CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Dun Selangor Dijangka Bubar 25 Ogos

15-8-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20645| Komen: 228

Description: Menurut Perancangan Yang Telah Dibuat Oleh Khalid Ibrahim, Beliau Memilih Tarikh 25 Ogos Tersebut Berdasarkan Kepada Tarikh Sultan Selangor Pulang Dari Bercuti Iaitu 23 Ogos 2014. Oleh Itu, Khalid Ibr ...
Dun Selangor Dijangka Bubar 25 Ogos


Sebelum ini Khalid Ibrahim amat yakin bahawa beliau memperolehi sokongan majoriti dari Adun-Adun Selangor. Namun kenyataan Wan Azizah hari ini telah “mengoncang” pendirian beliau. Oleh itu menurut sumber-sumber dalaman SUK, Khalid Ibrahim akan membubarkan Dun Selangor pada 25 Ogos 2014 sekiranya beliau gagal memdapat sokongan penuh daripada PAS.



Menurut perancangan yang telah dibuat oleh Khalid Ibrahim, beliau memilih tarikh 25 Ogos tersebut berdasarkan kepada tarikh Sultan Selangor pulang dari bercuti iaitu 23 Ogos 2014. Oleh itu, Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor pada 24 Ogos 2014. 

Sekiranya Sultan Selangor memperkenankan hasrat Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dun Selangor, maka surat akan dihantar kepada speaker Dun pada tengahari itu juga.

Sebelum ini Wan Azizah telah mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS telah menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


Dua Adun PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) kononnya telah menyatakan sokongan mereka kepada Wan Azizah bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR. Oleh itu kononnya Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN sahaja.

Namun kita perlu ingat bahawa sejarah PKR sebelum ini selalu menjadikan Sidang Akhbar untuk “menipu” rakyat sepertimana yang telah mereka lakukan semasa isu “16 September”. Sejauh mana kebenaran kenyataan Wan Azizah tersebut sebenarnya masih amat diragui. Tambahan pula, Khalid Ibrahim ini juga amat faham dengan “permainan” Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Sama-samalah kita tunggu penamat kepada episod Menteri Besar Selangor ini.




Bagus
6

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 15-8-2014 08:07 AM
menangis la mb bn yg ditendang.
macai bn lebih sayang khalid dari pemimpin sendiri

pas.png
Quote aikee04 15-8-2014 08:08 AM
Bubarla......kita tengok sape yg kena
Quote sixret 15-8-2014 08:08 AM
Kalau betul dibubarkan, alhamdulillah. Biar rakyat yang pilih semula. Buat pilihan bijak kali ni ya.
Quote Muntz 15-8-2014 08:10 AM
Kali nie mmg sokongan terhadap PR akan merosot punya. Akan byk jugak undi protes dan low voter turnout.
Quote d'zeck 15-8-2014 08:11 AM
soal bubar tak ada masalah sangat

soal kos nak tampung pilihanraya semula
tu yang dirasakan satu
pembaziran besar

berpunca semata2 akibat
nafsu rakus seorang badut politik
bernama abang non
Quote scorpionkiki 15-8-2014 08:13 AM
d'zeck posted on 15-8-2014 08:11 AM
soal bubar tak ada masalah sangat

soal kos nak tampung pilihanraya semula

Ala...mintak Selangor bear the cost saja...depa kaya...no problem punya
.
Quote crossfire 15-8-2014 08:14 AM
d'zeck posted on 15-8-2014 08:11 AM
soal bubar tak ada masalah sangat

soal kos nak tampung pilihanraya semula

Filem ini samada ada PRU atau tidak akan ada sambungannya selagi laki bini itu berkuasa maka selagi itu lah sambungannya ada.
Last edited by crossfire on 15-8-2014 08:15 AM

Quote anishacute 15-8-2014 08:15 AM
Standby blackout.. ngan 400000 org bangla...
Quote d'zeck 15-8-2014 08:19 AM
scorpionkiki posted on 15-8-2014 08:13 AM
Ala...mintak Selangor bear the cost saja...depa kaya...no problem punya
.

SPR boleh buat syarat

kos menggerakkan jentera
ditampung duit rezab selangor
yang katanya RM3 billion tu

kos upahan petugas, siaran media
dan lain2 pulak
ditampung oleh wan jijah
dan abang non sendiri yang
katanya banyak duit jugak
hasil sumbangan NGO2 yahudi

pasti abang non setuju je
Quote crossfire 15-8-2014 08:19 AM
Muntz posted on 15-8-2014 08:10 AM
Kali nie mmg sokongan terhadap PR akan merosot punya. Akan byk jugak undi protes dan low voter turno ...

yg nyata KES DENGGI semakin teruk di Selangor.. kalau tak percaya pergi saja ke Hospital Rahimah Klang, tiada KATIL dah, atas simen pun ada..

Quote Muntz 15-8-2014 08:20 AM
crossfire posted on 15-8-2014 08:19 AM
yg nyata KES DENGGI semakin teruk di Selangor.. kalau tak percaya pergi saja ke Hospital Rahi ...

Isu2 lain tak dpt perhatian buat masa nie. Isu politik jah.
Quote d'zeck 15-8-2014 08:22 AM
crossfire posted on 15-8-2014 08:14 AM
Filem ini samada ada PRU atau tidak akan ada sambungannya  selagi laki bini itu berkuasa maka ...

tu lah

kalo la pulau pinang tu ada sultan,
dah lama abang non kena buang negeri
pasal mengabaikan permatang pauh
Quote sixret 15-8-2014 08:23 AM
d'zeck posted on 15-8-2014 08:11 AM
soal bubar tak ada masalah sangat

soal kos nak tampung pilihanraya semula

Sangat setuju. Kos adakan semula pilihanraya mmg tinggi tapi sekurang-kurangnya, rakyat pilih balik pemimpin2 yg betul2 berkaliber dan yg paling penting tidak undi sesiapa yg ada kaitan dgn Anwar. Terlalu gila kuasa la Anwar. Tak tahulah nak cakp apa kalau masih lagi ada rakyat yg x nampak.
Quote crossfire 15-8-2014 08:23 AM
Muntz posted on 15-8-2014 08:20 AM
Isu2 lain tak dpt perhatian buat masa nie. Isu politik jah.

ISU POLITIK sajorkkk!!!
Quote crossfire 15-8-2014 08:26 AM
d'zeck posted on 15-8-2014 08:22 AM
tu lah

kalo la pulau pinang tu ada sultan,

ISU selangor ini bagai tiada kesudahan...

kita yg bawah ni pun naik bosan.

samaada dari kem UMNO atau KEM SUNDRIK Pakatan..

Quote d'zeck 15-8-2014 08:28 AM
sixret posted on 15-8-2014 08:23 AM
Sangat setuju. Kos adakan semula pilihanraya mmg tinggi tapi sekurang-kurangnya, rakyat pilih bali ...

andaikata pilihanraya semula
tetap diadakan kelak,

bersedialah dengan tuduhan2
terbaharu anwar,

kali ni mungkin 40,000 myanmar atau nepal
pula yang akan dipersalahkan

banjir kilat, takpun ribut petir juga
tidak mustahil akan dijadikan
alasan menggantikan blackout
Quote TuntungReturn 15-8-2014 08:30 AM
ade lgk yg jilat bang non ni..hati kental betullol
Quote magnus 15-8-2014 08:34 AM
Bg jelah jijah keparat bersuami bangsat tu jd mb..tak perlu pilihanraya semula...cilaka punya politician..
Quote ketum 15-8-2014 08:41 AM
sixret posted on 15-8-2014 08:23 AM
Sangat setuju. Kos adakan semula pilihanraya mmg tinggi tapi sekurang-kurangnya, rakyat pilih bali ...

ramai je macai macai yang tak nampak

Lihat semua komen(228)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.160230 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top