CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Awal Ashaari Terancam Dengan Pelawak Yang Jadi Pengacara?

1-12-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28477| Komen: 187

Description: Namun, Rupa-Rupanya Pelakon Dan Pengacara Awal Ashaari Tidak Bersetuju Dengan Situasi Begini Kerana Menyifatkan Pengacara Serius Sepertinya Kurang Jadi Pilihan Disebabkan Golongan Pelawak Kini Lebih M ...
Awal Berasa Terancam Dengan Pelawak Yang Jadi Pengacara?



SEKARANG kalau kita lihat memang fenomena pelawak terkenal tempatan kini diberi peluang mengacarakan program-program popular yang mempunyai pengikutnya tersendiri.

Namun, rupa-rupanya pelakon dan pengacara Awal Ashaari tidak bersetuju dengan situasi begini kerana menyifatkan pengacara serius sepertinya kurang jadi pilihan disebabkan golongan pelawak kini lebih mendapat perhatian pihak produksi untuk menghoskan sesebuah rancangan tv.

Memetik laporan mStar Online, Awal berkata pihak stesen televisyen sepatutnya berlaku adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

“Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

“Perkara ini pernah terjadi apabila saya ditawarkan mengacara sebuah program selepas pelawak yang dipilih buat hal.

“Kalau pelawak jadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan terutama pengacara serius seperti saya ini,” katanya.

Hmm, tak tahulah nak kata apa, semua ini berbalik kepada soal rezeki, mungkin sekarang demand untuk pelawak mungkin tinggi, itu yang menyebabkan mereka dipilih.

Tapi, mungkin pihak produksi boleh pertimbangkan apa yang diluahkan Awal ini, iyelah untuk terus memajukan lagi industri pengacaraan daripada terus didominasi barisan pelawak semata-mata. 

1

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orglama 30-11-2014 02:03 AM
Bukan peminat awal, tp sgt bersetuju dgn apa yg awal ckpkan
Quote awoks 30-11-2014 02:51 AM
x abes2 dengan prangai sentap n busuk hatinye..
Quote kakasotong 30-11-2014 05:50 AM
Manjang sentap si awal ni dah kenapa??? Dah rezeki masing2 kn. Nak buat mcm mana.

Indirectly nak tuju pd astro la tu. Nasib la derr, dah astro tu ada anak emas sendiri.

Terpaksa la uols usaha lebih sikit awal wehh. Biar org nmpk uols punya kegigihan tu.
Quote amiraira 30-11-2014 06:26 AM
Kalau dh rezeki
X kemana.....
Quote cmf_premierleag 30-11-2014 06:26 AM
Ni apahal si awal ni nak sentap
Ko bajet ko sowang je host yg bagus?
Syok sendiri...sejak awal jd host melodi, haram aku x penah tgk melodi lg
Quote rosmahisham 30-11-2014 06:44 AM
aku pon setuju dgn statement awal hi hi..asyik2 zizan n nabil jer..tp klu nabil tu boleh time lagi..kalo zizan sokmo bosang weyyy...jihan muse mmg terbaik hi hi..
Quote skun 30-11-2014 07:14 AM
awoks posted on 30-11-2014 02:51 AM
x abes2 dengan prangai sentap n busuk hatinye..

tak nampak sentap pun,
iolss pun tak sanggup asyik tengok zizan je kat TV tu, dah la heolss tu entah apa apa, bukan sedap pun mengacara
Quote sepitsiput 30-11-2014 07:38 AM
Meols cuba rasional kt sini.... so meols setuju dgn awal.

Mmg skrg zmn pelawak tgh top... tp kualiti pengacaraan pelawak2 mlysia sgt sedih ok... berlawak x kira tmpt, x cukup prsediaan, knowledge kurang, articulation kelaut, english dipermain2kn, lawak psl agama, x suka membaca, byk kesilapan dan byk guriskn hati tetamu undangan.... ini ke kualiti yg kita nk kt tv?

Nasib baik ada beberapa pelawak yg try to improve hosting skill diorg... jihan, nabil, samsul ghau2 just to name a few.... yg lain semua sampah2 kt tv.

Mungkin ramai kosser dgn awal ni..termasuk meols... tp meols akui heols pengacara yg buat research n antara pngacara muda yg berkebolehan. Dia tahu apa yg dia nk ckp, dia pandai interaksi.. btol2 pelapis kpd pngacaraan tv 80an dan 90an. Last edited by sepitsiput on 30-11-2014 07:41 AM

Quote krukx 30-11-2014 07:51 AM
Setuju dgn awal. Aku dah muak tenguk zizan dgn nabil. Sharol shiro pun dah start jadi pengacara
Quote sepitsiput 30-11-2014 07:54 AM
krukx posted on 30-11-2014 07:51 AM
Setuju dgn awal. Aku dah muak tenguk zizan dgn nabil. Sharol shiro pun dah start jadi pengacara

Shahrul shiro worst... dgn terkedu siap bila kne interview wrestler wwe.. pastu buat lawak ckp broken english smpi wrestler tu tgk semacam... memalukn mlysia.

Lain kli klu x tau ckp english...ckp je melayu... benda tu rakaman.. so intercut tu suruhlah translator explain.. org nk tgk cmne ko conduct soalan.. bkn nk tgk ko melawak hina bahasa international. Choiii
Quote bambimo 30-11-2014 08:18 AM
faizal ismail pun ok...kkdg serius..kkdg boleh melawak..
Quote sepitsiput 30-11-2014 08:38 AM
bambimo posted on 30-11-2014 08:18 AM
faizal ismail pun ok...kkdg serius..kkdg boleh melawak..

FBI mmg asalnya juruhebah & emcee ... sbb tu heols tahu protokol. Dia blawak sbb itu karekter dia... to dr segi profesionalism.. meoks respect lah sbb heols ada buat research sblm hosting
Quote mokcikKSKB 30-11-2014 08:40 AM
Rupanya dlm diam awal ni dengki kat zizan
Quote hijau88 30-11-2014 08:41 AM
Me to menyampah ngan ZIZAN. Bagus lagi NABIL ok. Seriuosly, zizan mengacara x best, suara pun x best. Mmm.
Quote Suchi 30-11-2014 09:32 AM
mmg ade pelawak yg tak ok bila jd pengacara, nk plak jenis takleh nk kontrol diri.. cth johan selalu tak terkawal..zizan pun sama tu pasal bleh terlepas perkataaan2 yg tak sesuai.

nabil ok, takat nih dia lebih nmpk pro berbanding yg lain

pelawak ok gak jd pengacara utk rancangan2 yg santai
cth ebby yus ok gak jd pengacara
iols penah tgk kat program santai gemilang di putrajaya.. enjoy je sbb dia nih muka dia cam serius tp kata2 dia spontan je keluar pastu dia xde nk ketawa ngn lawak sendiri.

dulu2 pelawak cuma menyelit melawak time ade acara2 hiburan lah nih dah up jd pengacara majlis

rindu zaman arwah ali mamak melawak ngn khairul azhar ke apatah nama pelawak tu.. dorang selalu melawak dlm rancangan2 hiburan kt rtm dulu2.
Quote skymania 30-11-2014 09:40 AM
aku stuju gak kali neh...

dah kurang pengacara macam ally iskandar (profesional)... dlm acara2..
Quote enchikfitz 30-11-2014 09:43 AM
Meols 50-50 setuju jek dgn awal.

Positif side:
- Ada certain2 program lawak/games yg memerlukan pengacara yg pandai menceriakan suasana. So tak la bosan. Contohnya program2 Astro Warna gitu.


Negatif side:
- Taraf pengacaraan pelawak2 ni kadang2 agak sampah jugak. Selalunya untuk acara2 besar mcm AIM, AJL blablabla. Kalau diikutkan stail pengacaraan dulu, x payah pn nak berlawak2 sgt. Tapi cukup dgn informasi sebab pandai buat research (Cth Azwan Ali zaman 90an dulu)
- Sesetengah pelawak yg jadi pengacara ni MALAS nak buat research sampai bila majlis sedang berlangsung, boleh pulak lawak bodoh yg syok sendiri dan mengelirukan penonton.

Meols puji FBI sebab dapat imbang antara keseriusan dan kelawakan (?) on stage. Nabil pun makin lama makin bagus.
Quote sam_survivor 30-11-2014 09:50 AM
sepitsiput posted on 30-11-2014 07:38 AM
Meols cuba rasional kt sini.... so meols setuju dgn awal.

Mmg skrg zmn pelawak tgh top... tp kua ...

Nabil suka mencelah2 buat lawak masa juri Ramli MS bagi komen kat Extravaganza. Meluat

Quote af_mania 30-11-2014 09:57 AM
sentap sentap awal pun mmg ada betul katanya.

walaupun meols kurang gemar dgn awal tapi meols  lebih rela tgk educated & experienced personaliti tv untuk mengacara sesuatu daripada pelawak yg low iQ....

kalau nak tarik penonton juga, biarkan pelawak jadi host bersama

Lihat semua komen(187)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.391143 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top