CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Abby Abadi Bongkar Farhan Aibkan Dirinya

23-9-2014 05:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7448| Komen: 3

Description: Nampaknya Pertelagahan Abby Abadi Dengan Bekas Suaminya Memang Akan Berpanjanganlah Jawabnya. Buat Yang Ketinggalan, Pada Minggu Lalu Abby Telah Pun Membuat Laporan Polis Mengenai Farhan Yang Didakwa ...
Panas!! Abby Abadi Bongkar Perbualan Bekas Suami & Rakan Yang Mengaibkan Dirinya 


Nampaknya pertelagahan Abby Abadi dengan bekas suaminya memang akan berpanjanganlah jawabnya. Buat yang ketinggalan, pada minggu lalu Abby telah pun membuat laporan polis mengenai Farhan yang didakwa ‘melarikan’ wangnya bernilai puluhan ribu ringgit.

Bagaimanapun, pagi tadi Farhan memberi kenyataan bahawa dia pernah cuba melangsaikan separuh hutangnya kepada Abby dengan bayaran RM5,000. Namun, Abby menolak dan mahu Farhan menjelaskan semua hutangnya sekaligus.

Tapi, sekeping foto perbualan Farhan dengan rakannya nyata membuat kami terkesima. Siap ‘bahasakan’ Abby sebagai Abby ‘Ababi’ lagi. Agak biadab juga lah kan?

Bila dah terjadi perkara sebegini, ada juga yang mempersoalkan tindakan mengejut Abby dahulu untuk berkahwin dengan lelaki yang dianggap ‘tidak matang’ seperti Farhan.

Namun, segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT dan nampaknya Abby tidak pernah berputus asa untuk mempertahankan haknya.

Mungkin dek kerana alasan itu, Abby juga telah memuat naik sekeping lagi foto komen Farhan yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dirinya.


Erm..sebenarnya hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang terjadi dalam sehinggakan Abby dan Farhan kini boleh diumpamakan seperti ‘anjing dan kucing’. Dua-dua tidak mahu mengalah dan saling bercakaran.
Apapun, kita ikuti sahajalah kisha seterusnya daripada mereka berdua. Mana tahu mungkin mereka boleh berbaik dengan cara aman damai pula selepas ini.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=830768&extra=&page=6

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Wazzul 13-10-2014 09:34 AM
kekekekeke,,,,ini padahnya kawin ngan lelaki muda. iskiskisk
Quote gula_tebu 23-9-2014 10:55 PM
Paan paan. Duda perangai macam budak-budak.
Quote setokinpurple 23-9-2014 06:23 PM
Hhmm makin panjang dah jadi telenovela 999 episod. Korek selagi boleh korek, sedikit demi sedikit aib masing2 terbukak

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036095 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top