CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rafikin ‘Muncul’ Berkat Azan

5-11-2014 06:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4755| Komen: 1

Description: Katanya, Dia Memasuki Kawasan Hutan Lipur Berkenaan Pada Jam 10 Pagi Bersama Tiga Anggota Polis Sebelum Berhenti Dan Melaungkan Azan Serta Memberi Salam Sambil Menyebut Nama Mangsa Berbinkan Ibunya Ke ...
Rafikin ‘muncul’ berkat azan

Kuala Berang : “Saya menemui mangsa tersepit di celah batu dengan keseluruhan badan dalam sungai dan hanya bahagian tangan di permukaan air,” kata Mohd Johari Abu Bakar, 39, yang menemui mayat Ahmad Rafikin Azman, 16, yang hilang ketika menyertai maraton ‘Terengganu International Gajah Terom Challenge’ di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, Sabtu lalu.


Menurutnya, dia bersyukur apabila usaha mencari berjaya menemui mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu, jam 3.30 petang pada jarak tujuh kilometer dari kawasan kaki bukit.


Katanya, dia memasuki kawasan hutan lipur berkenaan pada jam 10 pagi bersama tiga anggota polis sebelum berhenti dan melaungkan azan serta memberi salam sambil menyebut nama mangsa berbinkan ibunya ketika berhenti rehat pada jarak 7.5 kilometer dari bawah.



“Ketika itu jam 1 petang dan saya mengambil keputusan turun semula sambil mencari mangsa di kawasan sungai sebelum terbau mayat selepas turun kira-kira dua kilometer dari lokasi kami berehat.

“Merasakan mangsa berada berhampiran kami, saya bersama rakan mula mencari sebelum menemui mangsa tersepit di celah batu dalam sungai pada jarak kira-kira satu kilometer dari ‘check point’ pertama,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Terengganu.



Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838087&extra=&page=12

14

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote unguaurora 6-11-2014 11:42 PM
Innalillahi wa innailaihi rojiun.. Moga lps ni penganjur berhati2 wat program yg seumpama ini.. Kdg2 budak ni teringin mencuba sesuatu yg ekstrim tanpa memikirkn risiko.. Sudahnya berakhir dgn tragedi..apa pun hy Allah shj yg tau apa yg sbnrnya terjadi atas kematian misteri arwah rafikin ni..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072920 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top