CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kes Kanak2 Jatuh Di Putrajaya

6-4-2015 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18209| Komen: 133

Description: "Ibu Saudaranya Segera Mengejar Mangsa Menggunakan Tangga Untuk Mencari Mangsa Namun, Tidak Sempat Kerana Kanak-Kanak Terbabit Sudah Terjatuh.
Lagi Kes Kanak2 Jatuh Di Putrajaya


Putrajaya: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh Blok B di Kuarters Perumahan Penjawat Awam Presint 14 di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira 3 petang selepas kanak-kanak terbabit terpisah dengan ibu saudaranya ketika mahu menaiki lif.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, ibu saudara kanak-kanak terbabit tidak sempat menaiki lif bersama selepas pintunya tertutup.

"Ibu saudaranya segera mengejar mangsa menggunakan tangga untuk mencari mangsa namun, tidak sempat kerana kanak-kanak terbabit sudah terjatuh.

"Mangsa kemudian terus dibawa ke hospital dalam keadaan masih bernyawa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Razak berkata, ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak terbabit berada di rumah ibu saudaranya di kuarters berkenaan.


Katanya, setakat ini laporan polis berhubung tragedi itu belum dibuat dan beliau mengesahkan kejadian berkenaan.

Mangsa bersama keluarganya datang ke rumah ibu saudaranya di situ dan dia difahamkan dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 4-4-2015 11:11 PM
ni yg kat presint 14 tu ke? Budak ppuan umur 4 tahun jatuh tingkat 7... hrp makin stabil hendaknya.. sbb kalo dgr cerita, adik tu tu tgh kritikal kat hospital...

Btw knp tt bukak benang juz letak tajuk je.. mcm iklan berita la plakk...
Quote rospinki 4-4-2015 11:12 PM
Putrajaya: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh Blok B di Kuarters Perumahan Penjawat Awam Presint 14 di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira 3 petang selepas kanak-kanak terbabit terpisah dengan ibu saudaranya ketika mahu menaiki lif.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, ibu saudara kanak-kanak terbabit tidak sempat menaiki lif bersama selepas pintunya tertutup.

"Ibu saudaranya segera mengejar mangsa menggunakan tangga untuk mencari mangsa namun, tidak sempat kerana kanak-kanak terbabit sudah terjatuh.

"Mangsa kemudian terus dibawa ke hospital dalam keadaan masih bernyawa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Razak berkata, ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak terbabit berada di rumah ibu saudaranya di kuarters berkenaan.

Katanya, setakat ini laporan polis berhubung tragedi itu belum dibuat dan beliau mengesahkan kejadian berkenaan.

Mangsa bersama keluarganya datang ke rumah ibu saudaranya di situ dan dia difahamkan dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 4 April 2015 @ 9:25 PM

Budak perempuan empat tahun parah jatuh dari tingkat tujuh Blok B di Kuarters Perumahan Penjawat Awam Presint 14, petang tadi. FOTO Mohd Fadli Hamzah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41464?m=1#sthash.BzVmNIhQ.dpuf
Quote anakmak 4-4-2015 11:14 PM
Lagi....???!!!???
Quote revolusi_30 4-4-2015 11:17 PM
Melayu kalau dok umah tinggi2 mesti anak terjatuh... Apa hanya layak dok umah kampung je kot.   
Quote rospinki 4-4-2015 11:18 PM
Edited by rospinki at 4-4-2015 11:19 PM

patutla harini aku janji kt budak2 gi kolam mandi manda cancel rasa risau..mcm2 petaka nk jadi.
Quote tightcherry 4-4-2015 11:20 PM
Takziah... Mcm Mana budak tu bole terpisah dgn IBU sedara kt lif..ape IBU sedara duk hadap hp smpi tertinggal anak sedara tu?
Quote sapp73 4-4-2015 11:21 PM
musim...macammana boleh berpisah masa nak naik lif,...mak saudara tak pimpin tangan anak buah ke..semoga adik ni lekas sembuh
Quote rospinki 4-4-2015 11:21 PM
debab_78 replied at 4-4-2015 11:11 PM
ni yg kat presint 14 tu ke? Budak ppuan umur 4 tahun jatuh tingkat 7... hrp makin stabil hendaknya.. ...

pasal tadi baca kt metro online.
Quote cmf_premierleag 4-4-2015 11:21 PM
revolusi_30 replied at 4-4-2015 11:17 PM
Melayu kalau dok umah tinggi2 mesti anak terjatuh... Apa hanya layak dok umah kampung je kot.

Barangkali
Quote famri7 4-4-2015 11:23 PM

Lagi kisah mak saudara sunni suchi cuai...kalau si maksaudara pegang tangan budak itu xkan bleh tertinggal lift..mengarut sungguh..saya syak beliyau tgah main phone, pakai jubah lycra,tudong pareeda dan jua muka berminyak.

Get well soon dek.
Quote GhostWalking 4-4-2015 11:24 PM
berturut2 kes budak jatuh minggu ni
Quote rospinki 4-4-2015 11:28 PM
GhostWalking replied at 4-4-2015 11:24 PM
berturut2 kes budak jatuh minggu ni

kan..sedih tk abis tambah lgi satu.
Quote kyrala 4-4-2015 11:31 PM
Cuai lg..... Budak kecik nape x pegang..... :zz
Quote nabila11 4-4-2015 11:32 PM
sedih betul. harap2 selamat
Quote debab_78 4-4-2015 11:33 PM
Td aku dh ckp kat anak aku umur 5 tahun.. jgn main2 dgn lif.. jgn naik dulu, kena naik sama2... sbb dlm lif ada hantu kak limah... terus dia ckp lain kali dia nak pegang tangan aku time nak naik lif.. aku rasa kdg2 kena main psiko skit dgn bdk2 ni.... kalo ckp bahaya je dia xkan faham.. sebut je hantu terus takot x berani uolss
Quote Changa 4-4-2015 11:34 PM
revolusi_30 replied at 4-4-2015 11:17 PM
Melayu kalau dok umah tinggi2 mesti anak terjatuh... Apa hanya layak dok umah kampung je kot.

batak sangat kot sis?
Quote farixwan 4-4-2015 11:34 PM
aku kenal ibu saudara budak tu.. bg yg x tau cerita jgn la main tuduh je..

diorg terpisah dr rumah lagi.. nak keluar sama2 tp anak saudara dia dr rumah dah berlari terus masuk ke lif.. ibu saudara dia cepat2 kejar ikut tangga.. tapi yg budak tu terjatuh tu tak tahu lg kisah sebenar.. ibu saudara dia x blh nk ckp sbb trauma..

maybe kisah semalam pasal kecuaian, but pls jgn relate dgn kisah hari ni.. tq
Quote kemaruk 4-4-2015 11:36 PM
alaaa korang ni cakap camgus

entah2 tetiap hari suruh anak sensorang beli telor kat kedai bawah rumah
Quote revolusi_30 4-4-2015 11:36 PM
Changa replied at 4-4-2015 11:34 PM
batak sangat kot sis?

Akak pun rasa begitu.  Jenis bangsa x layak dok umah tinggi2.

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.074762 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top