CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kes Saman Rm50 Juta: Anwar Nafi Liwat Mohd Saiful

9-10-2014 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12469| Komen: 41

Description: Media Memperoleh Pernyataan Pembelaan Itu Daripada Shahid Adli Pada Pengurusan Kes Itu Hari Ini Yang Didengar Di Dalam Kamar Di Hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan Dengan Dihadiri Peguam Z ...
Kes saman RM50 juta: Anwar nafi liwat Mohd Saiful


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya hari ini menafikan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar membuat penafian itu dalam pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini oleh peguamnya Shahid Adli Kamarudin, pada pengurusan kes saman, yang difailkan Mohd Saiful pada 23 Jun lepas bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan bahawa beliau meliwat Mohd Saiful adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian liwat itu tidak pernah berlaku.

Anwar berkata ketika kejadian pada 26 Jun 2008, beliau hanya meminta satu sampul surat dihantar kepadanya ketika menghadiri mesyuarat di Damansara dan surat itu telah dihantar oleh Mohd Saiful kerana hanya beliau (Mohd Saiful) yang berada di pejabat Parti Keadilan Rakyat pada masa itu.

Beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Mohd Saiful pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu berniat jahat dan mempunyai sebab yang tersembunyi untuk memburukkan dan merosakkan karier politiknya.

Media memperoleh pernyataan pembelaan itu daripada Shahid Adli pada pengurusan kes itu hari ini yang didengar di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dengan dihadiri peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful.

Zamri kemudiannya memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 18 Nov depan untuk pengurusan kes.

Mohd Saiful memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

11

Bagus
18

Marah
12

Terkejut
21

Sedih
31

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote huJanBaTu 9-10-2014 12:27 AM
cek lagi sekali kesan dubur masih ada atau tidak
Quote crankshaft 9-10-2014 01:59 AM
Apa kemaluan si sepul nie tuntut sampai RM 50 juta utk duburnya when it's not even worth a dime?

Choiiiiiii.....



Last edited by crankshaft on 9-10-2014 02:01 AM

Quote Ferr_Remy 9-10-2014 02:24 AM
hang yg gatai jadi balaci umngok.. pastu nak mintak rm50juta kat anwar plak lepas kena maki masyarakat.. aje bodo....
Quote makneng 9-10-2014 09:02 AM
erk ada lg citer dia ni..ingatkan dah kawen dok diam2
Quote gaara_X 9-10-2014 09:21 AM
bontot sampai 50 juta tue....fuyoo...nie nak tanggung hasi tonggeng for  family ke nie...
Quote biosfree 9-10-2014 09:24 AM
HAHAH....siapa sokong anwar.....penyokong LIWAT..
anwar ni..mmg PELIWAT tegar...oleh kerana PAS dah libral....dia selamat dr HUDUD...maka HUDUD PAS itu penipu...dah disabitkan masih nak menafikan ke.....mmg kaki TIPU la dia ni....
Quote applemy 9-10-2014 10:13 AM
Bila nak habis propa ni.. geli la dengar liwat2 ni
Quote Maideen. 9-10-2014 12:52 PM
Takajut I bila El Jub tak menaku.......prrrrrrrrrrrrpfffftght
Quote akusukaq 9-10-2014 01:08 PM
Bang non patut saman balik shaiful 100 juta sebab di fitnah meliwat . Tapi bila nak mula ya?
Quote voiletiris 9-10-2014 01:23 PM
mahal nya harga montot sampai 50 jota jah..kau mampuu
Quote voiletiris 9-10-2014 01:25 PM
biosfree posted on 9-10-2014 09:24 AM
HAHAH....siapa sokong anwar.....penyokong LIWAT..
anwar ni..mmg PELIWAT tegar...oleh kerana PAS dah ...

aku sokong anwar ..liwat tu belum tentu betul nya..kau nak kata dia peliwat ke ..pelawat ke suka hang nooo
Quote Omong 9-10-2014 01:27 PM
akusukaq posted on 9-10-2014 01:08 PM
Bang non patut saman balik shaiful 100 juta sebab di fitnah meliwat . Tapi bila nak mula ya?

kira 50 persen ka?
Quote isseliparjepun 9-10-2014 01:32 PM
Betul ke dia meliwat? Aku rasa macam tak logik sangat si Sepol ni mintak ganti rugi sampai camtu sekali. Setakat percaya berita tigasukuk tu...bukti yang tiada boleh diadakan.
Lagipun...kot Sepol tu trauma bebenor..elok plak kau kahwin kan? Kot la trauma sampai tak bernafsu langsung ke..Sepol oo Sepol, otak di manakah?
Quote artcrime 9-10-2014 01:56 PM
aih.. bukan keputusan mahkamah suka sama suka? tapi dia ckp liwat tak berlaku..
Quote biosfree 9-10-2014 02:02 PM
kan ANWAR suka buat PENAFIAN tanpa BUKTI....

LaWYER pon bertimbun2

Tangguh dah bertahun2

Sumpah laknat x mampu

kuasa PELIWAT ..... mmg hebat la dia
Quote AYAKAISHI_AYASY 9-10-2014 02:21 PM
Adakah aku sorang yang wonder camner orang tua bleh rogol orang muda...
Or knapa orang tua yang dah ada anak bini bleh jadi gay?
Quote ice_sky92 9-10-2014 02:36 PM
AYAKAISHI_AYASY posted on 9-10-2014 06:21 AM
Adakah aku sorang yang wonder camner orang tua bleh rogol orang muda...
Or knapa orang tua yang dah ...

Lubang isteri dah tak ketat kot sis.
Quote voiletiris 9-10-2014 02:42 PM
AYAKAISHI_AYASY posted on 9-10-2014 02:21 PM
Adakah aku sorang yang wonder camner orang tua bleh rogol orang muda...
Or knapa orang tua yang dah ...

aku pun wonder gak ..kalau sepol tu taknak ..sekali sepak terajang dah terpelanting org tua tu..sepol kan gagah pekasa muda belia.lagi satu takkan lah dia tak serik2 dari kes liwat satu dulu sampai menhancurkan karier politik nya..
Quote adikfatin 9-10-2014 05:09 PM
Mereka2 ni kat dunia xhabis sambung pulak kat akhirat nanti. Biar Allah jadi hakim. Time tu baru nak mintak maaf kau aku.fotnah memfitnah dah jadi sebahagaian dlm hidup

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.097458 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top