CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Raja Azmi Pakai Kasut Hadiah Isteri Bekas Suami

9-9-2014 05:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14017| Komen: 45

Description: "Seperti Yang Dipakai Hari Ini, Kak Mi Buat Rekaan Tudung Khas Untuk Butik Variante. Dah Alang-Alang Kak Mi Pakailah Satu. Tambahan Pula Warna Biru Dan Merah Cili Menaikkan Lagi Seri Muka Kak Mi. Ra ...
Raja Azmi Pakai Kasut Hadiah Isteri Bekas Suami


Sejak berubah imej bertudung, nampaknya Raja Azmi semakin style dan berani berfesyen!

Bukan berani yang daring tau, maksud penulis, Raja Azmi dilihat lebih mengeksplorasikan fesyen-fesyen muslimah terkini dengan mainan warna kontra, tetapi sesuai dengan usianya yang kini 55 tahun.

Kata Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, sejak berhijrah, dia menyifatkan tudung yang digayakan sebagai aksesori utama menggantikan subang dan rantai yang sering dipakainya sebelum ini.

"Apabila berhijab sebenarnya lebih seronok kerana selain menjadi satu kewajipan dalam Islam, Kak Mi (Raja Azmi) anggap tudung sebagai aksesori.

"Jadi tak payahlah pening-pening berfikir nak padankan rantai dan subang. Aksesori itu semua saya berikan kepada anak-anak.

"Seperti yang dipakai hari ini, Kak Mi buat rekaan tudung khas untuk butik Variante. Dah alang-alang Kak Mi pakailah satu. Tambahan pula warna biru dan merah cili menaikkan lagi seri muka Kak Mi. Rasanyalah," selorohnya yang ditemui pada awal Ramadan lalu bagi menjayakan projek video Ramadan Bersama... mStar Online.


Kasut jingga yang merupakan antara kasut harian yang dipakai Raja Azmi.

Selain itu, beritahu Raja Azmi, memandangkan dia selesa dengan rekaan daripada butik Variante, seluar dan balus yang dipakai itu juga daripada butik berkenaan.
Bagaimanapun antara penampilan yang paling disukai Raja Azmi pada hari tersebut adalah kasutnya yang berwarna jingga itu. Eh... ada apa-apa cerita ke tentang kasut itu? Hehe...

 
Raja Azmi gemar menggayakan tudung dengan cara tersendiri.

Sebenarnya kasut tersebut dihadiahkan oleh isteri kepada bekas suaminya, Datuk Seri Jailani Sidek iaitu Datin Seri Zaleha Mohd Khalid. "Ketika saya dan Zaleha berkawan baik, dia telah menghadiahkan kasut ini sebanyak dua pasang iaitu warna jingga dan hijau. Kerana kasut ini sangat selesa, saya beli dua pasang lagi warna biru dan satu lagi, lupa pula warnanya.

"Jadi... kasut ini menjadi kenangan yang tersendiri... Tetapi apa yang dah berlaku saya tak simpan dalam hati. Yang lepas itu lepaslah," ujarnya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 5-9-2014 03:02 PM
bagusnya nek mi..




Last edited by maxim on 5-9-2014 04:37 PM

Quote tomet05 5-9-2014 03:04 PM
ari tu ada kua kat sini gak kan ..
Quote harkktuih 5-9-2014 03:12 PM
freekey lambat..kak sepit dah bukak benang 2 3 hari lps..
Quote kakikuDibibirmu 5-9-2014 03:14 PM
TT baharu keluar gua
Quote rosasa 5-9-2014 03:20 PM
kakikuDibibirmu posted on 5-9-2014 03:14 PM
TT baharu keluar gua

oleh itu, maafkanlah dia yang baru keluar gua
Quote maxim 5-9-2014 03:29 PM
terganggu di fikiranku
Quote alesandra 5-9-2014 03:29 PM
terkeluar perkataan khorsani kat thread neh kang....
Quote sepitsiput 5-9-2014 03:31 PM
dah kenapa @freekey? nak caras meols ker? and kerlas thread meols dibaca reporter sampai siap calling2 malling2 so winci girtuh

ps: tamparan hebat kepada momod2 yang katup  dua buah thread meols sebelum ni....girtuh!

**
setelah @freekey tukar isi topic

komen meols: bagusnya nek mi... wajah nek mi lagi byk nurr meols nampak dr muka serabut si zaleha tu Last edited by sepitsiput on 5-9-2014 04:39 PM

Quote putehkundor 5-9-2014 03:44 PM
Kalau tak kerana mak hayam sepitsiput, takdak sapa yg peduli pasal VC ni kan....

Soo winci patut sembah ratu kat heshe
Quote freekey 5-9-2014 04:22 PM
korang suka kan komen lari topik...





Quote cmf_blingblings 5-9-2014 04:32 PM
bagusnya org mcm ni, dah tak ada jodoh masing-masing bawak haluan sendiri, masih berbaik, tak macam sesetengah org, meratip sampai hujung nyawa, berjangkit dgn mak bapa, adik beradik dan anak-anak sekampung
Quote harkktuih 5-9-2014 04:37 PM
"Ketika saya dan Zaleha berkawan baik, dia telah menghadiahkan kasut ini sebanyak dua pasang iaitu warna jingga dan hijau. Kerana kasut ini sangat selesa, saya beli dua pasang lagi warna biru dan satu lagi, lupa pula warnanya.


so skang tak kawan baik lagi?gitu?
Quote sepitsiput 5-9-2014 04:38 PM
putehkundor posted on 5-9-2014 03:44 PM
Kalau tak kerana mak hayam sepitsiput, takdak sapa yg peduli pasal VC ni kan....

Soo winci patut  ...

khen??? mohon so winci sembah ratu kt meols..xmo banyak, tolong tapaukan ethan ruan , show luo, lee hom dan joseph chang  dari taiwan utk meols...ikat tepi ya!
Quote putehkundor 5-9-2014 04:49 PM
Kesah???

Kasut hadiah suami pun nak jadi bahan gossip? Mak teh lebih teruja tgk dia pegang perut? Ada isi ke?


# @sepitsiput meols rindu persembahan diva2 bukit dlm jade solid gold dulu.
Quote sepitsiput 5-9-2014 04:55 PM
putehkundor posted on 5-9-2014 04:49 PM
Kesah???

Kasut hadiah suami pun nak jadi bahan gossip? Mak teh lebih teruja tgk dia pegang peru ...

mohon jangan tunjukkan sangat kekertuan weols kat sini chuols...malu girtuh!
Quote kukulangau 5-9-2014 04:57 PM
so mana gambar kasotnye????
Quote intriQue 5-9-2014 04:59 PM
Lama dok baca tajuk thread nak faham kan maksud sebenarnya. ..

Huhuhu....me so slow
Quote mitnick 5-9-2014 06:02 PM
teringin nak tgk rupa kasutnya
Quote asampodeh 5-9-2014 06:41 PM
intriQue posted on 5-9-2014 04:59 PM
Lama dok baca tajuk thread nak faham kan maksud sebenarnya. ..

Huhuhu....me so slow

sama la... hheheh


yg dia pakai tu tudung ke bendera...??

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058835 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top