CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KLIA2 bermasalah lepas beroperasi sejak 2 Mei

21-5-2014 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8734| Komen: 45

Description: Malaysia Airports Holdings Bhd (Mahb) Diingatkan Supaya Mengambil Tindakan Segera Berhubung Aduan Masalah Seperti Mendapan Dan Takungan Air Yang Dilaporkan Berlaku Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kua ...



KUALA LUMPUR
: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diingatkan supaya mengambil tindakan segera berhubung aduan masalah seperti mendapan dan takungan air yang dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata MAHB selaku pengendali KLIA2, dalam mesyuarat bersama PAC sebelum ini, mengakui terdapat beberapa 'kekurangan' pada lapangan terbang itu sebelum ia mula beroperasi 2 Mei lalu.

"Bila datang sini (PAC), mereka (MAHB) kata masalah itu boleh diselesaikan dan boleh dilakukan penambahbaikan. Sebab itu klia2 beroperasi dan sekarang baharu dua minggu lebih (beroperasi) sudah ada isu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC Penggal Kedua 2014 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, MAHB berkata tiada risiko keselamatan pada kawasan apron lapangan terbang itu.

"Kami bersedia dengan pasukan kejuruteraan yang tersedia untuk menangani isu berkenaan," kata MAHB dalam satu kenyataan.

Syarikat itu turut memberi jaminan operasi penerbangan mana-mana syarikat penerbangan tidak akan terjejas, memandangkan klia2 mempunyai tempat letak pesawat yang mencukupi untuk menampung pergerakan pesawat.

Menurut kenyataan itu, MAHB dan AirAsia mengadakan pertemuan setiap hari bagi membincangkan secara mendalam mengenai isu-isu operasi dan keselamatan dan penjelasan serta penyelesaian telah diberikan.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata pihaknya telah menerima beberapa cadangan penambahbaikan yang akan dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
bagi memantapkan sistem akaun untuk mengelak status 'kurang memuaskan' daripada Jabatan Audit Negara di masa depan.

"Status kurang memuaskan pada laporan audit lalu disebabkan Finas dalam masa tertentu mengalami kekurangan staf akaun dan ada penggabungan dengan Jabatan Filem Negara pada 2013 yang kurang kemas menyebabkan berlaku masalah pada akaun," katanya.

Nur Jazlan berkata Finas telah menambah kakitangan untuk menyelia akaunnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 21-5-2014 07:46 AM
meke punya SOP ...
Quote tobby 21-5-2014 07:57 AM
masalah mendapan?  
Quote namirulmukminin 21-5-2014 08:00 AM
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata pihaknya telah menerima beberapa cadangan penambahbaikan yang akan dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
bagi memantapkan sistem akaun untuk mengelak status 'kurang memuaskan' daripada Jabatan Audit Negara di masa depan.

Uikkk!!.... apa kaitan dengan FINAS pulop ni?..
Quote sokmogitu 21-5-2014 10:18 AM




signage patah





tak rata



unisex toilet?


and this lift would bring u to heaven. pls press 1.
Quote kecimpret 21-5-2014 10:28 AM
kalo nurul izzah tony fernandez yg komplen MAHB x pedulik..ni gomen sendiri yg cakap takkan wat tak tau gak
Quote dino 21-5-2014 10:29 AM
kecimpret posted on 21-5-2014 10:28 AM
kalo nurul izzah tony fernandez yg komplen MAHB x pedulik..ni gomen sendiri yg cakap takkan wat tak  ...

puak2 ni layak kena sula...
Quote kecimpret 21-5-2014 10:32 AM
dino posted on 21-5-2014 10:29 AM
puak2 ni layak kena sula...

tang toilet tu mmg epic fail tul laaaa..kalo kat negara maju leh kena saman tuh
Quote dino 21-5-2014 10:35 AM
kecimpret posted on 21-5-2014 10:32 AM
tang toilet tu mmg epic fail tul laaaa..kalo kat negara maju leh kena saman tuh

keje cincai
sub con la katakan... sekor pun tak perasan

Quote kakikuDibibirmu 21-5-2014 10:46 AM
selalu stairway to heaven, ni lif terus
Quote R2D2 21-5-2014 10:52 AM
namirulmukminin posted on 21-5-2014 08:00 AM
Uikkk!!.... apa kaitan dengan FINAS pulop ni?..

Nur Jazlan ni Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
so kena tgk semua yg berkaitan dgn akaun gomen


Quote hani2103 21-5-2014 11:05 AM
sokmogitu posted on 21-5-2014 10:18 AM
signage patah

gila kelakor....sekor2 pun tak perasan ke.....awat la lif  n toilet tu lagu tu...
Quote ElmoRed 21-5-2014 06:16 PM
hahhahahaha...sakit perut aku gelak...Maharaja lawak boleh kalah kalau camni
Quote R2D2 21-5-2014 06:20 PM
kenapa dilancarkan jugak pada 2 mei? sebabnya nk tunjukkan semuanya dh OK
dan tak nk delay lagi date tu  
Quote novlin 21-5-2014 06:38 PM
Malu giler.... buat keje cincai je..
Quote PEPPERMAN 21-5-2014 06:46 PM
baper billion lagi bakal habis nak repair semua ni?
Quote R2D2 21-5-2014 06:56 PM
janji next projek masyuk
dan tiada siapa yg kena
Quote brownstone 21-5-2014 07:11 PM
Ntah berapa puluh ribu buat deko cendawan bodoh tu...
Quote bit 21-5-2014 08:25 PM


Wah! ini betul-betul stairways to heaven, pintu atas tu bukak pergi mana?
Quote airfilterkotor 21-5-2014 08:42 PM
Damn it!

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056158 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top