CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Awal-Scha Buka Akaun Instagram Buat Lara Alana (Pengikut Dah Cecah 100k)

27-10-2014 09:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 49443| Komen: 268

Description: Scha Dan Awal Juga Turut Mewujudkan Instagram Khas Buat Anak Mereka Seperti Beberapa Selebriti Lain.
Awal-Scha Buka Akaun Instagram Buat Lara Alana (Pengikut Dah Cecah 100k)


KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang disifatkan cukup pandai bergaya, Awal Ashaari dan Scha Alyahya menganjurkan majlis aqiqah dan kesyukuran buat anak sulung mereka, Lara Alana Ahmad Awaluddin yang kini berusia dua bulan.

Majlis diadakan pagi tadi di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, dekat sini.

Majlis hari ini diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah.

Scha dan Awal juga turut mewujudkan Instagram khas buat anak mereka seperti beberapa selebriti lain.

Malah di bawah akaun Instagram lara.alana itu, gambar majlis yang berlangsung tadi turut dimuatnaikkan untuk tatapan peminat.

Lara dilahirkan pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court.






Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 26-10-2014 02:55 PM


Quote achik2009 26-10-2014 02:56 PM
Quote alieyrina 26-10-2014 02:59 PM
Wahh  grand ... untung lara...
Quote achik2009 26-10-2014 02:59 PM
Koleksi Baju Anak Scha-Awal Lebih 200 Helai

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 12:04 AM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my



Awal dan Scha bersama Lara pada majlis aqiqah dan cukur jambul anak mereka di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara pada Sabtu.

PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari mendedahkan anak sulungnya bersama aktres Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana yang baru berusia dua bulan sudah mempunyai koleksi pakaian kira-kira lebih 200 helai.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 33, berkata, kebanyakan koleksi pakaian anaknya itu semua daripada hadiah-hadiah yang diberi rakan-rakan dan keluarga.

"Sudahlah dapat hadiah daripada kawan-kawan dan keluarga, saya dan Scha pun apabila membeli-belah, pantang nampak baju-baju budak yang cantik, kami beli.

"Sampaikan ada baju yang tak sempat nak pakai sebab dah tak muat. Kalau baju lebih daripada 200 helai, kasut Lara pula ada dalam 15 pasang," katanya.

Awal ditemui pada majlis aqiqah dan cukur jambul anaknya di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini pada Sabtu.




Tambah Awal, gara-gara seronok membeli barangan anak, dia dan isteri pula tidak kisah jika tidak berbelanja untuk diri masing-masing.


Sementara itu mengenai majlis aqiqah dan cukur jambul Lara, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 32, berkata, ia sebuah majlis sederhana dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu sahaja.

Antara selebriti yang hadir ialah Dynas Mokhtar, Lisa Surihani, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad.
Kata Scha, majlis itu juga diibaratkan seperti 'acara kahwin semula' buat dia dan Awal memandangkan ia dilihat seperti sebuah majlis perkahwinan.

"Ini semua idea Awal. Katanya dah alang-alang ada pelamin, apa salahnya kita 'feeling' kahwin lagi...hahaha.

"Kerana itu juga kami memakai pakaian berwarna putih. Apa-apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami membuat persiapan majlis ini sejak tiga hingga empat minggu lalu.

"Tambah pula kami memilih tarikh hari ini (Sabtu) bagi mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan Awal Muharram 1436," ujarnya.



Dalam perkembangan lain, Scha juga tidak sangka apabila akaun Instagram anaknya yang baru dibuka secara umum pada Jumaat lalu telah menerima lebih daripada 60,000 pengikut.

"Sebenarnya Awal sudah membuka akaun Lara ketika saya masih mengandung lagi. Cuma ia tidak boleh dibuka secara umum.

"Tetapi apabila akaun itu dibuka secara umum, tidak sangka pula ramai yang menjadi pengikut Lara dan dalam masa sehari lebih 60,000 pengikut. Yang menariknya, pengikut-pengikut lara kebanyakannya menghormati akaun itu di mana tiada yang memberi komen berunsur menjual produk," tuturnya.



Credits: mstar.com.my









Quote achik2009 26-10-2014 03:03 PM


Quote achik2009 26-10-2014 03:07 PM


Quote achik2009 26-10-2014 03:10 PM


Quote achik2009 26-10-2014 03:13 PM


Quote achik2009 26-10-2014 03:14 PM


Quote achik2009 26-10-2014 03:17 PM


Quote achik2009 26-10-2014 03:20 PM




Quote addamnor 26-10-2014 03:22 PM
Untung lah kau dik. Msjlis akikah pun belas2 ribu kosnya
Quote achik2009 26-10-2014 03:23 PM


Quote aechae 26-10-2014 03:32 PM
lawa nyaaa...semuaa lah

mula lah berangan nk buat cenggini jugak
Quote melinda_kerr 26-10-2014 04:20 PM
Awal and Scha ni ada good taste. Dr kawin, akikah gaya mereka semua ada class. Suka tgk. Couple yg paling pening Rabecca Islam and the family. Sarat betul warna tema pkaian family ni.
Quote achik2009 26-10-2014 04:57 PM


Quote achik2009 26-10-2014 04:58 PM


Quote achik2009 26-10-2014 05:02 PM


Quote achik2009 26-10-2014 05:05 PM


Lihat semua komen(268)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.258891 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top