CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nad Zainal Terima Khidmat Jaga Kucing Sempena Musim Perayaan

22-7-2014 11:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20103| Komen: 120

Description: "Sebenarnya Saya Sudah Lama Lihat Pemilik Kucing Sering Bermasalah Untuk Menghantar Haiwan Peliharaan Mereka Setiap Kali Perlu Pulang Ke Kampung Atau Bercuti Ke Luar Kl.
Nad Zainal Terima Khidmat Jaga Kucing Sempena Musim Perayaan




PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal bersama ibunya Faridah Mohd Nor mengambil kesempatan sempena cuti sambutan Hari Raya ini dengan membuka perniagaan iaitu mengendalikan tempat penjagaan kucing.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, perniagaan itu merupakan cadangan ibunya memandangkan mereka beraya di Kuala Lumpur (KL) sahaja kerana tiada kampung halaman.

"Sebenarnya  saya sudah lama lihat pemilik kucing sering bermasalah untuk menghantar haiwan peliharaan mereka setiap kali perlu pulang ke kampung atau bercuti ke luar KL.

"Malah ada juga yang risau dengan keselamatan kucing-kucing mereka memandangkan banyak kes haiwan peliharaan di pusat penjagaan tidak terjaga.

"Jadi memandangkan kami beraya di KL sahaja, ibu bercadang untuk membuka perniagaan ini dan sebagai permulaan, servis penjagaan kucing akan dibuat di rumah sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online.

Tambah Nad, selain kucing, dia dan ibunya turut mengambil perkhidmatan penjagaan arnab.

Dalam pada itu, Nad berkata, rasa cinta terhadap kucing juga membuatkan dia bersama ibu nekad melakukan perniagaan itu dan yakin pelanggan akan berpuas hati dengan servis yang diberikan.

"Ibu seorang pencinta kucing yang serba tahu berkaitan dengan haiwan itu, begitu juga dengan saya yang mempunyai enam ekor kucing.

"InsyaAllah, saya memberi jaminan bahawa kucing-kucing yang dihantar akan dijaga sebaik-baik. Malah kami juga akan melepaskan kucing-kucung pada masa-masa tertentu agar ia tidak tertekan akibat dikurung," ujarnya.

Bagi yang ingin menghantar kucing atau arnab peliharaan boleh menghubungi talian 017-2544331 untuk membuat tempahan membabitkan kawasan Taman Dagang, Ampang sahaja.



Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 22-7-2014 05:46 AM
bijak gak die ni



Quote enchikfitz 22-7-2014 05:55 AM
Comelnya kucing....pandai dia buat duit
Quote ZaraPalarae 22-7-2014 06:21 AM
Bisness yg berbeza dr bisness kebanyakan retis lain.
Bestnya hari hari dpt hadap n gomol2 kucing!
Quote senahsanasini 22-7-2014 06:38 AM
Taman dgang, ampang..
Iolss dok kajang...
Kena htr hotel jgk la kucim2 iols nihhh....
Quote greantea 22-7-2014 07:40 AM
bijak...bijak. nnt nak buat jugak la kalo iols x dpt balik kg raya
Quote wookiehoney 22-7-2014 07:42 AM
harap lepas ni review org yg hantar memuaskan
sure akan berkembang
jaga binatang ni bukan semudah org sangka kan.

sebab tu boleh wujud kes2 mcm petknode dulu
Quote Yoongie 22-7-2014 08:56 AM
Bagus sungguh bisnes dia ni. Time2 balik raya pening pikirkan kucing tak de sapa nak jaga.
Quote cemp 22-7-2014 09:49 AM
bagus2..adek aku siap angkut anak2 bulu dia balik kelantan..weng sekejap kucing2 tu sampai tak kenal anak..cuti raya tak taw la sape jaga huhu..mau kurung dlm umah standby makan minum pasir sume..
Quote none88 22-7-2014 10:18 AM
biasa tinggal je kat umah anak2 bulus aku tu..asalkan cukup makan minum dan udara mencukupi..hehe..
hope raya tahun ni selamat la semua anak2 aku tu....

bagus si nad ni syg and sanggup jage meowww...
Quote iloveyou 22-7-2014 10:29 AM
selalu je nampak nad zainal makan kt no 1 seafood tmn dagang.
Quote irnana 22-7-2014 10:40 AM
Tucen2 sy terpaksa diangkut skali balik kg..dgn anak2 lagi..penuh keta..biasa kalau 2 ari sy tinggal jer diorg kat umah..letak makanan cukup2..
Quote miznieda 22-7-2014 10:49 AM
ade mane2 vet tak yg akan pantau kucing2 tu nanti..
biase nyer kucing kalo boarding kena bg ubat kutu siap2...
lgpun tkut nnt berjangkit penyakit plak kalo sheols just lps kn kt umah bkn kt tmpt khas...
bkn senang nk wt bisnes boarding pet ni...
iols dh laa nk kena boarding 5 ekor kucing raya ni
plus sekor tgh sarat bunting...
Quote znuyul 22-7-2014 10:56 AM
aku pun tgh cari pusat jagaan kucing ni..tapi belah melaka la..
Quote CrowneGlory 22-7-2014 10:57 AM
Jgn tamak pulak sampai x trjaga...
Quote nadieya 22-7-2014 11:12 AM
bagus nya dia buat bisnes ni...
iolz selalu ada problem kalau blk kg or cuti mna2...
kalau takat 2 hari, tinggal je dlm rumah kalau lama kena hntr boarding
tp kat penang ni susah nak dpt yg melayu punya...
kalau hntr kat vet punya confirm campur anjing...
Quote sweetfasha 22-7-2014 11:39 AM
bukan senang nak boarding kucin.. kalau kat vet, kucing yg tak ada imunisasi tak akan diterima takut bagi penyakit, kutu, hama pada kucing lain. kucing sakit pun reject..
Quote DayangKirana 22-7-2014 12:03 PM
Dulu i memang jadi pet sitter tapi seriously memang leceh.. tambah2 kalau kiter sendiri memang ada bela kucing. silap2, kena asing sebab takut gaduh.
Selalu i terima not more than 3.. cukup lah..kesian plak kalau tak terjaga..menganiaya namanye tuh.
Quote ex-bantal.B 22-7-2014 12:14 PM
tetiba berangan nak jd kucing sambil libas libas ekor.. sambil buat gaya seksi..
Quote boyagombak 22-7-2014 12:38 PM
saya kucim x balik raya ,owner dah balik awal dah. Nanad sudi tak bela saya ?

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.300702 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top