CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hassan Malik : Aduan Kurang,Rakyat Sudah Boleh Terima GST

15-4-2015 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10094| Komen: 58

Description: “Bertentangan Apa Yang Diwar-Warkan Sebelum Ini Di Media Sosial, Dengan Sikap Pembangkang Dan Lain-Lain, Banyak Yang Negatif Daripada Positif. "Oleh Itu Alhamdulillah, Dua Minggu Ini Rakyat Sudah B ...
Hassan Malik : Aduan Kurang,Rakyat Sudah  Boleh Terima GST


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini mengatakan, rakyat sudah memahami dan boleh menerima pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak dua minggu lalu.

Kesimpulan ini dibuat beliau berdasarkan statistik kementerian yang menunjukkan pengurangan dari segi bilangan aduan pengguna yang diterima.

"Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST).

“Bertentangan apa yang diwar-warkan sebelum ini di media sosial, dengan sikap pembangkang dan lain-lain, banyak yang negatif daripada positif. "Oleh itu alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka."

Beliau juga menyatakan, maklumat yang diperolehi daripada media massa mengenai GST membuatkan rakyat tidak ada masalah dalam memahami pelaksanaan cukai tersebut.

"GST satu sistem percukaian yang cukup telus. Maknanya, orang tak boleh lari dari membayar cukai dan sebagainya.
“Jadi rakyat sudah boleh memahami, apatah lagi maklumat yang diberikan semua stesen TV, radio, media dan lain-lain, mereka sudah cukup faham."
Sebelum ini dilaporkan, selepas enam hari GST dilaksanakan, kementerian menerima 692 aduan daripada pengguna melalui pusat gerakan anti pencatutan.
Sementara itu, Hasan turut mengulangi hasratnya berhubung penghapusan 10% caj perkhidmatan di restoran dan hotel.

Menurutnya, sementara menunggu keputusan mesyuarat mengenai perkara itu, restoran dan hotel disarankan agar meletakkan notis di pintu masuk premis mereka supaya pengguna sedia maklum mereka mengenakan 10% caj perkhidmatan.

"Saya nampak hotel yang mengenakan 10% caj perkhidmatan tak banyak, sebab tiada 'Collective Agreement' yang mereka tandatangani." -TMI.

28

Bagus
3

Marah
19

Terkejut
17

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 14-4-2015 07:58 PM
Aduan dh kurang sbb rakyat pun jemu adu jer tindakan yillekkk
Quote unoryah 14-4-2015 07:59 PM
Memang dah faham sesangat
Quote milo_888 14-4-2015 08:02 PM
Aduan rasmi kurang.. aduan tak rasmi berjuta...

Ada smartphone tu rajin2 check fb twitter blog forum terutamanya yang top..

Quote Santeira 14-4-2015 08:05 PM
statement sedapkan hati sendiri.
Quote bangcak 14-4-2015 08:08 PM
alang2 nak sakitkan ati dgn ayat
"aduan kurang, rakyat dah bleh terima gst"

lagi elok sebut
"banyak permohonan rakyat meminta gst dinaikkan kepada 30%
terbukti gst terlalu diminati rakyat"



Quote liyanur 14-4-2015 08:09 PM
berkurang la bila dah si A mengadu pasal brg kedai ABC...
gomen kata nanti kita siasat...
yg lain tunggu dan lihat lah siasat tu camner....

kalo kedai ABC dikenakan tindakan baru lah yg lelain tu akan buat aduan...
tp kalo senyap sunyi je org pun lama2 faham sndri....
Quote alinone78 14-4-2015 08:10 PM
Berapa banyak aduan terima?
Berapa banyak IP dah buka?
Berapa banyak kes dah selesai?

Baru boleh buat kesimpulan
Quote lavaparia 14-4-2015 08:18 PM
wa bukan apa

aduan kurang sbb kena delete

kira aduan rosak

banyak sangat carut marut

wa faham sangatlah adu mengadu kerajaan ni

setakat ni wa tengok spad je yg bagus handle arahan

jpj, mmg haram
Quote merrissa 14-4-2015 08:21 PM
haktuih...tah2 server down sebab tuh xde aduan baru masuk
Quote fuyupoktek 14-4-2015 09:16 PM
Maknosia lemau mcm lembu ni kalu percaya jgk ckp dia mmg bleh masuk dok skandang ragut rumput sesam
Quote ajinomotonosuga 14-4-2015 09:26 PM
Edited by ajinomotonosuga at 14-4-2015 09:29 PM

hassan..ko memang pelik

takdak yang pelik melainkan hassan pelik

beruk naik beskal? tak pelikkkk

gajah main bolasepak? tak pelikkk

katak lompat jauh? pun tak pelik

Hassan kata kurang aduan tanda gst di terima, itu Hassan Pelik

Kalo Hassan kata  price in general has risen up due tu new tax GST, Hassan bukan pelik dah..itu Hassan Celik !
maslan goblok cgpa 3.85, hassan pelik cgpa agaknya 0.385

still ok dari Boss depa..najib tuya..agaknya cgpa dia 0.00385
Quote FOTHER-MUCKER 14-4-2015 09:27 PM
Oh ini orang kembar maslan SST tu! Confident je kata service charge adalah sebahagian dari tax.  Patutlah Malaysia susah nak ...... Walaupun dummy tapi bila masuk politik boleh jadi menteri. Bilamana baduts memerintah negara maka lahir lah macai macai macam @Payno .

Quote ajinomotonosuga 14-4-2015 09:31 PM
FOTHER-MUCKER replied at 14-4-2015 09:27 PM
Oh ini orang kembar maslan SST tu! Confident je kata service charge adalah sebahagian dari tax.  Pat ...

Maslan ....kismis minda

Hassang... kismis jampi

Najib...kiss mi good bye
Quote Anak_Nogori 14-4-2015 09:32 PM
Perangai org malaysia mana nak berubah....salaknya mcm 10 gunung nak runtuh..setakat salak jelah..pasal tu komplen kurang..
Quote nebulagazer 14-4-2015 09:35 PM
Jilaka bukan kurg
Tp adu ke tak adu
Tadek perubahan pn
Yg pnting tembolok korg penuh
::
Quote xAthenax 14-4-2015 09:49 PM


Ini anak murid Hassan Malik
Just because people dont complain doesnt mean mereka tidak terbeban
ada terover terbebansampai tidak terkata
sudah tidak nampak jalan keluar
dasar baboon


Quote dess402 14-4-2015 09:53 PM



suka aku .     


-  menteri bodo tu kata harga barang mesti turun .





Quote alieyrina 14-4-2015 10:03 PM
Adu sapa pun boleh adu...masalahnya tindakan tu ada x...ka sekadar aduan jah..x brapa paham aku depa amik tindakan mcm mana..

org lani tgh sebuk cari duit lebih nk tampung gaji hang . Celah mana ada masa nak mgadu
Quote shunnaray 14-4-2015 10:12 PM
Senangnya jadi menteri kat msia ni. Buat2 jadi pekak, buta, tuli & ignorant. Pastu bok kuar stetmen terlajak bodo. Mereput la korang :

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.363905 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top