CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Microsoft Akan Menawarkan Dan Menyokong Windows 10 Untuk Xiaomi Mi4

19-3-2015 12:31 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3752| Komen: 0

Description: Microsoft hari ini telah berkongsi beberapa rakan kerjasama mereka di China untuk pengenalan Windows 10, dan Xiaomi dilihat salah satu daripadanya. Melalui pengumuman Microsoft, mereka dilihat akan me ...

Microsoft hari ini telah berkongsi beberapa rakan kerjasama mereka di China untuk pengenalan Windows 10, dan Xiaomi dilihat salah satu daripadanya. Melalui pengumuman Microsoft, mereka dilihat akan menawarkan ROM pembangunan Windows 10 kepada para pengguna peranti Xiaomi Mi4, sekaligus membolehkan mereka mencuba sistem operasi mudah-alih Windows 10 pada telefon pintar mereka.




Microsoft turut mengatakan mereka akan menawarkan sokongan untuk pengguna Xiaomi Mi4 yang menggunakan Windows 10 pada telefon mereka. Sejumlah pengguna akan dipilih untuk menyertai Windows 10 Technical Preview, sekaligus membolehkan mereka mencubanya terlebih dahulu.

Ia juga dikatakan Xiaomi Mi4 akan membawakan sokongan untuk memasang Android dan Windows Phone 10 padanya. Buat masa ini, Xiaomi telah mengatakan Mi4 tidak akan ditawarkan di Malaysia, dan mungkin ujian ini lebih ditujukan kepada para pengguna di China – apatah lagi dengan penawaran Cortana dengan sokongan bahasa Mandarin.
Walaubagaimanapun, Xiaomi tidak akan mengeluarkan sebarang peranti berasaskan Windows buat masa ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.038979 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top