CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Digital & IT Lihat artikel

Mozilla Melancarkan Firefox 37

3-4-2015 05:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3525| Komen: 0

Description: Melalui Firefox 37 Untuk Desktop, Kini Mozilla Menyertakan Lebih Banyak Sokongan Untuk Pemain Media Html5 – Terutamanya Yang Digunakan Oleh Youtube.
Mozilla Melancarkan Firefox 37 – Sokongan Media Dan Sekuriti Lebih Baik


Mozilla telah mengguna-pakai latar masa kemaskini pelayar web setiap enam minggu, dan terkini, mereka telah pun mengeluarkan versi baru untuk pelayar web mereka pada desktop dan Android dengan pengenalan Firefox 37.

Seperti kebiasaan, Firefox 37 membawakan beberapa kemaskini kecil pada pelayar web berkenaan, dan pada masa yang sama melengkapkan pelayar web berkenaan dengan sokongan sekuriti yang lebih baik.

Melalui Firefox 37 untuk desktop, kini Mozilla menyertakan lebih banyak sokongan untuk pemain media HTML5 – terutamanya yang digunakan oleh YouTube.
Disamping itu, Firefox 37 turut menyertakan sistem maklumbalas baru dinamakan Heartbeat untuk memudahkan pengguna menghantar maklumbalas berkenaan pelayar web berkenaan dengan mudah dan pantas.

Beberapa fungsi lain turut disertakan, termasuk sokongan baru untuk para pembangun web.
Bagi anda yang menggunakan Mozilla Firefox, anda akan menerima kemaskini ini secara automatik, ataupun turut sama boleh memuat-turun dan memasangnya secara manual pada komputer atau telefon Android anda.

kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.135819 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top