CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GST Tidak Buat Pelajar UiTM Mati Kebulur - Bekas NC UiTM

13-4-2015 10:03 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9936| Komen: 62

Description: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinasihat tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai fakto ...


KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinasihat tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai faktor yang boleh menjadikan mereka mati kebuluran.

Bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kontroversi kehadiran Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di kampus universiti itu pada Sabtu lalu untuk menjelaskan isu GST dilihat sengaja diperbesarkan pihak tertentu demi kepentingan kumpulan tertentu.

"Saya minta pelajar UiTM jadi sedikit rasional, maksudnya jangan cakap melalui emosi dan tidak bersebab untuk marah kepada kerajaan.

"Apa yang dikatakan Ahmad benar selain banyak makanan dijual di dalam kampus sendiri dengan harga yang berpatutan. Memang isu masak sendiri ditujukan kepada mereka yang menyewa di luar kampus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Ibrahim mengulas kenyataan Ahmad yang merayu semua pihak berhenti memanipulasi saranannya yang meminta pelajar universiti untuk mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban GST.

Tegas Ahmad, ucapannya selama lebih dua jam 45 minit di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu itu dilihat menyentuh isu menyeluruh mengenai GST dan hal masak sendiri hanya tertakluk kepada mereka yang menyewa di luar sahaja.

Terdahulu, nama Ahmad menjadi trending di media sosial kerana saranannya yang didakwa menyuruh pelajar yang duduk di kampus untuk memasak sebagai cara mengelas GST.

Pelbagai reaksi diberi pelajar termasuk larangan memasak di kampus yang dikatakan sudah sekian lama dikuatkuasakan.

Dalam pada itu kata Dr Ibrahim, pelajar berkenaan seharusnya bersyukur kerana kerajaan sudah memberikan lebih 90 peratus subsidi kepada pelajar UiTM selama ini.

"Sudahlah mereka ini diberi subsidi yang banyak selain Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang cukup pada setiap semester.

"Kenapa mereka seolah-olah hendak meruntuhkan dunia dengan isu GST ini? Seharusnya mereka berterima kasih kerana selama ini kerajaan sudah banyak membantu sehingga mereka berada kini berada di UiTM," jelasnya.

Selain kampus utama UiTM di di Shah Alam, Selangor, UiTM mempunyai tiga buah kampus satelit, 12 kampus cawangan dan sembilan kampus bandar.

UiTM mempunyai cawangan di semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, UiTM dilaporkan akan meningkatkan pengambilan pelajar kepada 250,000 pelajar menjelang 2020.

1

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primemova 12-4-2015 05:31 PM
Kecoh sgt isu mati kebulur dan coklat minda sepanjang minggu lepas ... Ini semua gst punya pasal...
Quote R2D2 12-4-2015 05:32 PM
nanti ada la pulak pendapat 'belanja la secara berhemah!'
Quote tightcherry 12-4-2015 05:41 PM
Tukang kipas.....
Quote lavaparia 12-4-2015 05:43 PM
wa bukan apa

wa setuju

mmg tk kebulut de

duduk je dalam hostel dalam uni lepak baca buku

tak payah nk outing2 sangat

outing2 pun lu orang bukan nye dapat 4 flat

wa gelak guling2 je ngn bebudak uitm belagak poyo ni
Quote sekngucing 12-4-2015 05:43 PM
pelajar sepatutnya belanja berhemah
jangan pikir nak beli telepon, topap, belanja gepren aje
aku masa belajar takdak telepon, gepren dll pun
Quote EJALTI 12-4-2015 05:45 PM
Dah bersara pun, nak jugekkkkkkkkkk jadi badut coverline...
Quote MissNigga 12-4-2015 05:46 PM
menyampah lak ngan klon laba ni ...

wa bukan apa ...

wa bukan apa...

wa bukan apa...

habis tu ... loe apa..??
Quote mattzzx 12-4-2015 05:48 PM
Ada makna tu......
Quote dodolgemok 12-4-2015 06:28 PM
prof penjilat kangkong dah maii...nak tunggu semua mati kebulur dulu baru amek tindakan?bodo takleh diajar,baik jadi wak maslan dah mmg sah2 bodo abadi
Quote hijab112 12-4-2015 06:36 PM
Mati kebulur tu memang la tak... tapi kalau kebulur tu mungkin ye..
Quote sgbuloh 12-4-2015 06:36 PM
hadoi la. kesian studs uitm.

menteri bagi jawapan bengong, tapi depa pulak dipaksa berfikiran rasional terhadap jawapan bengong tu

bengong ke aper ni
Quote hzln 12-4-2015 06:38 PM
rupanya mati kebulur adalah penanda aras bagi kesengsaraan student aka rakyat
Quote wirazam 12-4-2015 06:39 PM
kesian sgt..kalau yg itu benchmark dia...
tak tahu ke ..student2 nih kuar2 je uni dah ada hutang nak kena bayr
Quote wirazam 12-4-2015 06:40 PM
kalau pendidikan tinggi percuma mcm kat german ok gak nak kena2 GST nih
Quote ice_sky92 12-4-2015 06:40 PM
Kalau taknak diperbesarkan silalah berfikir dulu sebelum berkata-kata.
Quote ice_sky92 12-4-2015 06:40 PM
Teringat kes kangkung dulu. Famous jugak kan....
Quote bungarose 12-4-2015 06:43 PM
Edited by bungarose at 12-4-2015 06:45 PM

Rungutan n suara rakyat xdidgr xdipertimbang ker? Kang diorg mengadu kat pbangkang...jgn nyesal.
Quote sub5zero 12-4-2015 06:48 PM
Knp nak ungkit bg subsidi study kt itm? Dpd ko backup wak maslan tu apa kata ko pi jumpa jibby minta hapus terus kuota bumi kt itm tu, ada bran ka?
Quote famri7 12-4-2015 06:55 PM
Tatkala ummah kaya berbicara tentang kemiskinan marhaen...persis tin kosong jah sis.ada sesetengn nc uni di meleisyiah mentaliti lvl pprt hauk yahamat,smua gila pangkat mendongak ke langit...ckp kosong merapu jah tiap2 kali ada q&a dgn ummah pelajar..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.323253 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top