CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hefny Tak Sedia Kahwini Nad Zainal

18-7-2014 03:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16247| Komen: 48

Description: Masa Awal-Awal Tersebar Cerita Tentang Kami, Tak Dinafi Keluarga Saya Turut Terganggu Dan Tertekan. Banyak Orang Seperti Jiran-Jiran Dan Rakan-Rakan Mula Bertanya Macam-Macam Soalan Kepada Ibu Saya.
Keluarga Tertekan, Hefny Sahad Tak Sedia Kahwini Nad Zainal 



Pasti bila korang nampak je nama Nad Zainal, mula teringat kisah percintaannya dengan Azwan Kombos yang terputus ditengah jalan kan?

Kami lihat episod putus cinta itu tak langsung menjejaskan karier Nad, malah kami tengok banyak juga program Nad sepanjang Ramadhan ini dan Raya nanti.

Korang semua pun mesti dah tahu yang Nad kini bercinta dengan pengacara kelahiran program realiti ‘On Air’ iaitu Hefny Sahad. Namun baru-baru ini kami dengar keluarga Hefny terjejas dek kerana percintaan mereka. Betul ke?



Memetik laporan Malaysian Digest, Hefny mengakui pada awal percintaan, keluarganya turut menerima tempias hingga ada pihak yang sanggup menghantar keratan akhbar melalui aplikasi WhatsApp. Dahsyat betul!

Namun menurut Hefny, apabila mereka menerangkan perkara sebenar, barulah ahli keluarganya dapat memahami dan menerimanya.
Masa awal-awal tersebar cerita tentang kami, tak dinafi keluarga saya turut terganggu dan tertekan. Banyak orang seperti jiran-jiran dan rakan-rakan mula bertanya macam-macam soalan kepada ibu saya.

Tak kurang juga, ayah saya yang turut menerima pelbagai pertanyaan orang sekeliling. Sampaikan ada yang hantar keratan tentang gosip kami kepada dia menerusi WhatsApp.

Tapi bila saya jelaskan pada mereka satu persatu akan hal sebenar, mujurlah mereka memahami dan boleh menerimanya.
Kalau dah bercinta, mesti fikir nak berkahwin kan? Namun, bagi Hefny memang serius dengan Nad tetapi masih belum memikirkan soal kahwin.


Hubungan kami baik dan masih rapat cuma jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Keluarga saya pun okay dengan perhubungan kami. Cuma, mereka melarang saya terlalu bercerita tentang hal cinta kami pada umum.

Saya ada banyak perkara lain yang ingin saya capai dahulu. Antaranya, saya ingin membelikan sebuah rumah untuk keluarga saya. Itu azam saya sebagai membalas jasa keluarga saya. Selepas itu baru saya fikirkan tentang kahwin. Lagipun saya target kalau boleh nak kahwin umur 30 tahun.

Hmm, tak apalah Hefny, baguslah kalau dah fikir untuk membahagiakan keluarga terlebih dahulu. Lagipun, kalau dah jodoh tak kemana. Pada kami, kalau dua-dua saling memahami. Bak kata pepatah, tak lari gunung dikejar.


3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dazzlingDentist 17-7-2014 12:51 PM
erkkk?? apasal pose mengepit sangat? dgn seluar kuningnya. duhhh!!!
Quote itik_kuning 17-7-2014 12:52 PM
kemain lagi tajuknya
Quote vv2005 17-7-2014 12:54 PM
NAD ZAINAL..macam tak sesuai ngan hefny ni
Quote dysyah 17-7-2014 01:05 PM
think positive NAD - klu dah tertulis jodoh kamu..adelah tu
Quote kakasotong 17-7-2014 01:07 PM
Sejak bcinta dgn nad zainal ni, mencanak naik btul nama hefny sahad ni. Iols rase org start knal dia sejak dia dgn nad zainal. Mase FF n On Air pn org xde la knal dia sgt. Jage2 la hefny, takut nnt org meluat sbb kes pcintaan uols ni. Padahal kerjaya nan hadooooo
Quote haryatie 17-7-2014 01:13 PM
kalau da jodoh x kan kemana...
Quote Yoongie 17-7-2014 01:17 PM
Gambar hefny y first tu dah macam usop wilcha, kita bakor je..
Quote Robab 17-7-2014 01:21 PM
nad zainal ni pelakon baru ke?
comel yang jenis tizz zakiah tu kan
hefny ni aku tak kenal langsung gak.
diorang sendu ke aku yang sendu hahaha
Quote bambimbom 17-7-2014 01:41 PM
aku ni jenis x suke orang tinggal kn gf/bf dia pastu trus pasang baru mcm nad ni... at least take time la sblom start hbgn yg baru...

tp aku rase mamat ni mmg xsesuai pun dgn nad.. tp who care? dah dorang nk bcinta...

nad dlm cite tv3 ptg2 sabtu ahd tu x bjaya tarik aku nk tgk cite2 dia... aku suke dia dlm rindu bayangan je..
Quote batrishia 17-7-2014 01:47 PM
gosip sendu je ni... next!!!!
Quote coco 17-7-2014 01:49 PM
nad zainal sesuai ngan sapa tu ex bofren shila hamzah yang baran....
Quote kokocrunch 17-7-2014 01:53 PM
kalau dah jodoh x kemana...
Quote tomet05 17-7-2014 01:55 PM
xnak kahwin lak aih
Quote blackred99 17-7-2014 01:56 PM
amboi artikel, sangat sendu hokay, xde idea ke???

biasa la tu if ada jiran2 atau kawan2 tanya mak bapak kita pasal perkembangan anak2, dulu tak rasa dorang byk tanya sbb dulu takde whatsapp.
Quote znuyul 17-7-2014 02:31 PM
serius bercinta tapi tiada niat untuk berkahwin lagi,..hurmm,
Quote iman_aly 17-7-2014 02:38 PM
semoga berbahagia..
Quote cantleyi 17-7-2014 02:54 PM
aku pun nak komen tindakan nad...laju benor dapat pasangan baru..bawa2 lah bersabar

hal 1 tak settle..da muncul cerita baru..

haihlah..patutnya umur muda2 gini cari rezeki dulu..kembangkan karier..soal jodoh kaluu da tertulis memang tak lari la...
Quote nellyberry 17-7-2014 03:04 PM
padahal nad ngan azwan dulu ni macam sesuai dah sangat. nak buat macam mana takda jodoh.
Quote ad_hoc79 17-7-2014 03:09 PM
kenapa lah xmo pikir untuk kawin. buang masa lah bercinta lama2 ni

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.201592 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top