CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Wan Azizah Isytihar Dapat Sokongan Majoriti Untuk Jadi Menteri Besar

14-8-2014 04:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 44978| Komen: 808

Description: Menurut Wan Azizah, Sokongan Mereka Dinyatakan Secara Bertulis Dalam Akuan Bersumpah Yang Ditandatangani Oleh Kesemua 30 Adun Berkenaan, Selain Mereka Hadir Sendiri Pada Hari Ini Untuk Menyatakan Soko ...
Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

11

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GalileO 14-8-2014 01:33 PM
kalau dewan ulamak atau majlis syura tak sedar lagi tak tahulah.....ada parasit dalam PAS....sila cuci sebelum terlambat...
Quote robertocarbos 14-8-2014 01:35 PM
Kang tetibe UMNO cakap no! Kami sokong Khalid. Dah meraung lagi tepi jalan. Aikh
Quote scorpionkiki 14-8-2014 01:38 PM
Sultan dah setuju?  Nak jd mb kena sultan setuju dulu walau majority
Quote meteorspeed 14-8-2014 01:38 PM
aper kes sembenar nyer... aku lak yg kompius... dah raja perkenankan khalid so ada lagi ker to be continue.....
Quote mrsamz 14-8-2014 01:38 PM
boleh plak org PAS bagi jawapan sebelum 17hb??
Quote patt_sue 14-8-2014 01:39 PM
tunggu apa twist lepas ni....manatau tiba2 ada adun PKR yang sokong khalid....
Quote zull4rs 14-8-2014 01:40 PM
Wait and see.... Pop corn sudah tersedia. Movie pun bermula
Quote Magika 14-8-2014 01:41 PM
30 Adun Selangor sokong Wan Azizah MB, Khalid digesa letak jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Selain sokongan daripada 15 Adun DAP dan 13 PKR, dua Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hadir memberikan sokongan kepada presiden PKR itu.

Jumlah Jumlah itu menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang Adun PR termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar," katanya pada sidang media di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya. – 14 Ogos, 2014.
Quote honeybee1802 14-8-2014 01:46 PM
Mungkin adun tu ksta mungkin ada kebaikannya org selangor diperintah org penang
Quote kiutkiut 14-8-2014 01:47 PM
aku tak boleh tengok la kipas tangan tu..
Quote emmaisa 14-8-2014 01:50 PM
majoriti rakyat selangor nak ke ds wan azizah jadi mb?
Quote zull4rs 14-8-2014 01:50 PM
Beribu-ribu taniya...


"Tidak akan berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin)." (Hadith Riwayat Al-Bukhari , At-Tirmizi dan An-Nasaie)
Quote hokage 14-8-2014 01:50 PM
peminum2 ayer kencing bang non dah boleh bersorak ke belum ni...
Quote Eric.n9 14-8-2014 01:51 PM
Rasa rasanya lah kan, "bakal" ada tak kes dewan bersidang bawah pokok macam kat perak dulu?
Quote tupaiterbang 14-8-2014 01:51 PM
Quote zull4rs 14-8-2014 01:52 PM
Eric.n9 posted on 14-8-2014 01:51 PM
Rasa rasanya lah kan, "bakal" ada tak kes dewan bersidang bawah pokok macam kat perak dulu?:lol ...

Mungkin ADUN Selangor cerdik sikit bersidang kat lobi...hehehe
Quote noell 14-8-2014 01:52 PM
scorpionkiki posted on 14-8-2014 01:38 PM
Sultan dah setuju?  Nak jd mb kena sultan setuju dulu walau majority

depa lakibini langsung tak pandang sultan oooo....ka depa lagik tinggi dari sultan??? maharaja tokun ka??
Quote Anak_Nogori 14-8-2014 01:54 PM
meteorspeed posted on 14-8-2014 01:38 PM
aper kes sembenar nyer... aku lak yg kompius... dah raja perkenankan khalid so ada lagi ker to be co ...

Sebelum ni masa khalid jumps sultan..khalid kasi tau dia ada majoriti dewan sokong dia..campur 4 minimum exco pas bersamanya.

So..dgn perkembangan ini...oleh krn wan jijah plak klaim dia ada 30 org menyokongnya yg wan jijah klaim juga ada 30 surat akuan sumpah berbanding 26 yg menentang..maka dia nak jumps sultan lah bagi perkenan gugurkan khalid..dia angkat sumpah jadi mb Selangor yg baru.

Setakat ni blh fhm tak?.
Quote DTECCONAN 14-8-2014 01:54 PM
Harap2 khalid ibrahim x ikut perangai BN, minta sultan bubarkan dun, dan PAS pilih samaada akan terus dgn PR ataupun berpisah dgn PR. Dah nampak, PAS hanya akan jadi pak turut

Lihat semua komen(808)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.169820 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top