CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nad Zainal & Hefny Sahad SAH mengaku sedang BERCINTA!

4-6-2014 06:06 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 19002| Komen: 101

Description: “Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa” akui Hefny Sahad ketika ditanyakan kisah cintanya bersama Nad Zainal.


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2014: “Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa” akui Hefny Sahad ketika ditanyakan kisah cintanya bersama Nad Zainal.

Hefny juga menolak dakwaan yang dia adalah punca kepada perpisahan di antara Nad dan Azwan Kombos.Bahagia bersama Nad sebagai teman wanitanya, Hefny menyifatkan dakwaan terhadapnya itu diwujudkan tanpa soal selidik.

Saya berada di dalam situasi yang mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua.

"Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad dan saya bukan puncanya. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat”, kata pelakon dan pengacara berumur 27 tahun itu.

Sebelum membuat pengakuan, Hefny sudah pun berbincang dengan Nad terlebih dulu untuk menentukan sama ada pengakuan ini adalah sesuatu yang wajar dilakukan.

“Saya baru saja menghubungi Nad yang kini berada di Korea dan berbincang dengannya berkenaan temuramah bersama hlive!. Kami sependapat tiada apa-apa yang perlu disorokkan kerana perkara ini adalah perkara yang betul”.

Walaupun baru mengenali hati budi masing-masing, Hefny juga mengakui mereka pernah bercakap tentang perkahwinan.

“Kami ada bercakap tentang kahwin, tapi tidaklah dengan mendalam. Saya pun sudah berumur 27 tahun, saya dah tiada masa untuk main-main lagi. Saya tidak menolak kemungkinan jika kami ada jodoh.

Terdahulu Nad dan Azwan menjalinkan hubungan selama 3 tahun dan 5 bulan sebelum berpisah. Nad dan Hefny mula berkenalan ketika pembabitan mereka dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Production.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shogun77 4-6-2014 03:00 PM
cepatnya dapat bf baru...
Quote lunalisa 4-6-2014 03:08 PM
semoga berbahgia kali ini
Quote fifie_olin 4-6-2014 03:13 PM
nmpk sgtla dh ade bf br yg lama ditgglkn...
Quote chinta89 4-6-2014 03:14 PM
kalau dah jodoh insyaallah
Quote fuzzyfuzzy 4-6-2014 03:15 PM
dasyat gak nad zainal ni...
tukar boyfren mcm tukar baju!
Quote toxicated 4-6-2014 03:17 PM
Ok je tinggalkan bf yg asyik nak kena bela..elok la cari yg pandai buat duit. Dah ajar support mcm2 before kawin nnti laki tu tak reti nak berusaha. U go nad. Tetibe sokong nad..motip aku?
Quote maxim 4-6-2014 03:26 PM
toxicated posted on 4-6-2014 03:17 PM
Ok je tinggalkan bf yg asyik nak kena bela..elok la cari yg pandai buat duit. Dah ajar support mcm2  ...

Motifnya sbb uols suka sapot spesis manusia bdn kecik kpala besar..mcm nad..mawar paritdah..etc
Quote kasehsayang 4-6-2014 03:33 PM
toxicated posted on 4-6-2014 03:17 PM
Ok je tinggalkan bf yg asyik nak kena bela..elok la cari yg pandai buat duit. Dah ajar support mcm2  ...

yer ker dia support ex bf dia??
Quote AshkieLa 4-6-2014 03:33 PM
pencaras ... xde ke yg nak lahar hefny ni?? nad zainal gak yg dilahar?
kalo pempuan yg jd pencaras...mau berduyun yg mengutuks... bias sungguh org Msia ni..ekekekek
Quote mitnick 4-6-2014 03:43 PM
hefny nie sblm nie ade gf jgk ker?
Quote miminn 4-6-2014 03:45 PM
in a matter of days dari semua boleh berubah. harap ex nad zainal move onnn.
Quote dazzlingDentist 4-6-2014 03:45 PM
aku igt retis2 caras pompuan je yg suka bagi alasan cenggini. retis jantan pun bg jawapan cmni jgk bila dh kantoi mencaras... hmpphh.. kalau dh pencaras, ngaku je lerrrrr.
Quote amyainsamad 4-6-2014 03:46 PM
cepat btl dpt pengganti...........
Quote dino 4-6-2014 03:49 PM
maxim posted on 4-6-2014 03:26 PM
Motifnya sbb uols suka sapot spesis manusia bdn kecik kpala besar..mcm nad..mawar paritdah..etc

badan kecik kepala besar hahahah... sejak bergelar dato krjn naning note 3 nih... makin menjd2 maxim nih
Quote kintan 4-6-2014 03:51 PM
kalo la si nad nie anak akak..
akak akan nasihat kat dia.. kalo nak cari calon somi.. carilah org2 biasa bukan pelakon/penyanyi atau org seni yg pendapatan tak menentu.. baik carik org2 biasa ajer yg ada pendapatan bulanan yg boleh sara hidup anak2.. atau kalo nak yg kayos cari lah bisnesman..
Quote wookiehoney 4-6-2014 03:59 PM
stended sgt jawapan hefny nihh
nyampohh aiii.
kalau caras ngaku je toksah kata wujud time hubungan dah berakhir berantakan ke berantem ke
nad pung kalau dah taknak ke azwan ckp je, saya tak nak awak dah.kawan je.tak larat nak sapot.saya jumpe yg lg memahami giteww

n azwan, org taknak ko tayah nak tunggu2 mengharap dah.
baik perbaiki diri mantapkan ekonomi baru carik calon isteri,hokehh.
Quote beatgirlX 4-6-2014 04:04 PM
adoiya..nad pun..kot nak cari pengganti cari la better skit..
ni hafny?hafny who??macam lebih kurang je ngan X...
adoiyai...
berapa lama plak ni?
Quote LuLu^Lost 4-6-2014 04:05 PM
kintan posted on 4-6-2014 03:51 PM
kalo la si nad nie anak akak..
akak akan nasihat kat dia.. kalo nak cari calon somi.. carilah org2 ...

thumbs up. i like jawapan ni. hehe. boleh... nak cari org sealiran seni. tp cari yang berusaha nak majukan diri. haa.. mcm shaheizy sam, remy ishak. si sam tu mungkin sbb dah mmg hidupnya ada mcm2 lepas lahir. remy...mula dari bawah. ada duit beli rumah (tgk kat ig beliau...mungkin itu rumah beli, bukan rumah sewa.. kot hehe.) org mcm ni yg kita mahu. ^____^

Quote hasniey 4-6-2014 04:17 PM
hefny ni nmpak gaya cm nk carik bini
nad dah sedia ke blom?
carik la y kaya sikit nad
entah2 esok2 nad yg kene menanggung lagik

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.175331 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top