Melihat perwatakannya yang ceria, mungkin ramai tidak percaya bahawa pelakon komedi Aliza Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Enot sebenarnya menangguh derita sakit kanser usus tahap dua, sejak setahun lalu.

Menurut Enot, dia menolak untuk meneruskan rawatan secara perubatan moden sebaliknya dia sekarang mengamalkan cara rawatan kampung.

"Dah setahun saya menghidap penyakit ini. Sebenarnya selama ni memang saya rasa sakit tapi saya fikirkan itu hanya sakit biasa. Hinggalah saya mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Kemudian bila saya buat pemeriksaan, doktor sahkan saya mengidap kanser tahap kedua.


"Doktor cadangkan buat pembedahan dan kimoterapi tetapi saya tidak mahu kerana mengikut pengalaman, ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana rawatan kimoterapi. Jadi sekarang ni saya amalkan ubat kampung. Saya amalkan makan daun belalai gajah. Daun tu saya beli di Seremban. Selain tu Didie Alias sarankan saya minum produknya, ABP26.

Tapi saya masih dapatkan nasihat doktor dan makan ubat. Alhamdulillah keadaan saya sekarang bertambah baik dan saya dapat teruskan rutin macam biasa", kata Enot ketika ditemui pada sidang media Mega Bazar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia 2014, di restoran Serai, Kuala Lumpur, semalam.

Lebih menyedihkan, Enot juga memberitahu sehingga kini dia tidak lagi mendapat tawaran berlakon. Namun demi meneruskan kelangsungan hidup, Enot menjalankan perusahaan jualan biskut buatannya,Enot Cookies and Cake, menerusi online.

"Sudah setahun juga saya tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi untuk meneruskan hidup, saya teruskan dengan jualan cookies secara online.

Terus-terang hidup saya dan anak-anak saya sekarang tidak mewah. Kami berjimat cermat. Tapi Alhamdulillah, kami dapat teruskan kehidupan seperti biasa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote senahsanasini 8-5-2014 09:00 AM
Takziah.. Sabar enot..
Quote annehuda 8-5-2014 09:05 AM
Takziah enot. ko mmg tabah sbb tak sangka ko tgh kanser. tp masalahnye ...

"Doktor cadangkan buat pembedahan dan kimoterapi tetapi saya tidak mahu kerana mengikut pengalaman, ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana rawatan kimoterapi. Jadi sekarang ni saya amalkan ubat kampung. Saya amalkan makan daun belalai gajah. Daun tu saya beli di Seremban. Selain tu Didie Alias sarankan saya minum produknya, ABP26.


part ko menolak kemo sbb nk ubat cara kampung tu, tu aku boleh terima lg. tp bhy la enot ko minum supplemen mengarut2 ni.
Quote pet_ayut 8-5-2014 09:06 AM
takziah..moge bertabah enot..
Quote lazim 8-5-2014 09:09 AM
kesian enot. smoga sihat
Quote RatuDunia94 8-5-2014 09:11 AM
Selain tu Didie Alias sarankan saya minum produknya, ABP26.
kimak nye ko Didie!
Quote epysha 8-5-2014 09:16 AM
pesakit kanser yg mkn berkilo2 daun belalai gajah ni pun tak guna kalo tak jaga pantang mkn. gula & coklat salah satu penyubur sel kanker.. Last edited by epysha on 8-5-2014 09:18 AM

Quote miss_rose 8-5-2014 09:20 AM
Ada pnyakit kanser usus. Bersabar dan bertabah la wahai enot, jaga la pemakanan ko wahai enot.
Quote cikatilia 8-5-2014 09:23 AM
dugaan dari Allah
sbb Dia syg.. sabar eh enot.
Quote bookehkahkoh 8-5-2014 09:23 AM
weh takde orang terdekat ke yang bagitau dia makan supelmen tak boleh baiki kanser apa bangang sempat lagi promote produk sendiri padahal org tu sakit kronik
Quote tomet05 8-5-2014 09:28 AM
semoga sembuh enot ..
Quote poyohabis 8-5-2014 09:32 AM
epysha posted on 8-5-2014 09:16 AM
pesakit kanser yg mkn berkilo2 daun belalai gajah ni pun tak guna kalo tak jaga pantang mkn. gula &  ...

baru aku tau gula n coklat lagi meng aktifkan sel kanser...tq bg info

Quote SyaAnis 8-5-2014 09:38 AM
epysha posted on 8-5-2014 09:16 AM
pesakit kanser yg mkn berkilo2 daun belalai gajah ni pun tak guna kalo tak jaga pantang mkn. gula &  ...

aku pun baru tau.. tq tuk info ye..

bertabahla enot..
Quote fuzzyfuzzy 8-5-2014 09:41 AM
tabah la kak enot..semoga cepat sembuh...
Quote epysha 8-5-2014 10:07 AM
SyaAnis posted on 8-5-2014 09:38 AM
aku pun baru tau.. tq tuk info ye..

bertabahla enot..

actually byk lagi benda yg jgn dimakan contohnya seafood..memandangkan enot ni ligat buat kueh & biskut memang mainan dia gula & choc serta mak nenek tenusu lain  tu..
Quote belacan_gurl 8-5-2014 10:12 AM
mengikut pengalaman aku...berubat cara kampung mmg berkesan tapi kanser x ilang...lepas dia menapos...kanser akan dtg serang balik...berdasarkan apa yg berlaku kat arwah mak aku laaaa...
Quote jefri90 8-5-2014 10:16 AM
poyohabis posted on 8-5-2014 09:32 AM
baru aku tau gula n coklat lagi meng aktifkan sel kanser...tq bg info

thats y bagi penghidap kanser, kena substitute gula dengan madu, susu dengan soya.....
Quote jefri90 8-5-2014 10:17 AM
kesiannya setahun xdpt offer berlakon.... hurm didi alias tu kencang2 tarik la sekali enot walau jadi extra tunggul...dapat gak....ini pergi promote supplement...aduhai
Quote kenarikelabu 8-5-2014 10:23 AM
Tgk badan pun dah tahu tahap pem'bedal'an dia cemane. Nak pulak bisnes benda2 manis....mau nya tak cuit nak rasa2...msti byk pakai gula kan...
Quote putriworld 8-5-2014 10:28 AM
kenarikelabu posted on 8-5-2014 10:23 AM
Tgk badan pun dah tahu tahap pem'bedal'an dia cemane. Nak pulak bisnes benda2 manis....mau nya tak c ...

bahasa elok elok sikit la.. org tu tgh sakit..

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068265 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top