CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Raja Azmi Sah Cerai Talak Satu

14-11-2014 05:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3751| Komen: 3

Description: Shaiful Azli Kemudiannya Memerintahkan Raja Azmi, 55, Menjalani Tempoh Edah Selama Tiga Bulan Bermula Dari Tarikh Lafaz Cerai Di Buat Iaitu Pada Selasa.
Raja Azmi sah cerai talak satu


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Baru sahaja 13 bulan bergelar isteri, penerbit kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini kembali menjanda setelah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd. Eddie Ghazali pukul 3.07 petang di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

Raja Azmi & Eddie Bercerai Talak Satu

Raja Azmi bersama Eddie ketika hadir untuk proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor pada 



AMPANG: Masalah rumah tangga produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya Mohd Eddie Ghazali tidak dapat diselamatkan apabila kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa.


Lafaz cerai dilakukan oleh Mohd Eddie, 46, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.07 petang.

Shaiful Azli kemudiannya memerintahkan Raja Azmi, 55, menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula dari tarikh lafaz cerai di buat iaitu pada Selasa.

Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote helmeita 17-11-2014 10:41 AM
Jodoh tak lama.....
Quote atekome 15-11-2014 10:46 PM
Aku lbih bmnat pd hakim nie bdk pgajian islam ukm kan..nok nok jugak uols
Quote boyagombak 15-11-2014 09:52 AM
Innalillah
Tiada yg kekal melainkan Allah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.038643 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top