CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Mana Mercun Meletup Dalam Mata?

8-7-2014 01:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8182| Komen: 30

Description: “Bagaimanapun, Ketika Sedang Menikmati Juadah Berbuka, Secara Tiba-Tiba Sebiji Mercun Tercampak Dan Masuk Ke Dalam Mata Kiri Mangsa Sebelum Meletup Di Dalam Mata Kanak-Kanak Itu,” Katanya.
KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki nyaris buta apabila mata kirinya cedera terkena mercun ketika sedang menikmati juadah berbuka bersama keluarga di Dataran Shahbandar, di sini, Jumaat lalu.




Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam, ketika mangsa yang berusia 8 tahun sedang makan bersama keluarganya sebelum secara tiba-tiba sebiji mercun dipercayai mercun katak melantun ke arahnya.

“Mangsa anak sulung daripada dua beradik datang ke kawasan rekreasi itu bersama orang tuanya dan adiknya untuk berbuka puasa.

“Bagaimanapun, ketika sedang menikmati juadah berbuka, secara tiba-tiba sebiji mercun tercampak dan masuk ke dalam mata kiri mangsa sebelum meletup di dalam mata kanak-kanak itu,” katanya.

Kata sumber lagi, kejadian berlaku begitu pantas sehinggakan bapa mangsa, 38, tidak sempat membantu walaupun sebelum itu ada ternampak mercun terpelanting ke arah lokasi mereka sekeluarga makan.

“Panik melihat anaknya menangis dan meraung kesakitan, bapa mangsa segera membawa kanak-kanak itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan doktor memaklumkan terdapat belerang mercun di dalam mata mangsa selain memaklumkan ada luka pada matanya dan perlu mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurut sumber, bapa mangsa mendakwa sebelum kejadian, ada seorang perempuan bersama tiga kanak-kanak bermain mercun katak berhampiran tempat kejadian.

“Malah, bapa mangsa memaklumkan ada menegur mereka agar tidak bermain mercun di situ tetapi mendakwa tegurannya tidak diendahkan,” katanya.

Kata sumber lagi, difahamkan selepas kejadian itu, ada beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian datang meminta maaf kepada keluarga mangsa, namun disebabkan keadaan agak kelam kabut, bapa mangsa tidak sempat mengambil maklumat individu tersebut.

Susulan insiden itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kerana bimbang mata kiri anaknya mengalami kecacatan kekal selain tidak mahu kejadian sama menimpa orang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dan menurutnya kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 8-7-2014 12:59 PM
kesiannyer...
tu pasal x suka ngan org yg suka main2 mercun ni...
menyusahkan & membahayakan org lain jerk..
kdg2 x faham jugak ngan makbapak yg sibuk membeli mercun/bunga api utk anak2 main..
Quote puterikhaleeda 8-7-2014 01:07 PM
tak pernah plak masa CNY bebudak kene mercun.. lagi laaa mmg tradisi mereka MAIN MERCUN!
Quote noor2 8-7-2014 01:09 PM
dah jadi budaya pulak kena main mercun tiap kali bulan puasa....ada ke dalam islam?
Quote blackred99 8-7-2014 01:16 PM
kat flat aku pun gigih je budak2 kampung main mercun, sampai aku kena sound main jauh sket, ada ke baling sebelah dinding rumah aku je, bangang btol.
Quote setia00 8-7-2014 01:27 PM
ada jugak ibu bapa yang support anak main mercun ni..
bagi je duit dekat anak bila minta nak beli mercun.
kalau jadi macam kes dekat atas baru menyesal..
Quote apitkl 8-7-2014 01:38 PM
setia00 posted on 8-7-2014 01:27 PM
ada jugak ibu bapa yang support anak main mercun ni..
bagi je duit dekat anak bila minta nak beli m ...

budak yg kena tuh x main mercun pun
Quote setia00 8-7-2014 01:41 PM
apitkl posted on 8-7-2014 01:38 PM
budak yg kena tuh x main mercun pun

ye ke?..haha..
aku tak baca habis ..
Quote fifie_olin 8-7-2014 01:46 PM
aku x kesian dgn org yg cedera psl mercun ni..
sendri cr masalah..
baik gi ikot org terawih...lbh afdol
Quote amon_79 9-7-2014 09:40 AM
aduyai...kes naya sungguh...
Quote annehuda 9-7-2014 09:44 AM
sendiri carik pasal so takyah la nk kesian kt budak2 ni. termasukla makbapak bodoh taknak pantau anak
Quote neotoxin 9-7-2014 09:48 AM
ramai baca tak abis pastu nak salahkan budak tu
Quote mek_molek 9-7-2014 09:51 AM
Adoii..bace la smpi abis..bdk tu jd mngsa atas perbuatan org lain..simpati dgn adik ni..
Quote supernaturalee 9-7-2014 09:55 AM
annehuda posted on 9-7-2014 09:44 AM
sendiri carik pasal so takyah la nk kesian kt budak2 ni. termasukla makbapak bodoh taknak pantau ana ...

wo!!!
klu forumer biasa aku xsurprise
ni dh thp mod kot

cer baca smpi habis dulu artikel ni

Quote ice_sky92 9-7-2014 10:00 AM
Bodohnya. Baca la dulu sampai habis. Kahkahkah.
Quote rospinki 9-7-2014 10:01 AM
kt rumah byk stok mercun segala bapak mercun ada..dulu ada buat jual2 mercun dpt dari kastam..hehe tapi tak jual pon..main sendiri sikit2 tapi terlalu extreme..lgi2 mercun bola tu..last2 tersorok dalam plastik bilik stor..takut dan risau jgak tiba2 meletop mampus satu umah aku kang..ujung2 aku suh orang tu buang dan tanam la kat mana2.

kisah aku nk try mercun bola..di satu ptg yg sunyi..aku kemas2 tertgk mercun atas lemari ..aku amik sebijik..budak2 asik tgk tv..aku letak mercun jauh2 pastu amik lidi bakar dari jauh..sekali mak aiii..meletup bunyi punya kuat ngan aku2 pun melatah ooo mak kau meletop..cepat2 aku tutup pintu..pastu dgr jiran menjerit ooiii sapa main mercun !#!$)%%)WT)!!..maka aku pun bukak pintu konon2 marah..aahla sapa main mercun itu..bodo ke apa...purak2 tk tau..sejak tu aku tau bahawa mercun bola amat kuat dan bahaya
Quote annehuda 9-7-2014 10:03 AM
supernaturalee posted on 9-7-2014 09:55 AM
wo!!!
klu forumer biasa aku xsurprise
ni dh thp mod kot

sape suruh makbapak die maghrib2berbuka kt luar? takde rumah? gelandangan ?

Quote Cik_Andak 9-7-2014 10:08 AM
Saman je orang yang main mercun secara merbahaya ni...
Quote supernaturalee 9-7-2014 11:11 AM
annehuda posted on 9-7-2014 10:03 AM
sape suruh makbapak die maghrib2berbuka kt luar? takde rumah? gelandangan ?

slh ke berbuka kt luar
kan die dh tegur bebudak2 tu gi main jauh2


Quote ejans 9-7-2014 11:29 PM
blackred99 posted on 8-7-2014 01:16 PM
kat flat aku pun gigih je budak2 kampung main mercun, sampai aku kena sound main jauh sket, ada ke b ...

Aku penah sewa flat dulu. Ketika dulu. Mmg hazabb duduk kat flat. Sbb budak2 nya semua pemikiran pprt dr kecik. 24 jam mercun.sampai kul 2 3 pg. Bila marah nanti buka pintu penuh sampah2 mercun depan pintu.Diorng dengki. Kurang ajor btol. Aku nak katakan srtiap hari call polis. Polis pon ade yg bangang. Tgk bdk2 main bukan nk tangkap. Boleh buat bodoh je. Depan mata org jual mercun dia lalu mcm tuh je. Bek xyah makan duit haram pakcik polis oiii kalo org meniaga mercun pon ko leh buat bodo. Inikan pula senjata2 api bebahaya lain ...

Aku pantang tgk bdk2 men mercun main campak kt keta. Tuh kalo terkena enjin tpt minyak kr mau meletop. Yg terbang3 naik atap tuh. Mau terbakar rumah.. tuh ar org kata. Belom kena .kena lah beringat.

Dlm kes adik ni aku besimpati. Sila saman kalo btol adik ni cacat kekal nnti. Tp berdoa smoga x ada apa2 yg belaku

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.289254 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top