CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Guru Warden Pijak Remaja Disahkan Berlaku Oleh Pihak Polis

11-5-2016 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7128| Komen: 10

Description: Paparan video yang dimuat naik di Facebook Malaysian Crime Watch atau MyWatch berkenaan seorang lelaki berkopiah memijak seorang remaja kini tersebar secara meluas di laman sosial sejak semalam.


Oleh : TS LOO


Loading FB Video...



Apakah kesalahan besar yang dilakukan oleh remaja berkenaan sehinggakan guru warden begitu marah dan sanggup bertindak pijaknya? 

Paparan video yang dimuat naik di Facebook Malaysian Crime Watch atau MyWatch berkenaan seorang lelaki berkopiah memijak seorang remaja kini tersebar secara meluas di laman sosial sejak semalam. 

Ianya bukan sahaja mengejutkan netizen malah mengundang kemarahan masyarakat umum yang rata-rata mempertikaikan sejauh mana kewajaran guru warden terbabit perlu bertindak sedemikian.


Menerusi visual jelas kelihatan pelaku yang merupakan guru warden di sebuah sekolah asrama vokasional di Selangor bertindak memijak secara bertubi-tubi ke atas seorang remaja lelaki yang dipercayai pelajar tingkatan empat kerana ditangkap hendak menghisap rokok di tangga.

Tidak tahan dengan aksi melampau warden terbabit, beberapa pelajar yang menyaksikan kejadian terus meluru dan cuba menenangkan lelaki berkenaan sehingga meminda dia mengucap dan beristighfar.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa belum sempat menyalakan rokoknya.

Menurut pemuat naik video itu, pihak MyWatch menyokong tindakan tatatertib dikenakan ke atas pelajar terbabit atas kesalahannya tetapi apa perlunya warden tersebut mengambil tindakan keterlaluan begini. 

Selain berang dan mencemuh sikap lelaki terbabit yang hanya luaran saja tampak ‘alim’, rata-rata netizen menyifatkan tindakan keras guru warden langsung tidak mencerminkan keperibadian sebenar seorang Islam.



Sementara itu, dalam laporan portal berita FMT,  Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr. Abdul Aziz Awang Darus telah mengesahkan kejadian dan kes dilaporkan sedang disiasat. 

Guru warden itu dan remaja terbabit akan dipanggil untuk membantu siasatan polis berhubung insiden berkenaan. 

Dalam sebarang insiden, sebagai manusia yang berakal waras, jangan kita terlalu dikawal oleh emosi sehingga melakukan tindakan yang mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini dan merugikan diri sendiri. 

Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!- CARI Infonet





sumber info: http://www.nst.com.my/
 

21

Bagus
28

Marah
32

Terkejut
21

Sedih
36

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zul92 11-5-2016 01:07 PM
x patot la ikut suka ko je ko sape ar
Quote MariaClara 11-5-2016 02:28 PM
ini sikap BARAN sebenarnye..aku benci giler dgn lelaki baran lagi2 klau tunjuk watak alim..
buang sikit baran tu...nk menegur bukan itu caranye
Quote red_cattleya 11-5-2016 03:29 PM
klu adk aku yg kena, mmg aku pijak balik warden neh
Quote Artemesiaa 11-5-2016 04:03 PM
Dah jadi kes polis siap le nak menjawab
Quote SitiRopeah 11-5-2016 04:18 PM
speechless..
Quote edee_91 12-5-2016 08:37 AM
Zul92 replied at 11-5-2016 01:07 PM
x patot la ikut suka ko je ko sape ar

Beliau warden.
Quote aseela 12-5-2016 09:27 AM
geram sangat warden ngan budak tu agaknya...dan mungkin bukan sekali..tapi dah beberapa kali.

Quote aseela 12-5-2016 09:31 AM
Dalam sebarang insiden, sebagai manusia yang berakal waras, jangan kita terlalu dikawal oleh emosi sehingga melakukan tindakan yang mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini dan merugikan diri sendiri.


patut di beri ingatakan jugak pada budak tu....merokok memang mengundang kepada perkara yang tak di ingini dan merugikan diri sendiri ;)
Quote FARRAZOOL 21-5-2016 04:04 AM
Warden penjara pun x buat mcm ni
Quote munchkin 22-5-2016 12:10 AM
Namun ada sesetengah yg masih nak bela warden tu ye?  Kalau dah degil. Buang aja sekolah or let the parents handle

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.069412 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top