Penduduk Cemas, Kelibat Harimau Dikesan Di Paris PARIS: Kelibat seekor harimau yang merayau-rayau di sekitar daerah Seine-et-Marne menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan penduduk kawasan itu.
Kehadiran sang belang itu dikesan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya, sebelum merakam pergerakan haiwan itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Susulan itu, polis dan pasukan bomba Perancis terpaksa dikerah untuk menjejaki haiwan itu, termasuk menggunakan helikopter. Penduduk bandar Montevrain kemudiannya memaklumkan pada laman Facebook mereka bahawa harimau itu dikesan berada di situ. "Haiwan itu ada di dalam belukar di belakang gelanggang tenis dan padang bola yang terletak hanya sembilan kilometer dari taman tema itu," katanya. Pihak berkuasa bandar dalam satu kenyataan berkata, polis dan pasukan penyelamat sudah berada di lokasi dan membuat kepungan menutup kawasan tersebut dan menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan tersebut. |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.165817 second(s), 30 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.