CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Polis Siasat Awie - Kes Pukul Isteri

2-7-2014 02:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7629| Komen: 12

Description: Minggu Lalu, Kecoh Di Internet Apabila Ada Sekeping Gambar Tersebar Didakwa Sebagai Isteri Awie Yang Mengalami Kecederaan Teruk Di Wajahnya Selepas Dipukul Seseorang. Ianya Sekaligus Meletakkan Awie D ...


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, penyanyi dan juga pelakon yang terkenal menerusi filem Zombie Kampung Pisang itu ditahan sebelum kenyataannya diambil untuk siasatan.

“Awie kemudian dibebaskan dengan ikat jamin… dia kini disiasat kerana disyaki dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Minggu lalu, kecoh di internet apabila ada sekeping gambar tersebar didakwa sebagai isteri Awie yang mengalami kecederaan teruk di wajahnya selepas dipukul seseorang. Ianya sekaligus meletakkan Awie dalam perhatian ekoran khabar angin sebelum ini.

Dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini, Awie mengakui yang beliau telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.

Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.

Awie yang turut ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, beliau masih belum melihat gambar tersebut.

“Jika benar gambar itu tersebar, saya sudah serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” tambahnya lagi ringkas.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 1-7-2014 10:21 AM
no advertisement allowed Last edited by xpdckelate on 2-7-2014 11:01 AM

Quote maxim 1-7-2014 10:22 AM
Salah bod ke
Quote piao 1-7-2014 10:24 AM
maxim posted on 1-7-2014 10:22 AM
Salah bod ke

mungkin...kut jap artikal ondaway
Quote edee_91 3-7-2014 11:27 AM
si rozana tu tak bersuara langsung ke pasal ni?
Quote senahsanasini 3-7-2014 11:31 AM
maxim posted on 1-7-2014 10:22 AM
Salah bod ke

Mekcim i perati uol lately suke tuka avatar dato peterpan note 3.
hehehehe..


Quote anayeizra 3-7-2014 11:45 AM
knp rozana diam je ek?? takut kot...
Quote maxim 3-7-2014 11:48 AM
senahsanasini posted on 3-7-2014 11:31 AM
Mekcim i perati uol lately suke tuka avatar dato peterpan note 3.
hehehehe..

my idol k
Quote stania83 3-7-2014 11:59 AM
kalau Awie kena tahan maknanya ade org repot?
Quote sweetfasha 3-7-2014 12:03 PM
maknanya betullah dia yg mendatgkan kecederaan pd isteri dia? sampai kena bebaskan dengan ikat jamin bagai..

awie.. awie.. patutlah arni yg lemah lembut pun mintak cerai..
Quote jula7 3-7-2014 12:08 PM
bkn dah ada ke thread pasai ni?
Quote akificha 3-7-2014 12:27 PM
alahai..knp plak ni??
Quote teky 3-7-2014 12:41 PM
da lame ader kat bod ni pasal kes ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051272 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top