CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Isteri Sibuk Bisnes, Dipukul Dan Dipijak Oleh Suaminya

30-9-2014 06:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14464| Komen: 96

Description: Menurut Sumber, Suami Mangsa Juga Cedera Apabila Mangsa Cuba Mengacukan Pisau Kepada Lelaki Terbabit Bagi Mempertahankan Diri Daripada Terus Dipukul.
Isteri Sibuk Bisnes, Dipukul Dan Dipijak Oleh Suaminya 


Ipoh: Seorang wanita dipukul dan dipijak oleh suaminya sehingga cedera di seluruh badan dalam kejadian di sebuah rumah di Persiaran Panji di sini, kelmarin selepas didakwa terlalu sibuk menguruskan perniagaan  tudung secara dalam talian.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang berusia 21 tahun bersama kakak dan abang iparnya sedang menyelesaikan urusan perniagaan berkenaan sejak jam 8 malam.

Sumber polis berkata, mangsa dibelasah teruk oleh suaminya yang dipercayai mengamuk selepas tidak puas hati dengan sikap mangsa yang terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga didakwa mengabaikan urusan keluarga.

“Pergaduhan tercetus apabila suami mangsa dikatakan menuduhnya mengabaikan kebajikan keluarga termasuk tidak memberi susu kepada anak mereka.

“Tuduhan itu menyebabkan mereka bergaduh. Suami mangsa tiba-tiba naik angin dan memukulnya di kepala selain memijak badannya berkali-kali,” katanya.

Menurut sumber, suami mangsa juga cedera apabila mangsa cuba mengacukan pisau kepada lelaki terbabit bagi mempertahankan diri daripada terus dipukul.


Pergaduhan itu terhenti selepas keluarga campur tangan.

“Mangsa kemudiannya melaporkan kejadian di Balai Polis Simpang Pulai jam 3.30 pagi, hari yang sama,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan ia sedang disiasat.


Bagus
2

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sajer 29-9-2014 04:46 PM
allahuakhbar....teruknya smpi jd gitu
tp mmg aku pnh kenal dgn sorg tukang jahit manik yg lakinya askar
dia kata klu weekend laki xkerja, dia akan mengadap jahit manik
lakinya yg akan masak & layan anak
Quote mak_wa95 29-9-2014 04:47 PM
bela biawak hidup lagi....
Quote carly_lah 29-9-2014 04:49 PM
Tudung apa yg dia jual tu?? Tudung periuk ke??? Ganas nye laki.... huhu
Quote Tok_Batin 29-9-2014 04:50 PM
Kalau ye pun, takkanlah sampai pijak-pijak sekali bang. Malam-malam kang dia jugak kau nak peluk-peluk bermesra.
Quote Vellfire 29-9-2014 04:52 PM
bininya pun...apa2 hal dahulukan anak dan suami dulu
Quote hanie_z 29-9-2014 04:54 PM
bini cari rezeki pun nak mengamok, xboleh ke toleransi siket.
gilir2 la jaga anak2 tu. laki ni suka sangat mengharap pompan buat sume..
Quote sheetRock 29-9-2014 04:56 PM
aku tau citer nih cam kesian...tapi baca tajuk aku da gelak lak..



owh...tudung ape kah itu...aku byk follow ig tudung gak...
Quote prettyuglybabe 29-9-2014 04:56 PM
dari pukul 8 sampai 1.30 pagi.. laki mana yg tak mengamuk..
acu kalu lakinya yang tak layan bini..
mau jugak si bini meroyan bercerita satu kampung
Quote callance 29-9-2014 04:57 PM
laki pun kene la faham, bini tu cari rezeki utk tampung keluarga. sbb nak harap suami, x cukup nak tampung. klau tgk bini bz, suami la yg tlong masak, jaga anak..
Quote mizahanan 29-9-2014 04:57 PM
Buat susu anak pon susah ke abam? Last edited by mizahanan on 29-9-2014 04:58 PM

Quote nurul_akmar 29-9-2014 05:02 PM
nak tanya, lakinya keje ke x?
Quote lavatahubakar 29-9-2014 05:03 PM
prettyuglybabe posted on 29-9-2014 04:56 PM
dari pukul 8 sampai 1.30 pagi.. laki mana yg tak mengamuk..
acu kalu lakinya yang tak layan bini..  ...

Tu kalau laki dia biarkan tu sampai subuh jual online sambil berforum kat cari.com

Budus punyer bini..

Quote Artemesiaa 29-9-2014 05:13 PM
Sesibuk mana pun keluarga harus diberi keutamaan.  Meniaga online sendiri pandai2 le uruskan time management bila masa utk keluarga dan bila masa utk business.  Takut2 kalau dah tak balance mungkin ini akibatnya.
Quote gekkou 29-9-2014 05:16 PM
dari pukul 8 sampai kol 1.30 pagi kot
agak2 ler nk berniaga pn
x pasal2 kn pijak
Quote mak_wa95 29-9-2014 05:27 PM
kalau laki dia boleh sediakan segala keperluan mencukupi xde dia nak berniaga bagai..

laki hampeh..
Quote pinkypinkylady 29-9-2014 05:33 PM
Nak dekat2 raya ni peniaga tudung mmg sibuk skit. Almaklum semua nak kejar due date poslaju takut x sempat smpi ke pelanggan. Lakinya pun tolak ansur la skit. Kang kalau peniaga tu lmbt jwb msg atau whatsapp pembeli plk marah2 siap maki hamun penjual lembap, lambat and etc.
Quote FanTasyCreaTioN 29-9-2014 05:38 PM
salah isteri bila terlalu leka sampai mengabaikan suami dan anak2

terlebih2 salah si suami .. marah pun .. perlu ke nak pijak2
Quote dani-rox 29-9-2014 06:02 PM
kalo gaji laki cukup bg kesenangan dan keselesaan utk keluarga takdelah bininya sibuk sebegitu. jantan bodooww.
apepon syabas utk si isteri sbb mampu mempertahankan diri, mesti somi dia tak sangka
Quote kerunai 29-9-2014 06:07 PM
selayaknya la ummah meleis kalo dah ada suami haram jadah lansung tak dipedulikan lepas kawin

selayaknya kena lebih teruk dari tu sebab abaikan tanggungjawab sediakan keperluan suami

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067558 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top