CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sultan Selangor Perkenan Khalid Kekal, Pertimbang Sertai Pas

11-8-2014 06:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24243| Komen: 308

Description: Abdul Khalid Yang Juga Adun Pelabuhan Klang Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Semua Exco Terutama Dari Dap Dan Pkr Untuk Bertanyakan Sokongan Mereka Terhadapnya, Esok, Selain Memaklumkam 4 Exco Pas Seb ...
Sultan Selangor perkenan Khalid kekal, pertimbang sertai PAS

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan beliau masih Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri dalam satu sidang media di pejabatnya di sini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan beliau dengannya di Istana Alam Shah, Klang pagi tadi.
Dalam pertemuan itu juga, beliau juga memaklumkan masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang akan mengadakan pertemuan dengan semua EXCO terutama dari DAP dan PKR untuk bertanyakan sokongan mereka terhadapnya, esok, selain memaklumkam 4 EXCO PAS sebelum ini sudah membuat ketetapan menyokong beliau.

Abdul Khalid pagi tadi juga menghadiri mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang berlangsung lebih dua jam.

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor mencapai tahap kronik selepas PKR mengumumkan mahu menggugurkan Abdul Khalid dan diganti dengan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Cadangan itu mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi parti DAP dan PKR, namun PAS mengambil pendirian berbeza, mahu Abdul Khalid dikekalkan.
Kelmarin, Abdul Khalid dipecat keahliannya dalam PKR oleh Lembaga Disiplin parti itu.

Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong dirinya tanpa wakil DAP dan PKR.

Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan neger itu.

Selain itu, Khalid turut mempertimbang untuk menyertai PAS namun perlu diteliti sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Perkara itu (masuk PAS) akan dipertimbangkan tapi saya kena bersihkan terlebih dahulu segala tohmahan buruk yang dilemparkan PKR," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 11-8-2014 03:29 PM
banyak betul benang pasak TSKI ni yer...


tumpang sekaki
Quote ais_kosong 11-8-2014 03:30 PM
alhamdulillah.. go TSKI
Quote pittjie 11-8-2014 03:32 PM
mak rasa macam nak sujud syukur.
Quote rospinki 11-8-2014 03:36 PM
ada ke diorg suka2 je nak take over..diorg lupa ke last2 ke sultan juga titah dikota?

wahai memenda menteri yg bijaksana..tuan hamba terlebih makan ubat gegat agaknya.
Quote magnus 11-8-2014 03:36 PM
Pas parti dicari bila susah kan..dulu dap nak guna logo pas je..tu pun nampak mcm pas yg hidung tak mancung pipi tesoron soron...sian eh pas..picisan..
Quote namirulmukminin 11-8-2014 03:36 PM
Go TSKI go...!!! Rakyat Selangor tetap berdiri di belakangmu.. Titah Sultan tetap dijunjung....

P/S : Pegi MAMPOS sama Anwart & bini yang dah kena bomoh tu...
Quote idril 11-8-2014 03:40 PM
nuart muka x malu!
Quote hokage 11-8-2014 03:42 PM
jgn suka sangat anwar tgh pasang plan B...tunggu!!
Quote babydoll 11-8-2014 03:44 PM
yeayyyyy!! TSKI tetap menten jadi MB selangor!

lega aku dgr.

Anwat dgn labu2 nya blh balik dok umah.
Quote cak! 11-8-2014 03:44 PM
elokla khalid masuk pas
Quote Munnalicious 11-8-2014 03:45 PM
Kami ok kalau Khalid jd MB tapi kami menentang sekeras-kerasnya Nuar dan Jijah pegang Selangor.


Motipo bkn rakyat selangor pon. Kihkih.
Quote sidewinder 11-8-2014 03:51 PM
si nuar tu dah kamaruk nak kuasa dan duit......aim jd perdana menteri tapi tak jadi2 jugak sampai dia mati.....atleast dpt jd menteri besar negeri termaju di malaysia jd laaaa.....nak jadi perdana menteri malaysia tak dpt laa jack....UMNO punya game lagi maha dasyat......itu laa aku selalu cakap UMNO PKR ni sama jer....tp macai2 PKR tak nak terima hakikat....org2 UMNO lak ada yg terima kenyataan ada yg senyap seribu bahasa......tp tak pa jd menteri besar dpt dia songlap utk bekalan sebelum dia mati.....
Quote Babai 11-8-2014 03:56 PM
Padan muka si tua peliwat tegar.
Quote epalgebuu 11-8-2014 03:57 PM
syukuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuurrr
Quote kukulangau 11-8-2014 03:59 PM
hokage posted on 11-8-2014 03:42 PM
jgn suka sangat anwar tgh pasang plan B...tunggu!!

dia forever berplan
pkr - plan kehujung ranjau
Quote ninjago 11-8-2014 04:00 PM
better than jijah..syukur! bila sultan yg bertitah...
Quote Cyempaka 11-8-2014 04:00 PM
Quote Mataris 11-8-2014 04:00 PM
Apa boleh buat... Tahi Kambing Bulat Bulat...  Nuar & Kit Siang ada strateji... Kita Tungguuu... & Lihat....
Quote namirulmukminin 11-8-2014 04:01 PM
hokage posted on 11-8-2014 03:42 PM
jgn suka sangat anwar tgh pasang plan B...tunggu!!

Sebelom plan B dia berjalan, aku harap dia kena sumbat masuk jel dulu la... muhahahahaha...

P/S : Pi MAMPOS sama Anwart & Bini yang dah kena bomoh...

Lihat semua komen(308)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056910 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top