CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ketahui Punca-Punca Gastrik

2-9-2015 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7824| Komen: 12

Description: Kenapa harus elakkan makan sepanjang malam? ...
Oleh Izzah Abbasy

Gastrik adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau pengalas atau mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


Punca-punca gastrik :

1) Makanan pedas 




Makanan pedas adalah penghakis. Makanan pedas sukar untuk diproses dalam perut kita dan menyebabkan perut kita menghasilkan lebih banyak asid untuk memproses makanan tersebut. Asid yang banyak inilah yang menyebabkan berlakunya gastrik dan pedih dalam perut. Makanan pedas ini menyebabkan lebih kalori diperlukan untuk penghadaman sekaligus meningkatkan metabolisma badan.

2) Makanan masam



Makanan masam menyebabkan asid berkumpul dalam perut dan gastrik.


3) Makanan berminyak atau berlemak



Lemak seperti yang kita ketahui susah nak hadam dan kadang-kadang menyebabkan selulit. Makanan berlemak merangsang lebih banyak asid dikeluarkan oleh badan untuk penghadaman. Jadi, risiko untuk gastrik adalah tinggi.


4) Merokok



Merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincter (LES) yang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan.

5) Tekanan emosi



Apabila berada dalam keadaan tertekan, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika tertekan. Apabila kita berasa tertekan, pasti cepat berasa lapar.


6) Kurang atau tidak bersenam


Sebenarnya bersenam boleh membantu kita menghadam makanan dengan baik. Bersenam juga dapat mengurangkan tekanan. Jika malas bersenam, berjalan laju sudah cukup untuk elakkan gastrik daripada menyerang.


Cara paling berkesan untuk mengelakkan gastrik ini menyerang adalah anda harus elakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. - CARI Infonet



Sumber info : http://pmr.penerangan.gov.my

21

Bagus
21

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 1-7-2015 10:38 PM
alamak maknan pedas dan berminyak tu mmg aku suka. aduh2 nak kena kurangkan ni makanan pedas.

tp makanan berminyak tu kat msia ni apa makanan yg x guna minyak. huhuh....
Quote melinda_kerr 4-7-2015 06:47 PM
Two times ive been admitted sbb gastric. One more thing tt selain kena jaga mkn yg ptg harus mkn on time. Yg ni plg susah nk jaga. Gastric yg bahay adalah GERD tu. lastime i kena lbh kurang sama mcm cardiac arrest. So jga mkn dan mkn on time..
Quote MyNameIsIris 8-7-2015 04:02 PM
Iols pun gastrik teruk jua. Once kena,sminggu merana. Tapi tak boleh ikutkan perasaan tak lalu makan,kalau tak makan nanti tambah sebulan merana.
Quote Cik_Andak 8-7-2015 04:30 PM
Cik ade gastrik..cik kene kawal makan cik...kalau makan banyak mesti kene gastrik...klau makan kerap tapi kuantiti sikit xpe...cik akan elak makan makanan yang terlalu pedas. Setakat ni puasa takde masalah...tapi sahur tu mesti walaupun dengan sekeping roti..
Quote Mary_jane 10-7-2015 09:01 AM
Ramadhan ni makin menjadi-jadi gastrik. Ramadhan lepas aman-aman adja.
Quote mizsela 13-7-2015 07:10 AM
Edited by mizsela at 13-7-2015 07:14 AM

ade sekali kena mase kt penang..dok bantai tomyam pedas for dinner..mase tu dah masuk angin..sbb dr tghari xsmpat makan proper..amik kau..rasa nk merangkak balik hotel..naseb ade pharmacy bukak lg mase tu..
Quote jengkoil 20-7-2015 07:44 AM
Amalkan makan makanan beralkali...terutama high alkaline..

cth:sayur, kebanyakan buah, bijirin...

pada hari kebiasaan. ..saya amalkan seperti bulan puasa. ..sebelum makan, saya ambil kurma...kurma high alkaline..
Quote reenaz 13-8-2015 12:30 PM
Edited by reenaz at 13-8-2015 12:39 PM

lagi satu kepantangan gastrik ialah kafein. no no no

masa saya pregnant 6 bulan anak kedua kira2 2 tahun lalu saya kena serangan gastrik yg teruk sampai menonggeng2 tergolek terbaring. nak kata tak makan, terlebih makan. tapi almost everyday saya minum coffee. mmg addicted. sakit sangat sampai kena injection. kadang2 sakit tu hilang, kadang2 tak. biasanya bila gastrik menyerang, kesakitan dirasai pada ulu hati. selain tu perut memulas & loya. so pada masa itu saya akan membuang air besar (cirit) & muntah pada masa yg sama. muntah pula akan keluar cecair kkuning kehijauan (dari hempedu kot).

banyak kali jugak la pegi emergency dept especially bila sakit tu menyerang kul 3 pagi. jumpa specialist buat test, ultrasound, scope & xray. jumpa pasir dlm hempedu. so doc no need to buang dulu & keep on monitor.

masa berpantang seminggu tiba2 gastrik tu datang lg pukul 12am. pegi klinik amik shots & esoknya pegi jumpa specialist. buat test, ultrasound, xray & scope. result - no more pasir in my hempedu. but dalam perut saya macam ada kesan cakaran akibat asid dlm perut. means saya bukannya ada gastrik lagi, tapi dah jadi ulser.

doktor terus tanya, "awk ni stress ke?" sy cakap aah memang pun..dah keje bank kan..mane la x stress. so ubat dia is Gaviscon Advance (saya rasa takde jual kat farmasi sbb mmg prescribe by doctors only) and kena pantang makan - takleh makan pedas, kafein, acidic, makan on time.

so lepas sebulan berpantang & ikut nasihat doktor, hilang la kesakitan itu. skarang ni setelah lupa diri & makan sesuka hati, ada la sakit sikit2 tapi boleh diabaikan hehe

ape2 pun sentiasa standby gaviscon dlm beg. saya pun dah berhenti dari jadi kuli di bank & berehat 6 bulan di rumah. skarang kerja yg agak relax & x stress. sbb bila stress macam2 penyakit datang. termasuklah asthma
Quote ipes2 14-8-2015 08:23 PM
Saya rasa, kita bincang pasal Gastritis ni kan? Bukan Gastric Ulcer (GU) atau Duodenal Ulcer (DU) atau gastric cancer, right? Bercampur sikit input input tadi. Apa apa pun, GU adalah risk factor untuk Gastric Cancer.
GU dan DU datangnya dari Peptic Ulcer Disease (PUD group). GERD (US) atau GORD (UK) ni lain sikit.
Quote 5997 21-8-2015 04:18 PM
Edited by 5997 at 21-8-2015 04:30 PM
otai_g replied at 1-7-2015 10:38 PM
alamak maknan pedas dan berminyak tu mmg aku suka. aduh2 nak kena kurangkan ni makanan pedas.

tp  ...



aku kena gastrik sampai krem tangan, lepas tu dr sahkan aku mengalami pengecutan otot saraf...skrg perut aku asyik pedih memanjang, dah peringkat ulser dah kot, makan kena sejam ke 2 jam sekali, giler betul la
Quote friedfishsoup 28-8-2015 11:07 PM
Good info
Quote izzat1987 12-8-2017 05:51 AM
5997:    Edited by 5997 at 21-8-2015 04:30 PM  aku kena gastrik sampai krem tangan, lepas tu dr sahkan aku mengalami pengecutan otot saraf...skrg perut aku a ...


Kau try amal minum susu suam sebelum dan selepas makan. In sha Allah gastrik ulser kau akan berkurangan. Aku ni tahap ulser dh. Tapi aku selalu juga minum susu kotak atau suam. Sekarang dh boleh makan pedas.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057819 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top