CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Wanita Di Temui Mati Dengan 5 Tikaman Di Sek 7 Shah Alam

16-10-2014 04:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11817| Komen: 49

Description: Wanita Berusia 40-An Itu Ditemui Berlumuran Darah Oleh Penghuni Pangsapuri Pada Kira-Kira 2.10 Pagi.
Wanita Di Temui Mati Dengan 5 Tikaman Di Sek 7 Shah Alam

Gambar hiasan


SHAH ALAM - Seorang wanita ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di sini awal hari ini.
          
Wanita berusia 40-an itu ditemui berlumuran darah oleh penghuni pangsapuri pada kira-kira 2.10 pagi.
          
Mangsa yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui terbaring di ruang tangga tingkat 6 pangsapuri berkenaan.
          
Difahamkam mangsa masih bujang dan menyewa bersama beberapa rakan di pangsapuri itu, menurut sumber polis ketika dihubungi.
          
Pemeriksaan ke atas mayat wanita itu mendapati terdapat lima kesan tikaman di beberapa bahagian anggota badan termasuk di belakang leher.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.
          
Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 20-an di hadapan bilik mayat HTAR kira-kira pukul 2 petang ini bagi membantu siasatan.
          
Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
          
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mencari bukti-bukti lain berhubung kes ini," katanya.

3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 16-10-2014 08:18 AM
kenalan yg tikam?
Quote nuralisa 16-10-2014 08:18 AM
Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 20-an di hadapan bilik mayat HTAR kira-kira pukul 2 petang ini bagi membantu siasatan.
  

maknanya org terdekatla buat nie..
td dengar berita polis kesan 12 cap jari...
Quote zafira 16-10-2014 08:24 AM
baca paper tadi..  sorang budak IPT kena tahan.. budak tu mengaku pakwe dia... dia yang last sekali jumpa sebelum mati...
Quote haryatie 16-10-2014 08:24 AM
Al-fatihah...
walaupun x berapa mengenali nya secara dekat.. cuma sbg sahabt dlm group Fb....tp terasa jugak kehilangannya..
semakin ramai org yg kejam & sakit mental..

Quote puterikhaleeda 16-10-2014 08:31 AM
fuyoooooo masak laaa BF dia nih.. kalau dia tak buat.... mau kene mental tocer
Quote gaara_X 16-10-2014 08:37 AM
ermmmmmm......memacam hal
Quote asyriqa 16-10-2014 08:38 AM
pakwenya budak IPT... spesis hanak ikan ke apa nih...  skrg dah jadi trend plak... pompuan umur 40an ngan bdk2 remaja yang tak berapa nak matang...
Quote mommymonster82 16-10-2014 08:38 AM
Rompak kot
Quote kenarikelabu 16-10-2014 08:43 AM
Aiyooo....kes anak ikan nih...sampai bunuh2...
Quote MissMamamia75 16-10-2014 08:53 AM
kejamnya..sampai 7 tikaman..
ni mcm marah kaw2..

moga kematian arwah terbela...

Dr Allah kita dtg..kepada Allah kita kembali...
Quote iman_aly 16-10-2014 09:03 AM
kejam sgt kejam!
Quote missyqaldina 16-10-2014 10:09 AM
member ckp mcm kes rompak...
Quote Vellfire 16-10-2014 10:10 AM
mommymonster82 posted on 16-10-2014 08:38 AM
Rompak kot

haaah kes rompak kot
Quote xtahumenahu 16-10-2014 10:17 AM
Mangsa yang berbadan gempal dan bertudung


perlu keee cakap mangsa tu gempal????
Quote Suchi 16-10-2014 10:20 AM
haryatie posted on 16-10-2014 08:24 AM
Al-fatihah...
walaupun x berapa mengenali nya secara dekat.. cuma sbg sahabt dlm group Fb....tp ter ...

takde nama pun kat artikel nih, sapa nama dia
Quote lasagnaklcc 16-10-2014 10:22 AM
Lepas tikam gi melawat jenazah ke...
Quote nazsh 16-10-2014 10:26 AM
zafira posted on 16-10-2014 08:24 AM
baca paper tadi..  sorang budak IPT kena tahan.. budak tu mengaku pakwe dia... dia yang last sekali  ...

Dak tu brcinta ngan ppuan umur 40an ker..
Quote ikaizraa 16-10-2014 10:28 AM
asyriqa posted on 16-10-2014 08:38 AM
pakwenya budak IPT... spesis hanak ikan ke apa nih...  skrg dah jadi trend plak... pompuan umur 40an ...

memang noks. mcm kes aku lg kelakar, kwn adik aku yg baru umo 22thn ajak aku kapel. koser nk melyn.
Quote garnet 16-10-2014 10:34 AM


banyaknya darah

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077133 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top