CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ibu Elly Mazlein Meninggal Dunia

12-5-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15276| Komen: 77

Description: Disaat Anak-Anak Meraikan Hari Ibu Yang Jatuh Pada 11 Mei, Pelakon Dan Penyanyi Elly Mazlein Mendapat Perkhabaran Buruk Apabila Ibu Kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, Meninggal Dunia Kira-Kira Pukul 2 ...



PETALING JAYA: Disaat anak-anak meraikan Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Ahad akibat sesak nafas.

Menurut tunangnya, Azmi Hatta ketika dihubungi mStar Online, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Nusa Putra, Puchong Perdana dekat sini.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di rumahnya awal pagi tadi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada pukul 9 pagi tadi," katanya ringkas.

Ibu pelakon itu dilaporkan turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi namun keadaannya tidak kronik.

Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina dilaporkan amat terkejut dengan berita kematian ibunya itu dan tidak sempat bersama arwah disaat-saat akhir hayatnya kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Pihak mStar Online juga tidak berjaya mendapatkan kenyataan daripada eLLY kerana sedang berada dalam keadaan terkejut dan sedih atas pemergian ibu kesayangannya itu.

mStar Online mengucapkan salam takziah kepada Elly dan keluarga atas pemergian ibunda tercinta. Al Fatihah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 11-5-2014 06:11 PM
takziah..

same as my arwah nenek..meninggal masa hari ibu
Quote ip_lepat 11-5-2014 06:13 PM
Al Fatihah...
Quote chinta89 11-5-2014 06:25 PM
Al Fatihah..
Quote little_sis 11-5-2014 06:28 PM
takziah..
sgt memahami perasaan kehilangan ibu...
Quote carlis 11-5-2014 06:29 PM
Takziah
Quote biskut_milo 11-5-2014 06:34 PM
Takziah....muda ibu dia.
Quote aderaderker 11-5-2014 06:37 PM
Takziah untuk Elly sekeluarga...
Bertabahlah
Quote achik2009 11-5-2014 06:51 PM


Quote senahsanasini 11-5-2014 06:58 PM
Takziah.. Alfatihah..
Bertabahlaaa..
Quote miss_rose 11-5-2014 07:09 PM
Takziah buat elly sekeluarga.
Quote fazila17 11-5-2014 07:12 PM
Takziah Elly dan keluarga
Quote wallflower 11-5-2014 07:20 PM
Mudanya lg mak Elly.
Quote miss_baby 11-5-2014 07:23 PM
takziah..
bila elly nak kawin?
Quote darly 11-5-2014 07:45 PM
takziah...
Quote hayrin86 11-5-2014 08:18 PM
Takziah buat akak Elly sekeluarga..
Quote hayrin86 11-5-2014 08:21 PM
biskut_milo posted on 11-5-2014 06:34 PM
Takziah....muda ibu dia.

Kalau aku ada dengan akak Elly, aku panggil emak dia 'makcik'.. Suka sangat dengan akak Elly sebab cantik semulajadi..
Quote melati00 11-5-2014 08:23 PM
Takziah untuk Elly sekeluarga.
Quote melonmadu 11-5-2014 08:34 PM
Takziah diucapkan
Quote boongalalang 11-5-2014 09:11 PM
achik2009 posted on 11-5-2014 06:51 PM

Sedihnya ayat dalam gambar tu. Masa mak i jatuh sakit, kami 1 keluarga sangat sedih. Inikan elly yg hilang mak kan.
Innalillah, takziah buat elly & keluarga. Alfatihah.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.083475 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top