CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Golongan Miskin Bandar Digalak Buka Perniagaan

7-11-2014 12:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13856| Komen: 182

Description: "Untuk Membantu Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Penduduk Miskin Bandar, Kerajaan Telah Mengumumkan Program Skim Perumahan Rakyat 1malaysia (Pr1ma) Bagi Membangunkan Projek-Projek Perumahan Dan Pemili ...
Golongan Miskin Bandar Digalak Buka Perniagaan



KUALA LUMPUR - Golongan miskin bandar iaitu mereka yang bekerja di bandar dengan pendapatan RM3,000 ke bawah digalakkan membuka perniagaan sendiri dan melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga dan meningkatkan taraf hidup mereka.
          
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif itu dapat membantu golongan itu memperoleh wang tambahan selepas terjejas dengan kos sara hidup di bandar yang semakin meningkat.
          
"Golongan (miskin bandar) ini perlu lebih produktif dengan melakukan kerja 'part time' selepas tamat waktu kerja seperti berniaga di pasar malam, menghasilkan karya buku atau menjahit," katanya kepada Bernama selepas Ditemubual dalam rancangan Ruang Bicara di Bernama TV, malam tadi.
          
Jelasnya golongan tersebut juga tidak seharusnya bergantung kepada gaji bulanan dan bantuan yang diberikan kerajaan sebaliknya perlu berusaha meningkatkan kemahiran yang boleh menambah pendapatan mereka.
          
"Kini, sudah tiba masanya orang ramai menukar pemikiran dengan tidak bergantung kepada 'makan gaji' sahaja. Mereka perlu ada kesungguhan untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri," katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam membantu golongan miskin bandar juga perlu diambil kira.
          
Beliau berkata, kerajaan terus komited untuk mengubah nasib golongan miskin bandar dengan menilai semula kemudahan dan bantuan yang diberikan supaya tidak ada satu pun kumpulan yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
          
"Untuk membantu pemilikan rumah dalam kalangan penduduk miskin bandar, kerajaan telah mengumumkan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membangunkan projek-projek perumahan dan pemilikan rumah PR1MA ditentukan dengan adil melalui undian terbuka.
          
"Difahamkan juga projek perumahan ini akan dibina di kawasan berhampiran stesen Aliran Transit Massa, Transit Aliran Ringan bagi memudahkan pergerakan mereka menggunakan pengangkutan awam dengan kos lebih rendah," katanya.
          
Bagaimanapun jelas beliau, individu yang dikategorikan miskin bandar itu sendiri harus bijak dalam menguruskan kewangan mereka dan terus berusaha menambah pendapatan sampingan. 

9

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Z77 6-11-2014 08:46 AM
Nadzim Johan ni faham ke kalau meniaga kena MODAL... jadi pelacur je takde modal sangat..patutlah ramai pompuan buat  part time ni..
Quote makneng 6-11-2014 09:07 AM
dah kalo semua meniaga siapa yg nak membeli?
Quote ffbeauties 6-11-2014 09:20 AM
miskin bandar biasanya keje swasta, dimana keje berlambak-lambak and gaji underpaid. Tak sempat pon nak wat perniagaan sambilan.
Kawan-kawan aku yg keje gomen banyak buat keje sambilan online sebab banyak masa kat opis untuk online. Terutamanya yang duk putrajaya
Quote Cik_Andak 6-11-2014 09:26 AM
Bila dah mula meniaga nanti, barang2 kena rampas pulak...goner tu????
Quote liyanur 6-11-2014 09:32 AM
kalo dah hari2 sampai umah mlm camner plak...
sabtu pun keje full....
Quote blackred99 6-11-2014 09:34 AM
makneng posted on 6-11-2014 09:07 AM
dah kalo semua meniaga siapa yg nak membeli?

makcik2 pprt ada.
Quote cheeky_meal 6-11-2014 09:53 AM
liyanur posted on 6-11-2014 09:32 AM
kalo dah hari2 sampai umah mlm camner plak...
sabtu pun keje full....

hemm..
Quote makneng 6-11-2014 10:10 AM
blackred99 posted on 6-11-2014 09:34 AM
makcik2 pprt ada.

siut je
Quote blackred99 6-11-2014 10:12 AM
makneng posted on 6-11-2014 10:10 AM
siut je

bergurau senda.
Quote lobaial-kataki 6-11-2014 10:16 AM
ada satu pe'el yg org melayu takleh blah

bila tgk org lain meniaga je, mesti ada kes santau..walopun berniaga pisang goreng tepi jalan
Quote makneng 6-11-2014 10:22 AM
blackred99 posted on 6-11-2014 10:12 AM
bergurau senda.

abih jap lg kuncu2 macit pprt berbondong2 serang black...mak neng larik dulu
Quote blackred99 6-11-2014 10:31 AM
makneng posted on 6-11-2014 10:22 AM
abih jap lg kuncu2 macit pprt berbondong2 serang black...mak neng larik dulu

gua tadah je. bukan ada bunyi pun kat dlm ni.
Quote makneng 6-11-2014 10:34 AM
blackred99 posted on 6-11-2014 10:31 AM
gua tadah je. bukan ada bunyi pun kat dlm ni.

hahaha..ada betui jugak tu
Quote kenarikelabu 6-11-2014 10:35 AM
Turunkan je harga minyak. Ringan kan beban diorg2 ni...mudah je sebenarnya.
Quote mamapea 6-11-2014 10:41 AM
aku buat bisnes on9 mmg skrg susah gila nak dpt sale..nk dpt rm10 sehari pun dh susah sgt..ramai sgt yg buat bisnes on9..aku dh buat bisnes on9 ni dh dkt 5 thn..
Quote afira 6-11-2014 10:47 AM
Z77 posted on 6-11-2014 08:46 AM
Nadzim Johan ni faham ke kalau meniaga kena MODAL... jadi pelacur je takde modal sangat..patutlah ra ...

eeehhh sape kate x kuar modal? nk beli gincu merah menyala..skirt pendek tuh semua pakai duit ape

Quote Z77 6-11-2014 11:35 AM
afira posted on 6-11-2014 10:47 AM
eeehhh sape kate x kuar modal? nk beli gincu merah menyala..skirt pendek tuh semua pakai duit ape
...

pernah jumpa sorang kat subang..kakitangan awam..pakai simple je cam biasa..baju kurung..damage dlm 168 je per round kalau nak...tapi pasal i lelaki teruna dan suci lagi ahli sufi so i taknak la....
Quote arira_arora 6-11-2014 11:41 AM
hurm... mmg la meniaga... nk boleh je kalo nk... buat sampingan jual pape keee brg3 kg ke..
Quote afira 6-11-2014 12:05 PM
Z77 posted on 6-11-2014 11:35 AM
pernah jumpa sorang kat subang..kakitangan awam..pakai simple je cam biasa..baju kurung..damage dl ...

owhhh itu cik cur bajet kotttt...ekkekekkekekek

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.067887 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top