CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dua Pembantu Jaga Anak Linda Hashim Di Set Penggambaran

29-1-2015 02:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23593| Komen: 61

Description: Dalam Pada Itu, Linda Berkata, Dia Berasa Lega Kerana Pihak Produksi Memberi Kelonggaran Kepadanya Untuk Membawa Anak Ke Lokasi Penggambaran Selain Memberi Ruang Kepadanya Untuk Menyusukan Jelita.
Dua Pembantu Jaga Anak Linda Hashim Di Set Penggambaran


KUALA LUMPUR: Pelakon Linda Hashim memberitahu mengupah dua orang pembantu bagi menjaga anaknya, Jelita Clarissa yang kini berusia sembilan bulan di lokasi penggambaran.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 31, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana Jelita masih menyusu badan tambahan pula anaknya itu semakin aktif.

"Saya perlu membawa dia ke mana sahaja saya pergi kerana dia tidak mahu menyusu menggunakan botol dan dia kini sangat aktif sehingga memaksa saya mengupah dua pembantu untuk menjaganya ketika di lokasi penggambaran.

"Dengan kehadiran dua pembantu sekurang-kurangnya mereka dapat bergilir-gilir menjaga dia dan tidaklah mereka terlalu penat," katanya kepada mStar Online.

Linda berkahwin dengan aktor Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013.
   


Dalam pada itu, Linda berkata, dia berasa lega kerana pihak produksi memberi kelonggaran kepadanya untuk membawa anak ke lokasi penggambaran selain memberi ruang kepadanya untuk menyusukan Jelita.

Kata Linda, dia beruntung biarpun anaknya itu lasak tetapi bayinya jarang meragam sehingga menggangu penggambaran yang sedang berlangsung.

"Saya mula-mula risau jugak tetapi Alhamdulillah produksi memahami situasi saya yang terpaksa membawa anak bersama kerana masih menyusu badan.

"Setakat ini tiada sebarang masalah dan Jelita pun jarang meragam seperti memahami ibunya perlu bekerja," katanya.

Sementara itu, Linda berkata, biarpun sudah kembali aktif berlakon namun dia terpaksa memilih tawaran diberikan kerana perlu mengutamakan anaknya.

"Sekurang-kurannya biarlah dia besar sedikit dahulu baharulah saya terima projek drama bersiri dan buat masa ini hanya menerima tawaran yang tidak memerlukan saya berjauhan dengan anak terlalu lama," ujarnya.

1

Bagus

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Leen 29-1-2015 12:10 AM
Okay..... Next!
Quote luvpierre 29-1-2015 12:15 AM
gambo anak tade?
Quote melinda_kerr 29-1-2015 12:18 AM
Hambarnye reporting wartwan hiburan malaysia lately ni. Layak campak longkang je cerita mcmni. Tk sensasi langsung. Ingat artis sendu Linda ni Angelina atau vic beckham ke org nk tahu psl nanny dia ..
Quote diss69 29-1-2015 12:35 AM
ingt apa yg gempaknya.....
Quote PongKang 29-1-2015 12:43 AM
Anak dia sorg da ada 2 pembantu. Bertuah anaknya
Quote kimsa-ra 29-1-2015 02:16 AM
bagusla..
Quote leezzaliza 29-1-2015 05:34 AM
Nama anak yg x tahan tu....
Quote alieyrina 29-1-2015 06:34 AM
Byknya duit dia hire pembantu ...tp belakon cam sendu..beego pun sama..buat mlm kut..
Quote mitnick 29-1-2015 07:13 AM
bagus jgk dia consider takut sorg je pembantu nnt penat
Quote setokinpurple 29-1-2015 07:31 AM
Cantiknya linda.. Alah uolls ni berita camni pon nk komplen.
Quote biskutkering93 29-1-2015 07:32 AM
haah banyak betul duit dia upah sampai 2 pembantu. kuikuikui
Quote fifie_olin 29-1-2015 07:33 AM
ke hulur hilir la heret anak tu ye....torbaekk la linda
Quote hanuma 29-1-2015 08:01 AM
sayang anak... bagus linda nie
Quote skymania 29-1-2015 08:01 AM
poyo la plak.........
Quote idadzira 29-1-2015 08:14 AM
dia ni pernah dengar pasal breast pump x?
Quote DayangKirana 29-1-2015 08:19 AM
idadzira replied at 29-1-2015 08:14 AM
dia ni pernah dengar pasal breast pump x?

ade statement dia kat atas tuh, anak dia takmo menyusu pakai botol..
Quote idadzira 29-1-2015 08:21 AM
DayangKirana replied at 29-1-2015 08:19 AM
ade statement dia kat atas tuh, anak dia takmo menyusu pakai botol..

spoon feed pun boleh yang. kat hospital skrg ni mmg x guna puting botol. depa guna bottol attach dgn spoon. supaya baby x confuse. or cup feeding.
Quote callance 29-1-2015 08:23 AM
erm. buas sgt ke anaknye smpai 2 org jaga... untung la org berduit..
Quote DayangKirana 29-1-2015 08:32 AM
idadzira replied at 29-1-2015 08:21 AM
spoon feed pun boleh yang. kat hospital skrg ni mmg x guna puting botol. depa guna bottol attach d ...

spoon feed mase first few months boley la kot.. ni dah 9 bulan, nak spoon feed mende..
some parents mmg having problem bila baby reject bottle.. should trained them earlier.. tu jer.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058866 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top