CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 Mahu Abu Mayat Dibawa Pulang

5-8-2014 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2098| Komen: 0

Description: “Saya Memahami Tekanan Yang Dihadapi Mereka Dan Kerajaan Akan Berusaha Memberi Segala Bantuan Serta Sokongan Yang Sewajarnya Termasuk Menjalankan Upacara Penghormatan Terakhir Mengikut Keinginan Ahli ...
Mahu abu mayat dibawa pulang


Putrajaya: Beberapa waris penumpang pesawat MH17 warga Malaysia yang berketurunan Cina mahu mayat ahli keluarga mereka dibakar di Belanda dan abu mereka dibawa pulang. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata beliau sudah menemui wakil empat keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu bagi membincangkan mengenai majlis penghormatan terakhir yang akan dijalankan. “Pertemuan ini diadakan untuk mendengar pandangan ahli keluarga mengenai urusan penghantaran pulang mayat selain mendengar masalah yang mereka hadapi. 
Waris alami tekanan 

“Ada antara mereka amat memahami situasi ketika ini dan langsung tidak berhasrat untuk ke Belanda kerana menyedari bahawa mereka tidak boleh melakukan apaapa di sana. 

“Saya memahami tekanan yang dihadapi mereka dan kerajaan akan berusaha memberi segala bantuan serta sokongan yang sewajarnya termasuk menjalankan upacara penghormatan terakhir mengikut keinginan ahli keluarga,” katanya semalam. 


Dalam pada itu, Ka Siong berkata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengadakan mesyuarat mengenai urusan pengurusan jenayah penumpang MH17 di sini, semalam. 

Selain Tiong Lai dan Ka Siong, mesyuarat itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. 
Ka Siong dan Joseph bertanggungjawab berhubung pengurusan jenazah mangsa yang bukan beragama Islam, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi jenazah mangsa beragama Islam. Sementara itu, persediaan menyambut mayat mangsa nahas sedang giat dijalankan. 

Antaranya, Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah dipersiapkan dengan pelbagai kemudahan untuk menyambut semua jenazah. Van jenazah juga dilihat sudah tersedia dan khemah didirikan di pekarangan kompleks itu.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=91
12

Bagus
28

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
24

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.117267 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top