CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Dua ADUN diberi 24 jam tarik pendirian sokong Wan Azizah - PAS Selangor

15-8-2014 10:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8618| Komen: 61

Description: Dua Ahli Dewan Undangan (Adun) Pas Yang Menyatakan Sokongan Kepada Dr Wan Azizah Iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib Dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin Diberi Masa 24 Jam Untuk Menarik Kenyataan Merek ...
Dua ADUN diberi 24 jam tarik pendirian sokong Wan Azizah - PAS Selangor


KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin diberi masa 24 jam untuk menarik kenyataan mereka menyokong ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Tindakan dua ADUN itu disifatkan sangat serius sekali gus melanggar arahan dan tatacara parti.


Berikut adalah kenyataan penuh daripada Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman:

PAS Selangor memandang serius tindakan ADUN PAS yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah di tetapkan oleh parti.

"Tindakan 2 ADUN PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serious dan kita akan bertindak"

PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang di buat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus kita patuh.

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti di belakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini?

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 Ogos ini. Sebab itu sabar.

"Saya nasihati kedua ADUN ini menarik balik tindakan atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah di lafazkan sewaktu menjadi calon.

Arahan dari Pesuruhjaya adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti.

1

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
4

Sedih

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajie2000 14-8-2014 10:19 PM
Pemuda PAS diminta solat hajat tiga malam sampai Ahad
Astro Awani | Kemas kini: Ogos 14, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 14, 2014 21:21 MYT)


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mengarahkan semua ahli pergerakan sayap itu untuk sembahyang hajat dan munajat tiga malam berturut-turut bermula malam ini menjelang mesyuarat PAS Pusat mengenai Isu krisis Menteri Besar Selangor pada Ahad ini.

Katanya, solat hajat dan munajat itu adalah dengan "satu niat yang jitu" memohon Allah memberi petunjuk kepada pimpinan PAS untuk membuat keputusan yang tepat.

"Keputusan yang bakal dicapai nanti merupakan satu noktah penting dalam lakaran sejarah politik tanah air," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI di sini.

Jelas beliau, keputusan PAS pada Ahad nanti bukan saja akan memberi kesan kepada masa depan parti itu tetapi juga jatuh bangun Pakatan Rakyat.

Suhaizan turut meminta ahli Pemuda PAS untuk memperbanyakkan zikir sepanjang mesyuarat berlangsung pada pagi Ahad nanti.

PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat pada Ahad ini yang akan membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Suhaizan mendesak supaya mesyuarat PAS Pusat diadakan segera bagi memastikan kemelut politik yang melanda parti itu dan Pakatan Rakyat.

Jelasnya, tarikh 10 dan 13 Ogos yang dicadangkan sebelum ini dilihat terlalu lewat untuk menguruskan krisis yang sedang berlaku antara parti itu dan rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan, PAS sekali lagi menunda tarikh bagi mesyuarat AJK Pusatnya kepada 17 Ogos kerana sejumlah anggota AJK PAS Pusat tidak dapat hadir ke mesyuarat pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... ampai-ahad-41922?cp

..........

Solat hajat ke solat istikharah??

Quote jengkoil 14-8-2014 10:22 PM
ajie2000 posted on 14-8-2014 10:19 PM
Pemuda PAS diminta solat hajat tiga malam sampai Ahad
Astro Awani | Kemas kini: Ogos 14, 2014
(Dit ...

Solat sunat tolak bala kot?
Quote Tok_Batin 14-8-2014 10:24 PM


Last edited by Tok_Batin on 14-8-2014 10:26 PM

Quote magnus 14-8-2014 10:27 PM
Lambat sgt dua org tu nak tunggu 17 hb...setakat kena pecat dari pas apa la sgt..
Quote NeoMatrix 14-8-2014 10:27 PM
Ahli PAS perlu patuh & setia ngan keputusan Parti.
Khalid tak perlu patuh & setia ngan keputusan Parti PKR. PAS akan sokong keputusan Khalid.



PAS parti Munafik. Aku harap PAS keluar dari Pakatan,
Quote harimau76 14-8-2014 10:28 PM
Ni drama Tamil PAS plak.. Yer la.. Nak sokong directly Azizah jd MB tak selari ngan perjuangan plak..dah tu nanti pengikut pun marah.. So buat la drama skit kunun2 2 adun sokong jijah tanpa persetujuan parti..
Quote ajie2000 14-8-2014 10:28 PM


Quote xy_daen 14-8-2014 10:50 PM
Ala malu2 plak PAS ni nk khianat Khalid...
Quote ajie2000 14-8-2014 10:51 PM
Quote CiliPadiSedap 14-8-2014 11:16 PM
kalau anwar berpaling tadah pada pakatan rakyat dan sokong perasuah rumah rm 24juta, lembu fidlot. mmg takkan undi pas sampai bila2
Quote Maideen. 14-8-2014 11:19 PM
Ha sudah......tiga hari tiga malam lobai lobai kepala atas berbalut kemas kepala bawah susah dikawal sembahyang macam ni ka?.....

Apa apa pon Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..

[youtube]9guwGTsSYQs[/youtube]
Quote cucumberkl 14-8-2014 11:19 PM
ajie2000 posted on 14-8-2014 10:51 PM


Quote tobby 14-8-2014 11:24 PM

Quote tobby 14-8-2014 11:24 PM

Quote tobby 14-8-2014 11:25 PM

Quote tobby 14-8-2014 11:26 PM

Quote Anak_Nogori 14-8-2014 11:28 PM
Duit dah berkepok dpt.. Mahu kah 2 dun pas tu akur?..sedangkan 2 dun tu terang ckp..tak kisah keluar pas..kebanggangan apa kah ini?..pecat je..but apa kasi tempoh 2 hari lagi?..
Quote tobby 14-8-2014 11:29 PM

Quote cenkudu 14-8-2014 11:30 PM
ni yg selalu dibanggakan susah dibeli dengan wang ringgit. adoi

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.109326 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top