CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Rm1,200 Dianggap Miskin

10-2-2014 02:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7208| Komen: 32

Description: Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar Berkata, Dalam Memberi Tumpuan Kepada Konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamak ...

Gambar hiasan


KUALA PILAH – Kerajaan negeri mengambil pendekatan menaikkan tarif kadar kemiskinan tegar daripada RM450 kepada RM720 bagi kawasan luar bandar manakala RM1,200 untuk bandar.
       
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar berkata, dalam memberi tumpuan kepada konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ kerajaan mengutamakan isu kemiskinan.
         
“Jika dahulu, tarif kadar kemiskinan pendapatan di bawah RM450 dan tidak ramai yang masyarakat melepasi kadar ini kerana kebanyakan telah berpendapatan RM720 dan ke atas.
       
 “Atas inisiatif pihak kerajaan, untuk membantu golongan memerlukan, kita telah menaikkan tarif pendapatan itu kepada RM720 untuk melayakkan mereka memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bergantung kepada keperluan mereka,” katanya.
       
Tambahnya, selepas melakukan tarif pendapatan yang baharu, seramai 28,000 penerima layak menerima bantuan JKM bulanan.
       
“Daripada jumlah itu, sebanyak RM9 juta setiap bulan diperuntukkan kepada penerima berkenaan.
       
“Justeru, bukan bermakna negeri ini terlalu ramai golongan miskin sebaliknya kerajaan negeri sudi membantu golongan berpendapatan rendah menikmati bantuan dan meringankan beban yang harus ditanggung mengikut peredaran semasa,” katanya.
       
Kata Norhayati, dasar jaringan keselamatan sosial diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi signifikan tersendiri apabila lebih ramai masyarakat menerima bantuan.
       
“Penerima diberi bantuan setiap bulan di bawah dasar jaringan keselamatan sosial melalui JKM. Pemohon akan disiasat terlebih dahulu bagi melayakkan mereka mendapat bantuan.
       
“Konsep turun padang dilaksanakan lebih mendekati pemohon malah kakitangan JKM boleh mengetahui lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh mereka,” katanya.


Bagus
3

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 9-2-2014 12:52 PM
alah nogori kocik..apo bondo eh?
Quote aechae 9-2-2014 12:56 PM
1200 miskin luar bndar, miskin bndar plak 2000

mna2 pn xleh hdup dgn 700 tu zmn skang
Quote popjack 9-2-2014 01:08 PM
merempat tegar ader x dokek nogori nun....
hihihihihihi
Quote ushioz 9-2-2014 01:09 PM
kl miskin bandar rm3k.
Quote indras 9-2-2014 02:49 PM
huhuhu...sedeh nyer...aiyohh usaha utk tingkatkan taraf hidup..
Quote timahterung 9-2-2014 02:59 PM
aechae posted on 9-2-2014 12:56 PM
1200 miskin luar bndar, miskin bndar plak 2000

mna2 pn xleh hdup dgn 700 tu zmn skang

buleyh..Tpi makan kangkung dan minum air kangkung hehe
Quote shernazz 9-2-2014 03:00 PM
mase pas spm, aku keje kenny rogers gaji rm550 je
puas la, hari2 makan ayam panggang tu..
Quote noor2 9-2-2014 03:04 PM
rm 1200 kalau kat bandar tp duk dgn family tak payah bayar rumah sewa, kenderaan..setakat gaji ja...itu bukan taraf miskin juga...tgk la situasi individu tu...

mcm xopismate i..dulu2 gaji dia rm2600 fresh keluar U..tp duk dgn mak pak..kereta mak belikan..tak perlu bayar apa pun kecuali duit minyak dan makan masa keje  la..

la ni gaji dia dah rm7k..tu pun tahap sama..duk rumah family...mak pak semua tanggung...kereta pun hadiah hari jadi dari ayah dia...
Quote AbukRokok 9-2-2014 07:45 PM
Atasila isu ini dgn brrniaga...dari duk mngeluh je... 9/10 rezeki tu dtg dri meniaga.




Dgr kata mydin galak bukan megamarket klu bleh tiap2 daerah ada
Quote kucingTomey 9-2-2014 07:51 PM
Biar miskin di dunia  jgn miskin pandangan awloh........
Quote sup@rm@n 9-2-2014 07:52 PM
Ngongkoi bertingkek tingkek
Quote 5229 9-2-2014 07:59 PM
tengok komitmen..gaji 1200 dok ngan family.bil2 family bayarkan..tak dikira miskin tegar tu..
Quote wawantow 9-2-2014 08:09 PM
korang smua ingat , najib kangkung dulik ke dgn kesusahan majoriti rkyat mesia yg msikin ni  ?

yg ptg dia dan family dia sapu licin harta mesia ni......ko ada
Quote card_reader 9-2-2014 08:16 PM
aechae posted on 9-2-2014 12:56 PM
1200 miskin luar bndar, miskin bndar plak 2000

mna2 pn xleh hdup dgn 700 tu zmn skang

rate gaji cleaner kat penang nie rm500-600 je.....

jenoh ikat perot makcik2 nie......
Quote annehuda 9-2-2014 08:33 PM
yg aku perasan skrang ni dah takde kan bil eletrik bawah RM20 takyah bayar? ke aku yg ketinggalan zaman? sbb aku heran jugak rumah pusaka aku kt kg 3 bulan aku tak balik tetiba ade tunggakan berbelas ringgit. n aku mmg kene bayar
Quote aechae 9-2-2014 08:40 PM
card_reader posted on 9-2-2014 08:16 PM
rate gaji cleaner kat penang nie rm500-600 je.....

jenoh ikat perot makcik2 nie......

nk hidup dgn <1000 per month mmg perit.... tp nk x nk kna jga trus dgn keja gaji rate gtu kn...kang org kata memilih plak

Quote card_reader 9-2-2014 08:46 PM
aechae posted on 9-2-2014 08:40 PM
nk hidup dgn

lumrah hidup, kat penang pon still ada gaji below rm900 kat kilang2.....

kalo pekerja asing xpe la, nie orang malaysia sendiri pon guna rate sama....

perit x perit kena kerja jugak la utk survive.....
Quote Anak_Nogori 9-2-2014 08:59 PM
card_reader posted on 9-2-2014 08:46 PM
lumrah hidup, kat penang pon still ada gaji below rm900 kat kilang2.....

kalo pekerja asing xpe ...

So..bila jadi lagu tu...pendapatan rakyatnya aa gaji below rm900...apa inisiatif kerajaan Penang utk membantu golongan ini...sama tak dgn kerajaan N9 tu?....ke sekadar laungkan slogan...demi rakyat Marhain dan negeri kebajikan sahaja kah?..

Quote aechae 9-2-2014 09:01 PM
card_reader posted on 9-2-2014 08:46 PM
lumrah hidup, kat penang pon still ada gaji below rm900 kat kilang2.....

kalo pekerja asing xpe ...

tu la...dgr luahan budak2 kilang aku pn duk ckp gaji ckup2 mkn je yelah 1k++ je gaji...aku ckp jgn la pkai keta dlu, gna motor bleh save byk...senoir2 dorg dlu pn merasa bnda sama jugak tgk lps 8,10 thn ada je keja kt ctu lg...bleh je smpi beranak pinak...klu bujang tu rajin2 la buat part time klu nk extra duit...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.266862 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top