CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kisah Baju Melayu 'Shirtless', Pereka Kurang Peka Sensitiviti?

25-4-2016 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 27855| Komen: 162|Original author: tongkatwaran75

Description: Baju yang biasanya dipakai sempurna ketika hari lebaran dan perayaan umat Islam itu digayakan penuh 'daring' tanpa mengenakan baju.
Oleh Adib Za

Jika sebelum ini dunia fesyen tempatan kecoh dengan rekaan jubah, baju kurung dan baju Melayu hispter yang tidak kena dengan masyarakat itu sendiri.


Kini, bersempena dengan hari raya yang bakal kunjung tiba tidak berapa lama lagi,  pereka Anuar Faizal hadir dengan koleksi yang dipanggil Eid. 

Tidak kalah dari segi rekaan yang moden dan sofistikated, namun nampaknya sesi pertunjukan fesyen bagi menggayakan koleksi baju rayanya itu telah mendapat perhatian luar biasa daripada netizen.

Masakan tidak, baju yang biasanya dipakai sempurna ketika hari lebaran dan perayaan umat Islam itu digayakan penuh 'daring' tanpa mengenakan baju. Ya, shirtless!



Sudah pastinya mata-mata netizen yang begitu tajam ini mula mengeluarkan pendapat masing-masing. Yang paling pasti cemuhan dan kritikan pedas diberikan kepada pereka ini. 

"Jangan sesekali menghina kesucian hari lebaran dengan pertunjukan fesyen raya yang mendedahkan aurat.."

"Sampahnya design macam ni. Orang buat jubah/ baju Melayu untuk tutup lagi aurat. Kau buat siap tak pakai baju lagi. Baik pakai singlet je raya.."

Begitulah antara bibit-bibit komen yang dilemparkan oleh para netizen melalui instagram rasmi Anuar Faizal.

Tak mahu semakin ramai yang keliru, Anuar dilihat menjawab segala persoalan tersebut,

"Ini design seluar yang dipakai bersama set baju kami. Tujuan peragaan tidak berbaju adalah untuk menonjolkan seluar yang lengkap dengan potongan slack, poket di kiri dan kanan, dan ada getah di belakang pinggang untuk memudahkan pergerakan solat. Terima kasih kerana prihatin."





Bagaimana pun dilihat para netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati meskipun telah dijelaskan sedemikian. 

Apa pun, kejadian ini boleh jadi pengajaran buat pereka yang lain agar menjadi lebih sensitif dan juga peka. Bayangkan yang diperagakan itu ialah persalinan untuk bersolat dan sambutan hari raya namun dipertontonkan dengan tanpa berbaju serta menyerlahkan bahagian aurat.  - CARI Infonet


Sumber Foto: Instagram Anuar Faizal
16

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
40

Sedih
21

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 25-4-2016 05:40 AM
Sunday, April 24 @ 20:13:23 MYT

PETALING JAYA: Koleksi baju raya yang diilhamkan oleh pereka Anuar Faizal dikecam selepas membabitkan rekaan yang dilihat tidak sesuai untuk digayakan semasa Aidifitri.

Koleksi yang dinamakan Eid by Anuar Faizal itu memperaga sesetengah model yang mengenakan koleksi yang hanya berseluar.

Tindakan Anuar memuat naik beberapa keping gambar rekaannya laman sosial Instagram menarik perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.

Seorang netizen, Afiqqkamal menyifatkan ia fesyen yang tidak bijak ekoran rekaannya itu mendedahkan aurat.

"Bodohnye la hai fesyen Baju Melayu macam ni, siap dedah aurat" katanya.

Selain, "Raya 2016 tidak ada baju, tahun 2017-2018 pakai spender dan bikini sahaja, yang penting selitkan warna-warna Aidilfitri," kata abam_ad96 pula.

Tidak kurang yang menyokong dan menyifatkan rekaan Anuar sebagai di luar kotak pemikiran pereka biasa.
"Creative people thinks outside the box.. good job," kata ronn_luffy.

Bagaimanapun, sehingga kini Anuar masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai rekaanya itu. - TKO
Quote dani-rox 25-4-2016 05:41 AM
Baju raya sempena el nino
Quote sukacactus 25-4-2016 05:57 AM
Yg xcukup bajet beli seluar sj
Baju pakai yg lama kot
Quote blackwidowbae 25-4-2016 06:31 AM
Memang bodoh pun, sah sah dah pusat tu aurat lelaki, hitu ler takmo tengok rancangan agama sebuk dok nengok ANTM jah, hini ler jadinyerrr~
Quote MissMamamia75 25-4-2016 06:45 AM
http://www.sinarharian.com.my/nasional/rekaan-baju-raya-tanpa-baju-ini-jawapan-pereka-1.513111

SHAH ALAM - Pereka fesyen, Anuar Faizal hari ini tampil menjelaskan tentang kontroversi rekaan baju rayanya yang teruk dikritik netizen di media sosial.

Menurut Anuar, tujuan peraga pakaian tersebut tidak memakai berbaju dan hanya memakai samping atau berseluar adalah bagi menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas.

Menurut Anuar, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.

"Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.

"Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.

"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengkritik majlis 'An EIDvening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men' yang berlangsung malam tadi apabila ada peraga pakaian tersebut hanya berseluar atau bersampin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen baju raya 'shirtless' dikritik netizen]

Mengulas lanjut, beliau akui menghargai segala respons yang diberikan netizen terhadap rekaannya itu.

"Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.

"Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa," katanya.
Quote MissMamamia75 25-4-2016 06:46 AM
Mcm2 cara nak popular & viral sampai segala yg wajib diabaikan
Quote nour2001 25-4-2016 06:59 AM
Bodoh.at least pakaikan plain t-shirts ka hapa...org komen ko kata kuno ..ko tu yg kuno,  org zaman batu tak pakai baju cuma berseluar jah ...moden lah sgt ...
Quote lashes 25-4-2016 07:01 AM
Ke nak tayang badan sado pffttt
Quote InVendeTTa 25-4-2016 07:03 AM
Attention seeker ni.mau publisiti murahan kat brand beliau.kang kena kecam,lebih org kenal...mcm kontrovesi jubah pahlawan dlu yg klaim leh terjual jutaan unit lps kena kecam satu malaysia. sambil tu leh tumpang merembes kat model2 tu.2 birds with 1 stone
Quote kecimpret 25-4-2016 07:20 AM
Alaaa mcm laa model ppuan tutup aurat
Quote Innrukia 25-4-2016 07:21 AM
Baju melayu klasik jer yg dpt buat lelaki2 melayu looks handsome. Serious nk muntah dgn fashion2 yg out the box tu yg bt lelaki melayu nmpk pondan....
Quote JENABREJAM89 25-4-2016 07:37 AM
Baju melayu el nino kah?????
Quote insulin 25-4-2016 08:04 AM
Fuuu, kelihatan sangat gay.
Quote aechae 25-4-2016 08:07 AM
insulin replied at 25-4-2016 08:04 AM
Fuuu, kelihatan sangat gay.

Kannnn....sooo gayish ok...

Pkai baju melayu biasa sampin songket kemas or jubah haramain di pg raya dh ckup hensem dh
Quote MissNigga 25-4-2016 08:15 AM
at least ... yg ni menampilkan model model yang mermbes rembes .. merecik recik hawau ...
tak macam yang model berjubah tue ... dah leh chubby ... muka very the gayah bottem
Quote clarizsa 25-4-2016 08:15 AM
Meluat tgk lelaki pakai skirt or bju kain cm jubah...

Kain pelekat xpe..

Cantik badan model..
Quote clarizsa 25-4-2016 08:16 AM
Ntah apa2 kan x tutup aurat pusat.. isk isk..
biar ber-standing-doggy belakang batu besar asalkan aurat terjaga...
Quote syadq 25-4-2016 08:18 AM
Model pakai baju saja xde pulak? Kata nak tunjuk one piece.
Quote ultra78 25-4-2016 08:18 AM
Harap JAIS ambil tindakan

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.294609 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top