CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 Pasukan Penyiasat Malaysia Tunggu Mayat Di Stesen Kereta Api Kharkiv

22-7-2014 04:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2917| Komen: 0

Description: Komander Operasi Smart Mengenai Misi Mh17 Dsp Peter Johnny Memberitahu Bernama Bahawa Kereta Api Yang Dijadualkan Tiba Pada Pukul 6 Pagi (11 Pagi Waktu Malaysia), Namun Terdapat Sedikit Kelewatan.
Pasukan penyiasat Malaysia tunggu mayat di stesen kereta api Kharkiv

KHARKIV, Ukraine - Beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia tiba di stesen kereta api Kharkiv sini, kira-kira 500 kilometer (km) dari Kiev, untuk menunggu mayat yang dikumpulkan daripada pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.

Pasukan itu terdiri daripada 23 petugas daripada Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART), 12 anggota forensik polis dan pegawai Kementerian Pengangkutan.

Sembilan pemberita turut menyertai mereka.

Mereka berlepas dari Kiev pada 10.30 malam Isnin (3.30 pagi Selasa waktu Malaysia) dan tiba di tempat pertemuan pada 6 pagi semalam (11 pagi waktu Malaysia).

Kumpulan itu dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada Isnin malam, bahawa 282 mayat akan dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya mengadakan rundingan dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah Ukraine yang bergolak, lokasi pesawat itu terhempas.



Tapak kemalangan berhampiran Torez adalah kira-kira 300km dari Kharkiv.

Komander Operasi SMART mengenai misi MH17 DSP Peter Johnny memberitahu Bernama bahawa kereta api yang dijadualkan tiba pada pukul 6 pagi (11 pagi waktu Malaysia), namun terdapat sedikit kelewatan.

"Ia mungkin mengambil masa empat hingga lima jam untuk tiba di stesen. Mungkin pada 10 pagi atau 11 pagi (3 petang atau 4 petang waktu di Malaysia)," katanya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=21
10

Bagus
19

Marah
10

Terkejut
22

Sedih
9

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.034992 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top