CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Persembahan Anuar Zain Tergendala Kerana Peminat Ingin Selfie

9-12-2014 09:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8012| Komen: 20

Description: Maka Berlari-Larilah Para Peminatnya Menyerbu Anuar Ke Atas Pentas Untuk Tidak Melepaskan Peluang Itu. Begitulah Sikap Anuar Yang Begitu Mesra Dengan Penyokongnya Dan Antara Salah Satu Cara Anuar Untu ...
Persembahan Anuar Zain Tergendala Kerana Peminat Ingin Selfie





KUALA LUMPUR, 8 DIS 2014: Penyanyi terkenal Anuar Zain terpaksa akur dengan kehendak para peminat dan terpaksa menangguhkan seketika persembahan nyanyian di Majlis Makan Malam IJN PHC.

Ketika Anuar sedang rancak menghiburkan audiens, di hadapan pentasnya telah dikerumuni oleh peminat yang ingin mengambil gambar. Ia disebabkan para penonton ingin berselfie bersamanya.

Lantas dia dengan berbesar hati telah menawarkan kepada hadirin yang hadir, sesiapa yang ingin berselfie bersama Anuar sila tampil naik ke atas pentas.

Maka berlari-larilah para peminatnya menyerbu Anuar ke atas pentas untuk tidak melepaskan peluang itu. Begitulah sikap Anuar yang begitu mesra dengan penyokongnya dan antara salah satu cara Anuar untuk membalas budi mereka.

Persembahan yang mengambil masa hampir 2 jam itu, Anuar telah mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Keabadian Cinta, Ajari Aku dan Bila Resah.

Majlis yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah hanya mengukir senyuman tatkala melihat telatah Anuar bersama peminatnya.

Antara rakan artis yang hadir ialah Jaclyn Victor, Misha Omar dan Adibah Nor selaku pengacara majlis sering mengusik Anuar dengan jenaka yang tidak kering gusi.

Bertemakan ‘Sempurnakan Aku’ telah berjaya mengutip dana lebih RM800,000 yang akan disumbangkan kepada PHC Support Group menerusi 32 badan-badan korporat seluruh negara.

Bantuan yang diterima bukan sahaja membiayai kos rawatan pesakit jantung yang memerlukan malah bantuan dari segi emosi, psikologi serta pendidikan.



Credits: murai.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aseela 8-12-2014 01:48 PM
camner bole naik pentas..menganggu betul...
Quote amiraira 8-12-2014 01:53 PM
Dh minat kn, layannnn je la
Quote mozilla_83 8-12-2014 02:03 PM
Bang Nuar mmg mesra peminat. Tak heran
Quote ad_hoc79 8-12-2014 02:07 PM
untung arr... dpt selfie atas pentas
Quote MissQwerty 8-12-2014 02:13 PM
bes ar dapat kutip dana 800k
thumbs up
Quote tomet05 8-12-2014 03:32 PM
banyak tu .. gue terlepa konsert ini ..
Quote dauswq 8-12-2014 03:42 PM
peminat yg cium tengkuk nuaq zain ade tak?
Quote kakprik 8-12-2014 04:23 PM
anuar zain antara legend yg pandai jaga privasi dia..
Quote Syd 8-12-2014 04:39 PM
makcik selfie mano tuh
yang badan serupa kotak

bertingkat2 tuhh
Quote Syd 8-12-2014 04:39 PM
dauswq posted on 8-12-2014 03:42 PM
peminat yg cium tengkuk nuaq zain ade tak?

tahun2 dulu...
(dah puluh tahun dah..
puas kena gomok kena cium etc)

tahun neh selfie ja kah?
Quote mommymonster82 8-12-2014 04:45 PM
Baguslah baru spesel skit...
Quote amyainsamad 8-12-2014 04:48 PM
layan baik peminat
Quote ibu_haritz 8-12-2014 04:57 PM
terganggu betul dgn bendera kedah kt atas pentas tu..
Quote mattzzx 8-12-2014 06:28 PM
Sabar sabar bagi dia habis nyanyi dulu......
Quote Cookie.Monster 8-12-2014 06:31 PM
Pergh, selfie atas pentas oghang ghamai pakat nengok. Tak leh hadap aku
Quote ALDRIN 8-12-2014 06:44 PM
Dah lama nyampah dgn acik2 over bila nuar zeng perform kt corporate show ke dinner show. Setengah tu berpeluk2 pinggang dgn nuar yg gomol ciom pipi janggut suma jgn citer laa. Menggedik betul acik2 ni tau...mcm laki x cukup kt umah.
Quote boyagombak 9-12-2014 10:00 AM
Bagus retis cth buat show kutip derma utk beramal. Bkn sket tu rm800k.Dkt 1 jota. Kalau retis lain mgkin masuk poket lg bgs kut katanya
Quote adekhairz 12-12-2014 11:36 AM
Mesra sangat duk layan peminat..
Quote suterabiru123 12-12-2014 11:39 AM
Kat luar bang nuk xmesra pun..klu jumpa dia mintak nk tgkp gambar dia kata xboleh..kena ada time2 ttntu jah boleh..

Eksen bang nuar..tgkp gambar kena sekali publisiti baru leh..choiii...

Hipo

Sib iols jmp retis xhadap nk tgkp gmbo..kikiki.. Sian akak yg mintak tgkp gambar xdi bg iteww Last edited by suterabiru123 on 12-12-2014 11:40 AM

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058925 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top